Jumlah Pengunjung

Showing posts with label ulama. Show all posts
Showing posts with label ulama. Show all posts

Friday, 12 April 2013

NIK AZIZ TUTUP SEKOLAH PONDOK DAN BIARKAN PUSAT KARAOKE ???




Berhubung tindakan Majlis Bandaran Tumpat yang menyita sekolah pondok tempoh hari, kami bertindak melawat Tok Ayah Haji Lah untuk mendapatkan kepastikan kes tersebut.

Memang benar, bangunan sekolah pondok yang dibina untuk anak-anak Islam mendalami ilmu agama telah disita hanya kerana mengkritik Islam palsu yang dibawa oleh PAS.

Penulis berasa hairan, kenapa sekolah pondok yang dipilih untuk disita tetapi port-port karaoke dibiarkan terus beroperasi walaupun pelbagai pendedahan dibuat oleh media massa. Bagi mendapatkan kepastikan sebaik sahaja pulang dari Tumpat.

Kami cuba melawat karaoke yang didedahkan sebelum ini, kerana pada hari pendedahan blog ini tempoh hari, pusat tersebut ditutup. Anehnya kunjungi kami kelmarin mendapati ia masih beroperasi tanpa sebarang tindakan.

Macam yang penulis katakan sebelum ini, asalkan kita sokong PAS bukan sahaja karaoke, pusat pelacuran pun PAS akan halalkan.

Tengoklah gelagat pak lebai PAS yang syok menyanyi.

Sampai bila nak biar pemimpin islam palsu menerajui kepimpinan Kelantan?


SIFAT-SIFAT ULAMA YANG TIDAK ADA PADA NIK AZIZ DAN PEMIMPIN PAS !!!




Seperti mana yang sering disebutkan sebelum ini, sikap ulama salaf ketika berhadapan dengan fitnah atau kekacauan adalah mereka sentiasa menganalisa dan tidak terburu-buru di dalam apa jua tindakan dan ucapan mereka.
Mereka juga sentiasa merasa bertanggungjawab di atas setiap perkataan yang akan mereka ungkapkan, yakni akan berfikir terlebih dahulu sebelum berkata-kata atau menjawab sebarang pertanyaan yang diajukan kepada mereka.
Seorang Ulama salaf yang masyhur menulis tentang Adab iaitu Ibnu Abid Dunya mempunyai satu kitab yang berjudul Al-Shamt (Diam). Di dalam kitabnya itu terdapat sebuah tajuk,
باب قلة الكلام والتحفظ في النطق
“Bab Kurangnya Bercakap dan Menjaga Perkataan yang Diungkapkan”
Perbanyakkan Istisyarah
Islam menuntut umatnya supaya bermesyuarat atau berbincang sebelum berpegang dengan sesuatu. Disebabkan itu, walaupun Nabi sallallahu ‘alaihi wasallammerupakan utusan Allah dan menyampaikan wahyu, dapat kita perhatikan bahawa Baginda merupakan orang yang paling banyak bermesyuarat sebelum membuat sebarang keputusan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
وَشَاوِرْهُمْ فِي اْلأَمْرِ
“Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam apa jua urusan.” (Surah Ali Imran, 3: 159)
Bahkan ada surah khusus di dalam Al-Quran yang bernama surah Asy-Syura. Al-Imam Al-Hasan Al-Bashri, seorang tabi’in agung yang terdiri dari kalangan salaf pernah menyebut,
والله مَا تَشَاوَرَ قَوْمٌ إِلَّا هُدُوا لِأَرْشَدِ أَمَرِهِمْ
“Demi Allah tidaklah bermesyuarat sesuatu kaum melainkan mereka akan mendapat petunjuk bagi melaksanakan urusan mereka” (Al-Adab , Ibnu Abi Syaibah)
Kemudian beliau membaca firman Allah,
وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ
“Dan Allah memerintahkan agar mereka melakukan bermusyawarah di kalangan mereka.” (Surah Asy-Syura, 42: 38)
Maka apabila kita melaksanakan perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala ini, yakni bermesyuarat, bererti kita akan mendekatkan diri dengan keredhaan Allah dan ini juga bererti ianya akan mendekatkan diri kita dengan kebenaran dan kebaikan.
Demokrasi bukan Syura
Walaubagaimanapun, ada salah faham di kalangan masyarakat kita pada hari ini tentang Syura yang perlu kita luruskan. Hakikatnya, prinsip Syura bukan bergantung pada majoriti, tetapi ia bergantung kepada hujah. Ikatannya adalah Al-Quran dan Hadis.
Contohnya, kalau ada seratus orang ahli Syura (yang terlibat dalam mesyuarat) mendatangkan hujah dari logik akal mereka, dan ada seorang sahaja yang membawakan hujah berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah, maka keputusan akan dibuat mengikut hujah seorang tadi yang berdalilkan dan merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah, walaupun pendapatnya adalah minoriti.
Ada syubhat yang mengatakan bahawa di dalam peristiwa peperangan Uhud, ketika hendak memilih sama ada hendak berperang di dalam Madinah atau di luar Madinah, Nabi memberi pilihan mengikut majoriti. Itu adalah pilihan yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip dan dasar-dasar agama.
Adakah hadis tertentu yang menyatakan kelebihan berperang di dalam bandar Madinah? Adakah ayat Al-Quran yang melarang berperang di dalam bandar Madinah? Tidak ada nas yang menjelaskan perkara itu. Maka disebabkan itu Nabi memberikan pilihan.
Tetapi kalau sudah ada nas dari Al-Quran dan Hadis, tidak boleh bagi kita untuk membuat keputusan mengikut majoriti. Sebab itulah kita sering menegaskan bahawa sistem syura ini berbeza sama sekali dengan demokrasi. Walaubagaimanapun ada dua perkara yang merujuk kepada Syura;
1)      Berkaitan prinsip dan dasar agama – harus mengikuti apa yang ditetapkan di dalam Al-Quran dan Hadis, tidak meraikan majoriti
2)      Berkaitan hal keduniaan, contohnya pembinaan bangunan, perubatan, dan sebagainya – bergantung kepada hujah dan kepakaran ahli mesyuarat, serta meraikan majoriti.
Tawakkal setelah membuat keputusan
Harus diingat bahawa prinsip syura susulannya adalah tawakkal kepada AllahSubhanahu wa Ta’ala. Maknanya apa sahaja yang berlaku setelah keputusan dibuat hasil dari syura tersebut adalah diserahkan kepada Allah dan kita beriman kepada qadha dan qadar. Tidak timbul soal salah menyalahkan antara satu sama lain.
Sebab itu tidak benar apabila ada orang yang mengatakan bahawa demokrasi ini adalah sistem syura. Sebab demokrasi ini walaupun dipilih oleh majoriti, tetapi apabila berlaku keburukan atau sebarang masalah, akan ada pihak yang menyalahkan keputusan yang dibuat, walaupun mereka pada mulanya memilih berdasarkan majoriti.
Syura mengajar kita untuk bertawakkal, manakala demokrasi mengajar kita memberontak. Ini terbukti kerana keputusan majoriti tidak semestinya selari dengan Al-Quran dan Sunnah. Sekiranya majoriti adalah jahil, pengikut hawa nafsu, maka sudah semestinya keputusan yang dibuat itu juga menurut hawa nafsu semata-mata. Majoriti berhak memilih sesuatu yang dirasakan sesuai dengan kepentingan dan janji-janji yang ditaburkan. Namun apabila janji-janji itu tidak ditepati, mereka akan memberontak dan ingin mengubah keputusan. Berlaku salah menyalah, tuduh menuduh, rasa tidak puas hati, pertelingkahan dan sebagainya. Hal ini akan berterusan dan tidak berkesudahan.
Sebab itu kita mengatakan bahawa demokrasi bukan sistem syura dan tidak layak untuk dinamakan sebagai sistem syura.
Berbeza dengan konsep sistem syura yang diterjemahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya. Sebab itu Nabi bertawakkal walaupun berperang di luar Madinah. Baginda menghunus pedang dan memakai pakaian perangnya. Sama ada kalah atau menang, tidak berlaku salah menyalahkan antara satu dengan yang lain, cuma ianya berhak dijadikan sebagai pengajaran. Walaupun di dalam perang Uhud itu ramai sahabat Nabi yang syahid kerana turun dari bukit, Nabi tidak pernah menyalahkan keputusan mesyuarat. Sebaliknya sikap tidak mengikut keputusan mesyuarat itulah yang disalahkan.
Walaubagaimanapun, kesalahan para sahabat Nabi radhiyallahu ‘anhum ajmainadalah hasil dari ijtihad dan terlupa kerana mereka adalah manusia biasa dan terlupa pada perintah Nabi untuk terus berada di atas Jabal Rumah (Bukit Pemanah). Mereka turun akibat terlupa. Ini perbezaan yang besar antara syura dan demokrasi, adapun perinciannya banyak lagi.
Ulama Salaf sentiasa Istikharah Sebelum Beramal
الإستخارة قبل العمل
“Istikharah sebelum beramal”
Hal ini sangat jelas seperti mana di dalam hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari rahimahullah, Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam mengajar kepada kita doa yang dibaca di dalam salat istikharah.
Begitu juga di dalam atsar, dari Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma beliau berkata,
إن الرجل ليستخير الله فيختار له ، فيسخط على ربه ، فلا يلبث أن ينظر في العاقبة فإذا هو قد خار له
“Sesungguhnya seorang lelaki itu apabila dia memohon Allah untuk memberi pilihan kepadanya, maka Allah akan memberikan pilihan kepadanya.”
Jawapan istikharah tidak perlu kepada mimpi. Allah akan berikan pilihan kepada setiap orang yang beristikharah, berdasarkan kecenderungannya untuk melakukan sesuatu yang dia pilih atau sesuatu yang dia ragui, merasa mudah untuk melakukan sesuatu, maka itu sebenarnya adalah keputusan istikharah, yang akhirnya juga disusuli dengan tawakkal kepada Allah, yakni beriman kepada Qadha dan Qadar.
Menimbang antara Maslahat dan Mudarat
الموازنة بين المصالح والمفاسد
“Menimbang di antara kebaikan dan keburukan.”
Dengan membuat analisa dan menimbangtara antara kebaikan dan keburukan, serta melihat kepada kekuatan, kelemahan, peluang, dan halangan yang ada, dari situ kita akan nampak setakat mana kemampuan kita untuk melaksanakan sesuatu .
Mutharrif bin Abdillah bin Asy-Syikhkhir radhiyallahu ‘anhu berkata,
لئن لم يكن لي دين حتى أقوم إلى رجل معه مائة ألف سيف أرمي إليه كلمة فيقتلني ، إن ديني إذا لضيق
“Sekiranya tidak ada bagiku agama sehingga aku berdiri kepada lelaki yang bersama dengannya seratus ribu pedang, aku akan lemparkan kepadanya satu perkataan sahaja nescaya dia akan membunuhku. Sesungguhnya agamaku, jika begitu adalah sempit.”
Maksudnya jika dia tidak ada agama, dia akan bercakap ikut sesuka hati, dia tidak akan menimbang kemudharatan hasil dari perkataannya. Orang yang bercakap mengikut sesuka hati tanpa menimbang tara maslahat dan mudarat hendak digambarkan oleh Mutharrif ibn Asy-Syikhkhir sebagai tidak ada agama.
Sebagai contoh mudah, da’i dan mad’u ada fokus yang berbeza, ada masalah yang berbeza. Orang yang didakwahi atau penuntut ilmu yang datang ke kelas pengajian suka jika Ustaznya bercakap semua perkara yang dia hendak dengar. Ustaz pula melihat secara keseluruhan. Contohnya yang datang ke kuliah ada 100 orang, dan ada seorang yang bertattoo, hari pertama baru datang kuliah.
Orang yang datang ke kelas menyuruh Ustaz bercakap bab tattoo. Ustaz pula melihat bahawa kalau dia bercakap bab tattoo, mad’u itu akan lari. Sedangkan target Ustaz adalah hendak memberi dia faham dan dekat dahulu dengan kelas pengajian agama. Sebab itu dikatakan bahawa orang yang tidak menimbangtara antara maslahat dan mudharat, dia akan menyempitkan agamanya sendiri, bahkan ia boleh menyebabkan orang lain lari dari agama ini.
Wallahu a’lam
(SUMBER)

Thursday, 11 April 2013

UMNO TIDAK PERNAH MENOLAK ISLAM !!!




Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah menolak Islam dalam pentadbiran negara malah tiada hujah yang dapat membuktikan perkara itu.
Sebaliknya, kata tokoh akademik, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba, kerajaan terus memberi penekanan kepada agama Islam yang merupakan asas Perlembagaan serta dalam masa sama tidak mengetepikan hak penganut agama lain.

Katanya, tanggapan kononnya perjuangan UMNO bersifat assabiyah merupakan tuduhan melulu kerana parti itu tidak pernah menzalimi kaum lain.
"Sifat assabiyah sebenar adalah dengan menzalimi kaum lain dalam memperjuangkan hak kaum mereka dan perkara itu tidak wujud dalam perjuangan UMNO yang tidak pernah lupa terhadap kaum lain di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi salah seorang panel dalam Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden anjuran Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kumpulan Felda di sini hari ini.





Wednesday, 10 April 2013

ULAMA GESA AMBIL TINDAKAN TERHADAP KEBIADABAN NIK AZIZ !!!




Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengambil tindakan segera ke atas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kebelakangan ini mengeluarkan kenyataan yang dilihat boleh memesongkan akidah dan memecah-belahkan umat Islam, gesa beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Dr. Fathul Bari Mat Jahaya berkata, isu melibatkan akidah umat Islam terutamanya sengaja menanam kebencian, tidak boleh dibiarkan kerana ia akan memecah-belah umat.

"Sikap seperti ini seolah-olah nak menyamakan kedudukan kita di tahap malaikat dan seperti nak mengambil alih tugas malaikat yang menulis setiap amalan kita.

"Jangan sibuk nak menghukum amalan atau ibadat orang UMNO kerana yang menentukannya hanya Allah," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini yang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan meneliti segera semua kenyataan Mursyidul Am Pas itu.

Muhyiddin berkata, kenyataan kontroversi Nik Abdul Aziz seperti kononnya sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala dan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya memikirkan kontrak apabila membina masjid, perlu segera dihentikan.

Menyifatkan tindakan Nik Abdul Aziz itu sebagai 'sindrom hukum secara umum', Fathul Bari berkata, Menteri Besar Kelantan itu tidak sepatutnya menggunakan agama untuk tujuan politik.

Pengerusi Pertubuhan Ilmuan Malaysia, Dr. Fadlan Mohd. Othman yang turut bersetuju dengan saranan Muhyiddin berkata, Majlis Syura Pas juga perlu berbincang mengenai perkara itu bagi memutuskan pendirian mereka mengenai setiap kenyataan Nik Abdul Aziz.

"Majlis Syura Pas perlu berbincang mengenai isu ini seperti mereka berbincang dan membuat keputusan isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Aidit Ghazali berkata, imej Nik Abdul Aziz sebagai pemimpin Islam berpengaruh sudah tercemar apabila beliau mengeluarkan kenyataan yang langsung tidak mencerminkan nilai-nilai Islam.

"PAS sudah hilang kredibiliti sebagai parti Islam, Nik Abdul Aziz pula buat kenyataan hampir nyanyuk dan hampir 'gila talak agama'. Majlis Fatwa perlu buat sesuatu tak kiralah siapa orang itu kerana (kenyataan) bukan dibuat sekali dua, dah banyak kali," katanya.


Tuesday, 9 April 2013

CIRI-CIRI TAKBUR DAN BONGKAK NIK AZIZ TELAH DI SEBUT DALAM AL-QURAN !!!





Selepas mengeluarkan fatwa politik yang disifatkan banyak pihak sebagai menyesatkan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin biadab selepas mendakwa jika Nabi Muhammad SAW hidup kembali parti UMNO akan menentang Rasulullah.

Tuduhan liar itu dibuat selang tiga hari selepas Menteri Besar Kelantan berkenaan mendakwa, solat orang UMNO tidak mendapat pahala dengan alasan parti yang telah banyak mengembangkan syiar Islam di negara ini sejak lebih 50 tahun lalu tersebut mengamalkan dasar kebangsaan.

Lebih menyedihkan, dakwaan itu dibuat selepas Nik Abdul Aziz dengan bongkak mempertahan kenyataan solat orang UMNO tidak mendapat pahala sebelum disusuli tuduhan masjid yang dibina tidak memberi apa-apa makna kononnya atas alasan parti itu menolak Islam.

"Puak ini (UMNO) kalau Nabi Muhammad hidup balik, dia lawan," katanya semasa berceramah dalam majlis prahimpunan Kelantan Hijau di Jeli, Kelantan yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana dipetik di blog, rbfonline.net hari ini.

Ini kali kedua Pas mengheret Rasulullah dalam kancah politik selepas Penolong Setiausaha I Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som menerusi Twitternya baru-baru ini berkata: "Kalau Nabi Muhammad masih hidup, mungkin video seks baginda pun UMNO akan keluarkan...Jahanam UMNO,".

Mengulas kontroversi terbaru itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, kenyataan dan perumpamaan terbaharu Nik Abdul Aziz yang menyifatkan UMNO akan menentang baginda merupakan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

"Nilaikan prinsip Pas dalam memperjuangkan Islam, di mana pendirian mereka berhubung penggunaan kalimah Allah sebelum ini?
''Sebagai Tok Guru, Nik Abdul Aziz patut berhenti menuduh semua orang menolak dasar Islam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya menggunakan agama Islam serta mengaitkan Rasulullah SAW untuk mencapai matlamat politik.

Menurut beliau, tindakan Nik Abdul Aziz itu juga bertentangan dengan sikap sesetengah musuh Islam yang turut menghormati Rasulullah SAW.

"Islam tidak menggalakkan kita bercerita hal-hal keburukan seseorang yang sudah meninggal dunia apatah lagi sekiranya perkara itu melibatkan Nabi Muhammad SAW yang maksum," katanya.

FAKTA.. ULAMA SAHKAN NIK AZIZ BUKAN UMAT NABI MUHAMMAD !!!





Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat disifatkan sebagai seorang yang takbur dan taksub dengan fahaman parti sendiri sehingga sanggup mengeluarkan pelbagai fatwa yang jelas menyimpang jauh daripada ajaran Islam sebenar.

Penasihat Minda Pondok, Abdullah Saamah berkata, sesiapa sahaja yang taksub dengan fahaman parti sendiri, tidak akan diakui sebagai umat Nabi Muhammad SAW.

"Nik Abdul Aziz ini takbur dan taksub kepada pemikiran dan fahaman parti dia, orang taksub ini Nabi Muhammad tak mengaku umat.
"Orang macam ini bukan umat Nabi Muhammad, ini umat syaitan, tulis perkataan saya kata ini sebab Nik Abdul Aziz setuju dengan pluralisme agama, setuju kalimah Allah untuk disyirikkan, dia yang bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz di Hotel Harvard di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas fatwa-fatwa Nik Abdul Aziz antaranya solat orang UMNO tidak mendapat pahala, undi UMNO tidak masuk syurga serta yang terbaru menuduh UMNO membuat masjid bukan kerana Islam sebaliknya mahu menjadi kontraktor.

Menurut Abdullah Saamah, fatwa-fatwa Nik Abdul Aziz itu seratus peratus menyimpang daripada ajaran al-Quran dan sunah serta wajib untuk semua umat Islam menolak fatwa Menteri Besar Kelantan itu.

Katanya, semua fatwa itu juga akan membawa mudarat bagi umat Islam jika diikuti dan Pas boleh diibaratkan sebagai sebuah parti yang sesat lagi menyesatkan.

"Apa yang saya nampak sekarang ialah Nik Abdul Aziz keluarkan fatwa-fatwa tersebut untuk menyekat orang Islam daripada mendekati UMNO, ini sasaran Nik Aziz sekarang," jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Minda Pondok, Harun Yahya berkata, pihaknya bukan mahu menyerang peribadi Nik Aziz atau pemimpin Pas lain namun mereka mahu menyangkal ideologi sesat yang dibawa oleh parti itu.
"Kalau mengikut nas-nas yang saya jumpa di dalam kitab Imam Al-Ghazali, Nabi Muhammad ada menyebut bahawa kalau ulama ini jahat, dia lebih jahat dari dajal, orang macam ini memang susah nak dibetulkan sebab dia rasa dirinya orang yang baik.

"Memang sukar kita nak betulkan mereka, marilah kita sama berdoa agar mereka sedar penyelewengan yang mereka telah lakukan selama ini," ujarnya.
Tambahnya, selama 50 tahun umat Islam di negara ini tertipu dengan Pas yang kononnya mahu memperjuangkan agama Islam.

''Penyelewengan Pas ini bukan hanya sekarang tetapi sudah lama Pas mempropaganda dia parti Islam, kalau orang tak ikut Pas, tak Islam.
''Habis itu sebelum tubuh Pas semua kafirlah kalau ikut dia punya fatwa," katanya.




Saturday, 6 April 2013

ULAMA HAJI SALLEH MUSA GELARKAN NIK AZIZ SEBAGAI GURU TOLOL YANG SERBA MENTOLOLKAN !!!




Haji Salleh Musa tidak dapat disangkal lagi, sudah diserang penyakit nyanyuk, lupa diri dan ilmunya telah ditarik balik oleh Allah Taala sehinggakan menjadikan dia seorang guru tolol yang serba mentololkan. Salleh yang mempunyai sebuah pondok pengajian di Kampung Banggol Kiat, dan seringkali menarik perhatian penduduk setempat serta para pelajarnya dengan cakap-cakap ahmak serta dzauq Iblisnya yang berjaya dilindungi menerusi pengajian agama, sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang dilihat lebih kafir berbanding orang kafir!

Tarikh 5 April 2013, antara pukul 7:30 sehingga 11:00 pagi, di Pondok Haji Salleh, Kampung Banggol Kiat, PDM Pekan Sik, DUN Belantek, telah berlangsung pengajian agama mingguan yang disampaikannya.
IMG-20130405-WA0002
Bagi yang tidak tahu, Haji Salleh bin Musa adalah pengasas pondok tersebut serta Penasihat PAS Kawasan Sik.
Seperti biasa, setiap kali dia mengadakan pengajian agama mingguan, kehadiran adalah seramai lebih kurang 600 orang yang terdiri daripada penyokong-penyokong PAS dari Daerah Sik dan kawasan-kawasan sekitar.
Pengajian pada 5 April dan hampirnya dengan tarikh pengundian membuatkan Haji Salleh mengeluarkan pelbagai fatwa mengelirukan dan sangat bersandar kepada PAS. Haji Salleh cuba menggambarkan yang PAS adalah sebuah kubu Islam yang teguh dan sedang mempertahankan Islam walaupun ‘terpaksa’ menggadaikan elemen-elemen utama Islam seperti KALIMAH ALLAH.
Menurut Haji Salleh, orang Islam yang menolak hukum hudud adalah orang yang telah tercedera imannya. Penasihat PAS Kawasan Sik itu jelas merujuk kepada orang UMNO yang dituduhnya menentang dan menolak hukum hudud.
Namun sesuatu yang tidak disentuhnya ialah bagaimana PAS menerusi Mursyidul Am dan Presiden serta Dewan Ulama terpaksa MENOLAK HUDUD sebagai satu sistem apabila DAP menerusi Karpal Singh dan Lim Kit Siang menyatakan tentangan secara terbuka terhadap hukum berkenaan. Walaupun PAS secara perlahan menyatakan, hudud masih dalam agenda mereka, tetapi kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ketika menerajui Terengganu bahawa Hudud hanyalah 0.001% daripada keseluruhan syariah Islam, menjelaskan bagaimana PAS terpaksa akur dengan kehendak DAP yang menentang serta menolak hudud secara terang dan nyata.
Benarkah UMNO menolak hudud sepertimana yang dituduh oleh manusia seperti Haji Salleh? Atas dasar apa, tuduhan tersebut dibuat? Tidak melaksanakan atau melarang perlaksanaan bagi undang-undang syariah Terengganu dan Kelantan yang telah dideraf oleh PAS tetapi tidak digazetkan oleh DUN masing-masing, tidak bermakna UMNO menolak hudud. PAS sendiri sewaktu menguasai DUN Kelantan dan Terengganu, tidak berani menggazetkan hukum syariah yang mereka gubal bagi membolehkan perlaksanaannya. Sebaliknya hanya berani melalak dan menyalak!
Dalam ceramahnya juga, Haji Salleh berpesan kepada ahli-ahli PAS agar tidak bergaduh sesama sendiri kerana pergaduhan akan menyebabkan PAS kalah dalam PRU kali ini. Nasihatnya kepada ahli-ahli PAS yang datang mendengar ceramahnya ialah agar menyokong sesiapa sahaja yang menjadi calon PAS.
Fatwanya ialah, menentang UMNO akan menjadikan Islam naik. Maksudnya, Islam akan lebih dijunjung dan martabat agama akan lebih ditinggikan apabila UMNO ditentang dan dikalahkan.
Jujurkah kenyataan Haji Salleh yang mempunyai pengajiannya sendiri? Adakah kekalahan UMNO dan Barisan Nasional di Kelantan, Terengganu dan Kedah, berjaya menaikkan dan memartabatkan Islam sebagaimana yang didakwa oleh Haji Salleh? Atau sebenarnya Islam dipandang sebagai sebuah agama enteng yang boleh dipermain-mainkan dengan mudah semata-mata untuk memastikan PAS menang?
Seperti yang PAS sedang lakukan sekarang?
Namun nasihatnya yang paling menarik pada 5 April ialah, baik kenduri atau solat orang meninggal dari kalangan orang UMNO, maka orang PAS jangan tidak dipanggil dan menyertai majlis berkenaan kerana orang UMNO tidak mahu beriman dan mengikut PAS. Sekaligus mengingatkan kita semula kepada permainan tradisi PAS iaitu memulaukan dan meminggirkan sesiapa sahaja yang tidak menyokong PAS dengan menjadikan Islam dan fardu kifayah sebagai modalnya.
Anehnya, dalam banyak dasar UMNO dan Barisan Nasional yang memberikan kebaikan kepada rakyat, Haji Salleh tidak pula menggalakkan ahli-ahli dan penyokong PAS memulaukannya sepertimana pemberian BRIM dan sebagainya. Bahkan Haji Salleh mengeluarkan pula fatwa yang menyatakan, wang serta bantuan yang diberikan oleh Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional adalah hak rakyat.
Walhal, sebagai seorang guru yang mempunyai pengajiannya sendiri, Haji Salleh terlupa tentang hak orang Islam di kalangan orang Islam, hak jiran ke atas jiran, hak manusia ke atas manusia yang lain dan sebagainya.
Dan dalam Islam, apa yang diajarkan oleh Haji Salleh kepada para pengikut dan pemercayanya sebenarnya amat bertentangan dengan ajaran suci agama itu!
Anehnya, Haji Salleh mempunyai pemikiran yang saling bercanggah. Bermula dengan menentang segala sistem dan ajaran Islam, dia kemudiannya menyeru ahli-ahli PAS agar memulakan kempen dan mengadakan majlis solat hajat di setiap markas. Kononnya dengan cara itu, musuh-musuh (baca: UMNO dan Barisan Nasional) akan berasa gerun kerana melihat orang-orang PAS bersatu.
Barangkali kerana sudah terlalu lama terkurung di dalam tempurung sendiri, Haji Salleh tidak menyedari bahawa orang-orang PAS sedang menjadi badut di kalangan rakyat Malaysia. Setiap apa yang dilakukan oleh orang PAS termasuklah pemimpinnya, menjadi bahan jenaka dan lawak menggeletek tali perut kepada rakyat Malaysia.
Semuanya kerana PAS dan para pemimpinnya seperti Haji Salleh, bercakap tidak serupa bikin.
Haji Salleh mengajar dan memberitahu para pemercayanya bahawa Nabi s.a.w pernah berkata, musuh sentiasa ada untuk menghalang menaikkan agama Islam. Memang benar, Nabi s.a.w pernah mengingatkan umat Islam tentang hal itu. Bahkan al Quran dan Firman Allah Taala juga mengingatkan umat Islam tentang helah musuh-musuh Islam agar meninggalkan ajaran Islam.
Dan apa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w serta diperingatkan oleh Allah Taala, benar-benar bertepatan dengan diri Haji Salleh sendiri.
Haji Salleh cuba menjadikan PAS sebagai sebuah agama kultus. Kononnya, kalau ingin mencari kekayaan dan kemewahan, PAS bukanlah tempatnya. PAS adalah sebuah pergerakan suci yang berjuang dengan penuh ikhlas.
Namun Haji Salleh tidak pula menceritakan bagaimana para pemimpin PAS sedang bertelagah sesama sendiri kerana harta dan kemewahan. Haji Salleh tidak menceritakan tentang bagaimana pemimpin-pemimpin PAS Kedah sedang berperang sesama sendiri dan sakit hati kerana kemewahan dan kekayaan yang sudah lama mereka impikan. Haji Salleh tidak menerangkan tentang duit-duit tabung derma yang para pemimpin PAS gunakan untuk menghidupkan perut dan nafsu mereka hasil daripada kebodohan dan kejumudan para pengikut PAS.
IMG-20130405-WA0003
Dan kerana itulah, Haji Salleh cuba menutup mulut tentang KALIMAH ALLAH yang disokong oleh PAS untuk kegunaan bukan Islam di Malaysia, terutama sekali di Semenanjung. Haji Salleh pernah mengarahkan agar para pemimpin dan ahli-ahli PAS tutup mulut dan langsung tidak memperkatakan isu KALIMAH ALLAH yang telah disokong oleh para pemimpin PAS sebagaimana yang disyorkan oleh Lim Guan Eng.
Sebaliknya, Haji Salleh menyertai golongan munafiq dalam PAS yang mengarahkan kesalahan kepada UMNO. Kononnya, UMNO sengaja mengembangbiakkan isu KALIMAH ALLAH untuk memecah belahkan PAS. Padahal yang mengembangbiakkan isu tersebut adalah ALLAH TAALA. Af’al Allah Taala telah mendedahkan keburukan, kemunafikan dan kepura-puraan PAS termasuklah orang seperti Haji Salleh.
Dan atas Af’al Allah Taala jugalah, Haji Salleh tergelincir lidahnya apabila memberi contoh, BABI ITU HARAM UNTUK DIMAKAN, TETAPI ADAKALANYA WAJIB bagi memberi contoh kaedah menghalalkan cara untuk berkawan dengan DAP.
Justeru, ada orang yang berkata, kalaulah ditakdirkan Allah Taala, babi itu boleh bercakap dan memberitahu manusia yang segala babi di muka bumi ini telah menyertai PAS, adakah daging babi itu akan menjadi halal untuk dimakan?

SERUAN DARI PARA ULAMA AGAR TINGGALKAN PAS !!!




Umat Islam perlu menjadikan pendirian sekumpulan ulama daripada Minda Pondok yang menolak Pas sebagai panduan untuk menentukan parti yang layak memerintah negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13.


Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, ketaksuban terhadap parti mesti diketepikan agar penegasan yang dibuat ulama-ulama terbabit dapat dilihat menerusi kaca mata Islam.

Menurut beliau, kumpulan yang bergelumang dalam bidang ilmu di pondok-pondok sekitar Kedah dan Kelantan itu pasti mempunyai satu kaedah yang cukup jelas sebelum mengambil pendirian untuk tidak lagi bersama Pas.

"Ulama-ulama tersebut tidak membuat pendirian secara tergesa-gesa kerana mereka telah mengambil masa yang cukup lama untuk menilai tahaluf siyasi Pas bersama DAP yang merugikan perjuangan Islam.

"Mereka mempunyai asas syarak dan akidah yang kukuh. Penegasan yang disuarakan itu bukan atas sebab politik semata-mata," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ismail mengulas kenyataan tiga ulama daripada Minda Pondok yang sebelum ini merupakan penyokong tegar Pas menolak keras parti tersebut selepas kepimpinan parti itu gagal mempertahankan kalimah Allah.

Dalam sesi temu ramah dengan media semalam, Ketua Penerangan Minda Pondok, Harun Yahya menegaskan, tindakan Pas itu amat mengecewakan umat Islam khususnya para ulama kerana parti tersebut dilihat menyokong fahaman pluralisme yang amat bercanggah dengan Islam.

Penasihat Minda Pondok, Abdullah Saamah pula berkata, tindakan Pas yang bersekongkol dengan DAP telah menggalakkan konsep pluralisme agama manakala Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz kesal dengan budaya fitnah yang amat berleluasa di dalam Pas.

Sementara itu, Pengerusi Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya meminta para penyokong Pas tidak terpengaruh dengan kenyataan sebahagian pemimpin mereka tentang hudud dan negara Islam.

Beliau memberitahu, kegagalan Pas mempertahankan agenda Islamnya terbukti apabila parti itu sanggup menerima manifesto pakatan pembangkang walaupun soal hudud dan penubuhan negara Islam tidak dinyatakan.

"Jika kita buat perbandingan, UMNO jauh lebih baik daripada Pas dalam aspek ekonomi, pentadbiran, agama, politik dan sosial," ujarnya.

Fathul Bari menjelaskan, UMNO dan Barisan Nasional (BN) juga tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan namun umat Islam seharusnya menilai kemudaratan yang lebih besar dilakukan oleh Pas terhadap agama, bangsa dan negara.



Friday, 29 March 2013

BANGKIT MENENTANG GOLONGAN MUNAFIK !!!




Sekian lama PAS berbangga kerana mendapat dukungan kuat dari golongan alim ulama sama ada dari kalangan tok guru pondok, para pendakwah, cendekiawan agama dan mereka yang mempunyai latar belakang pengajian agama, kali ini segalanya berubah.

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pastinya akan diingati ramai kerana buat pertama kalinya dalam sejarah PAS akan menyertai PRU tanpa mendapat sokongan kuat dan mantap dari golongan alim ulama.

Di mana-mana sahaja pusat pengajian pondok di Kelantan tika ini, tok guru dan anak muridnya yang pro PAS semakin berkurangan, sedangkan di masa yang sama mereka yang pro UMNO terus berkembang.

Jika dulu para ulama pondok, para ustaz ustazah dan lain-lain cendekiawan Islam sukar sekali untuk dilihat turut sama memeriahkan majlis dan program anjuran UMNO, kini sebahagian besar golongan alim ulama ini pula yang sering membantu UMNO demi menumbangkan PAS di Kelantan.

Kebangkitan golongan alim ulama dan pendakwah Kelantan yang sepakat untuk bangun memprotes PAS dan semakin menjauhi parti berlabel Islam itu benar-benar memeningkan kepala ramai pemimpin PAS kerana ia tak terjangka sama sekali akan terjadi sedemikian rupa.

Ini menyebabkan PAS hilang tonggak kekuatannya dan impak perubahan yang berlaku itu memang jelas kelihatan di mana-mana hatta di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian yang dulunya terkenal sebagai kubu kuat PAS juga ada tikanya kelihatan seperti kubur untuk PAS.

Golongan yang berpengaruh ini sepakat bersatu menggembleng tenaga masing-masing membantu UMNO melalui tiga NGO utama iaitu Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama & Tanah Air (UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan (ICIK).

Tiga NGO utama ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong tegar PAS yang bernaung di bawah Selamat Tinggal PAS (STP). Keseluruhan keahlian dalam keempat-empat NGO ini mencecah angka 10,000 orang.

Pada PRU 11 dan PRU 12 yang lalu sebahagian besar daripada mereka ini pernah berkempen dan menggerakkan sokongan dan undi untuk PAS. Kini atas beberapa faktor demi kepentingan agama, bangsa, negeri dan negara, mereka nekad menjauhi PAS sebaliknya kian mesra dan rapat bersama UMNO dan BN.

Selain empat NGO tersebut, terdapat beberapa NGO lain yang mewakili golongan muda mudi Kelantan seperti Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) serta PERKASA yang turut memainkan peranannya. 

Hasil dukungan dan sokongan mereka kepada UMNO menyebabkan PAS semakin tempang, dek kerana itu bukan lagi sesuatu yang pelik bila mana banyak aktiviti politik PAS tidak lagi meriah seperti dulu, memaksa PAS mengeluarkan surat arahan kerahan kepada ahli parti demi meramaikan sesuatu majlis yang disertai pemimpin utamanya.

Manakala di pihak UMNO, saban waktu di mana sahaja kempen penerangan dan aktiviti parti di adakan pasti sahaja mendapat sambutan hangat rakyat Kelantan. Hadirin yang datang tidak lagi terhad dari kalangan ahli dan penyokong UMNO, sebaliknya turut melibatkan ramai ahli dan penyokong PAS serta golongan non-partisan.

Senario yang berlaku ini berkait rapat dengan kegagalan PAS dalam menangani isu-isu agama dan permasalahan tempatan serta kekecewaan khalayak terhadap kelemahan urus tadbir pemimpin PAS, selain taring parti itu sendiri yang dilihat kian tumpul bila berdepan dengan terjahan DAP & PKR.

Malah keaktifan UMNO menggerakkan jentera penerangan mendekati rakyat di samping pelbagai transformasi dan kesungguhan Kerajaan Pusat berterusan membantu rakyat Kelantan turut menyumbang mempercepatkan lagi perubahan positif ini.

Kombinasi semua penggerak utama di atas berjaya membuka lembaran baru dalam sejarah kebangkitan rakyat Kelantan dan ia menjadi titik tolak ke penting arah merealisasikan Gelombang Merah Kelantan Berubah. 

Suka atau tidak, PAS terpaksa menerima hakikat, zaman untuknya terus bergoyang kaki di singgah sana pemerintahan negeri kini hanya menghitung hari-hari terakhir. Kelantan bukan lagi kubu PAS tetapi kini adalah lubang kubur yang besar untuk pemimpin-pemimpin PAS.


Member BSK