Jumlah Pengunjung

Showing posts with label golongan munafik. Show all posts
Showing posts with label golongan munafik. Show all posts

Sunday, 1 December 2013

PAS BANTAH MENGIKUT SIFAT IBLIS !!!



“Ada ahli PAS ‘terkejut’ konsert Gig Green Zone. Dulu “Membangun bersama Islam”, sekarang “PAS for All”… Bukan ke Pemuda PAS bantah konsert metalica hari tu? – MS,” lapor blog TaipingMali yang turut menyiarkan rakaman persembahan itu.

Analisis The Malaysian Insider (TMI) melihat penganjuran konsert itu sebagai kesepakatan ulama-Erdogan untuk meraih undi di kalangan anak muda.
“PAS sedang dalam persimpangan dengan prinsip asasnya sebagai pergerakan Islam dengan tuntutan kepada parti politik untuk menjadi relevan kepada masyarakat berbilang agama dan masyarakat yang kompleks.
“Tidak mahu namanya disiarkan supaya boleh bercakap dengan lebih bebas, aktivis itu memulakan perbualan dengan kontroversi konsert “heavy metal” dianjurkan PAS.
“Sesetengah perwakilan yang hadir ke muktamar mengkritik penganjur konsert dan mempersoalkan sama ada penganjuran konsert dengan muzik bising sesuai dengan parti Islam itu, ” ulas TMI.
Menurut TMI konsert adalah eksperimen terbaru PAS dalam percubaan untuk memenangi hati pengundi berumur 20an dan’halal’ kerana disokong oleh ulama. BACA SETERUSNYA...




Thursday, 20 June 2013

ANWAR MATI DALAM MENIPU !!!






Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendedahkan tembelangnya sebagai seorang ahli politik yang tidak berpegang pada pendirian dan selalu membohongi rakyat.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk S. Nallakaruppan berkata, sifat Anwar yang seperti 'sesumpah politik' itu semakin menonjol apabila beliau hari ini mengesahkan kesemua 89 Ahli Parlimen daripada pakatan pembangkang akan mengangkat sumpah pada hari pertama sidang Dewan Rakyat, 24 Jun ini.
Beliau yang juga Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) mempersoalkan kenyataan terbaharu Anwar itu kerana bercanggah dengan ura-ura mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah di Dewan Rakyat kerana mendakwa kononnya wujud penipuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Mungkin Anwar sebelum ini tidak berani mengangkat sumpah di Dewan Rakyat sebab menyedari dirinya banyak membohongi rakyat.

"Namun, akhirnya beliau mengubah pendirian apabila tidak mendapat sokongan DAP dan Pas. Malah, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali juga tidak berhasrat memboikot majlis angkat sumpah itu," katanya kepada Utusan Malaysia di Pejabat MUIP, di sini hari ini.

Dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya dekat sini hari ini, Anwar berdolak-dalik kononnya terdapat salah faham kerana pakatan pembangkang hanya membuat keputusan untuk memboikot sesi taklimat perjalanan Dewan Rakyat minggu lalu.

Nallakaruppan menambah, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mungkin takut hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekiranya gagal mengangkat sumpah di Dewan Rakyat.

"Saya tidak hairan apabila Anwar tidak mahu mengangkat sumpah pada mulanya kerana sebelum ini, beliau tidak mahu melafazkan sumpah laknat bagi membersihkan namanya dalam kes liwat membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan," katanya.
Beliau yang pernah bersahabat dengan Anwar selama 30 tahun menyuarakan kehairanannya dengan Pas yang sanggup bersekongkol dengan individu yang terpalit dengan tuduhan liwat.

Nallakaruppan berpandangan, Anwar bukan sahaja tidak layak menjadi Perdana Menteri, malah tidak sepatutnya dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

"Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak menjadi Ketua Pembangkang kerana beliau berpegang teguh kepada agama dan jauh lebih baik berbanding Anwar yang tidak berpegang pada prinsip," katanya.

Beliau turut menyelar tindakan Anwar memburuk-burukkan negara sendiri dengan menyebarkan pelbagai tuduhan palsu terhadap kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sewaktu berada di Indonesia baru-baru ini.

Menurut Nallakaruppan, Anwar berbuat demikian mungkin kerana dengki dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sekali lagi diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir negara.

"Anwar yang sebenarnya menipu. Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia telah mengesahkan tiada rakyat negara tersebut yang mengundi dalam PRU-13 lalu.

"Selain itu, mengapa buat sidang akhbar di Indonesia sedangkan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendakwa Anwar mengingkari perjanjian damai bagi menghormati keputusan PRU-13?" katanya.
Beliau berkata, Anwar tidak sepatutnya mengheret penyokongnya melakukan demonstrasi jalanan kerana perbuatan itu bertentangan dengan budaya masyarakat di negara ini.

Nallakaruppan juga menasihatkan Anwar menerima hakikat beliau tidak ditakdirkan menjadi Perdana Menteri sambil mencontohi sikap terpuji calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Mitt Romney yang sedia bekerjasama dengan Barack Obama selepas pilihan raya berakhir.







Friday, 29 March 2013

BANGKIT MENENTANG GOLONGAN MUNAFIK !!!




Sekian lama PAS berbangga kerana mendapat dukungan kuat dari golongan alim ulama sama ada dari kalangan tok guru pondok, para pendakwah, cendekiawan agama dan mereka yang mempunyai latar belakang pengajian agama, kali ini segalanya berubah.

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pastinya akan diingati ramai kerana buat pertama kalinya dalam sejarah PAS akan menyertai PRU tanpa mendapat sokongan kuat dan mantap dari golongan alim ulama.

Di mana-mana sahaja pusat pengajian pondok di Kelantan tika ini, tok guru dan anak muridnya yang pro PAS semakin berkurangan, sedangkan di masa yang sama mereka yang pro UMNO terus berkembang.

Jika dulu para ulama pondok, para ustaz ustazah dan lain-lain cendekiawan Islam sukar sekali untuk dilihat turut sama memeriahkan majlis dan program anjuran UMNO, kini sebahagian besar golongan alim ulama ini pula yang sering membantu UMNO demi menumbangkan PAS di Kelantan.

Kebangkitan golongan alim ulama dan pendakwah Kelantan yang sepakat untuk bangun memprotes PAS dan semakin menjauhi parti berlabel Islam itu benar-benar memeningkan kepala ramai pemimpin PAS kerana ia tak terjangka sama sekali akan terjadi sedemikian rupa.

Ini menyebabkan PAS hilang tonggak kekuatannya dan impak perubahan yang berlaku itu memang jelas kelihatan di mana-mana hatta di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian yang dulunya terkenal sebagai kubu kuat PAS juga ada tikanya kelihatan seperti kubur untuk PAS.

Golongan yang berpengaruh ini sepakat bersatu menggembleng tenaga masing-masing membantu UMNO melalui tiga NGO utama iaitu Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama & Tanah Air (UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan (ICIK).

Tiga NGO utama ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong tegar PAS yang bernaung di bawah Selamat Tinggal PAS (STP). Keseluruhan keahlian dalam keempat-empat NGO ini mencecah angka 10,000 orang.

Pada PRU 11 dan PRU 12 yang lalu sebahagian besar daripada mereka ini pernah berkempen dan menggerakkan sokongan dan undi untuk PAS. Kini atas beberapa faktor demi kepentingan agama, bangsa, negeri dan negara, mereka nekad menjauhi PAS sebaliknya kian mesra dan rapat bersama UMNO dan BN.

Selain empat NGO tersebut, terdapat beberapa NGO lain yang mewakili golongan muda mudi Kelantan seperti Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) serta PERKASA yang turut memainkan peranannya. 

Hasil dukungan dan sokongan mereka kepada UMNO menyebabkan PAS semakin tempang, dek kerana itu bukan lagi sesuatu yang pelik bila mana banyak aktiviti politik PAS tidak lagi meriah seperti dulu, memaksa PAS mengeluarkan surat arahan kerahan kepada ahli parti demi meramaikan sesuatu majlis yang disertai pemimpin utamanya.

Manakala di pihak UMNO, saban waktu di mana sahaja kempen penerangan dan aktiviti parti di adakan pasti sahaja mendapat sambutan hangat rakyat Kelantan. Hadirin yang datang tidak lagi terhad dari kalangan ahli dan penyokong UMNO, sebaliknya turut melibatkan ramai ahli dan penyokong PAS serta golongan non-partisan.

Senario yang berlaku ini berkait rapat dengan kegagalan PAS dalam menangani isu-isu agama dan permasalahan tempatan serta kekecewaan khalayak terhadap kelemahan urus tadbir pemimpin PAS, selain taring parti itu sendiri yang dilihat kian tumpul bila berdepan dengan terjahan DAP & PKR.

Malah keaktifan UMNO menggerakkan jentera penerangan mendekati rakyat di samping pelbagai transformasi dan kesungguhan Kerajaan Pusat berterusan membantu rakyat Kelantan turut menyumbang mempercepatkan lagi perubahan positif ini.

Kombinasi semua penggerak utama di atas berjaya membuka lembaran baru dalam sejarah kebangkitan rakyat Kelantan dan ia menjadi titik tolak ke penting arah merealisasikan Gelombang Merah Kelantan Berubah. 

Suka atau tidak, PAS terpaksa menerima hakikat, zaman untuknya terus bergoyang kaki di singgah sana pemerintahan negeri kini hanya menghitung hari-hari terakhir. Kelantan bukan lagi kubu PAS tetapi kini adalah lubang kubur yang besar untuk pemimpin-pemimpin PAS.


Member BSK