Jumlah Pengunjung

Showing posts with label hamidah osman. Show all posts
Showing posts with label hamidah osman. Show all posts

Thursday, 6 July 2017

MIDAH SERANG MESYUARAT KETUA-KETUA BAHAGIAN BERSATU PERAK!!!

Hiasan

Kecoh malam tadi bila beberapa cerita keluar sendiri dari mulut ahli-ahli Pribumi Bersatu Perak apabila Datuk Hamidah yang merupakan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah menyerang satu mesyuarat ketua-ketua Bahagian Pribumi Bersatu Perak. Mesyuarat yang sedang di jalankan di satu kawasan di Taman Meru Ipoh Perak itu telah bertukar menjadi kecoh apabila Datuk hamidah masuk dan mempertikaikan kelayakan beberapa ketua Bahagian yang hadir mesyuarat pada malam itu.

Beberapa ketua Bahagian Bersatu Perak juga turut mempertikaikan kehadiran Datuk Hamidah ke mesyuarat itu kerana sememangnya beliau tidak pernah dijemput tambahan pula kehadirannya telah mencetuskan kekecohan. Kekecohan menjadi semakin tegang apabila perang mulut mula terjadi antara Ketua Sri Kandi Bahagian Tambun bersama Datuk Hamidah, apabila Ketua Sri Kandi Tambun mencadangkan penubuhan Sri Kandi Bahagian Gopeng, dan keadaan tidak dapat ditenteramkan sehingga membuatkan air botol melayang membaling antara satu sama lain. Nampak juga kepuasan beberapa pengikut Datuk Hamidah terutamanya adik datuk Hamidah ( RUJUKSINI ) ( SINI ) dan ( SINI ) apabila beberapa komen di status facebook miliknya menampakkan lagi kejadian baling botol air memang berlaku pada waktu itu.

Ramai ahli-ahli Bersatu Perak mula mempertikaikan mengapa Datuk Hamidah harus menyerang mesyuarat mereka sedangkan dia dan orang-orangnya sebelum ini yang diketuai oleh adik iparnya (Suami kepada Hamizura) telah membuat sidang akhbar untuk keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebelum ini.

Suami Hamizura (Azrul) yang merupakan adik ipar kepada Datuk hamidah semasa membuat sidang akhbar mendesak Presiden Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan.


Makin pening dan kelam kabut Parti Pribumi Bersatu ini yang baru beberapa bulan sahaja ditubuhkan sudah mula bercakaran sama sendiri. Dan seperti kebiasaannya juga, bila terjadi sesuatu musibah begini mereka akan mula menyalahkan UMNO dalam pergaduhan mereka untuk menutup kudis kurap pada punggung mereka sendiri. Pelikkan ? UMNO juga yang salah..


Pergaduhan antara datuk Hamidah dengan Ketua Armada Bersatu Malaysia

Pergaduhan antara Ketua Armada Bersatu Malaysia dengan Datuk Hamidah


Hurmm... entah apa la yang difikirkan oleh 2 orang pemimpin Bersatu ni..
Semua sudah gaduh sama sendiri..




Tuesday, 2 April 2013

KENAPA KHALID SAMAD MALU PADA YB. HAMIDAH OSMAN ???




Khalid Samad saman Hamidah Osman kerana gambar dia pegang salib yang dipaparkan dalam blog yang sudah tidak lagi wujud. Khalid Samad yang bersendirian, hanya diteman oleh peguamnya sebelum ini telah berjaya membuatkan seorang blogger pro-UMNO mengalah.

Bagaimanapun, kali ini dia sudah tersilap besar kerana kes tidak diselesaikan di luar mahkamah sebagaimana yang dihajatinya, sebaliknya Hamidah Osman mengajak dia bertarung di dalam mahkamah, sekaligus membuatkan dia terpaksa memberi keterangan kepada mahkamah.

Dan kalau sudah dasar munafiq, sampai bila-bila munafiq dan kezindiqannya itu tidak akan dapat disembunyikan!

Perkara pokok sehingga menimbulkan kemarahan awam kepadanya ialah isu Kalimah ALLAH. Khalid Samad merupakan orang pertama yang bercakap tentang KALIMAH ALLAH di dalam sebuah gereja di Shah Alam bagi memenangi hati pengundi beragama Kristian. Kemudian Herald Tribune, sebuah penerbitan Katolik telah menggunapakai kenyataannya, dan kemudian berjaya pula menang di mahkamah dengan hakimnya adalah LAU BEE LAN.

Hakim ini memang cukup terkenal dengan KEPUTUSAN-KEPUTUSAN POLITIKNYA yang amat meragukan sehinggakan KALIMAH ALLAH yang telah terang-terang terdapat larangan penggunaan selain Islam, pun boleh DIHADIAHKAN kepada Herald Tribune.

Pagi tadi, semasa sesi soal balas, Khalid akhirnya mengakui bahawa kenyataannya yang dibuat pada 27 Mac 2008 di Roman Catholic Church of the Divine Mercy di Shah Alam, telah menimbulkan kemarahan dan keresahan di kalangan rakyat, sehinggakan berlaku cubaan membakar gereja dan surau serta masjid yang dibaling kepala babi dan sebagainya.

Namun yang paling menariknya ialah apabila Khalid Samad mengakui yang dia telah MENGUBAH DAN MENGUBAHSUAI BUKTI.



Berikut adalah transkrip soal balas perbicaraan pagi tadi:

Dato Hafarizam: setuju atau tidak murtad di negi selangor bertambah

Khalid: setuju

Dato Hafarizam: setuju atau tidak kalau dikatakan yb perosak agama Islam

Khalid : tak setuju

Dato Hafarizam: setuju atau tidak yb adalah penaik semangat kaum kafir

Khalid: tak setuju

Peguam Khalid: cuba membantah

Hakim: apa nak dibantah itu soalan biasa sahaja

Dato Hafarizam: gambar yang dikata tercetak adalah yang disupeeimpose oleh orang lain bukan defendan

Khalid: saya setuju

Dato Hafarizam: kenapa ada perbezaan antara dokumen yang dikemukakan dengan yang asli

Khalid: setuju

Dato Hafarizam: setuju atau tidak yb tidak pernah mwmbuat laporan polis sehingga kini

Khalid: setuju

Peguam Khalid: apa pandangan yb mengenai gambar



(SUMBER)

Sunday, 27 January 2013

Apa ada dalam Ceramah YB HAMIDAH semalam !!!




Apabila Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998, pembangkang-pembangkang di Malaysia bagai mendapat nafas baru.  Anwar yang dahulunya digelar Al-Juburi oleh Mat Sabu, dituduh secara langsung oleh Karpal Singh sebagai homoseksual di dalam Parlimen, dihentam dan dicemuh kiri dan kanan oleh PAS dan DAP, kemudiannya dijulang dan dinobat sebagai manusia paling suci sebaik saja dipecat oleh UMNO kerana terlalu kotor.  

Sehubungan dengan itu juga, PAS dan DAP iaitu dua parti yang amat bertentangan ideologi tiba-tiba bekerjasama dengan parti baru yang ditubuhkan khas untuk membela Anwar Ibrahim iaitu Parti Keadilan (ADIL).   Ketiga-tiga parti ini kemudiannya menubuhkan Barisan Alternatif (BA) bagi menyatakan kerjasama secara rasmi.  

Bagaimanapun, PAS, DAP dan ADIL atau sekarang PKR sentiasa mengalami pasang surut serta berbagai cabaran dalam mengekalkan kerjasama mereka.      Pada 21 September 2011, DAP telah keluar dari BA disebabkan krisis dengan PAS mengenai penubuhan Negara Islam. 

Pada PRU 2004, ketiga-tiga parti bertanding secara berasingan dan mencabar sesama sendiri.  

Pada PRU 2008, ketiga-tiga parti ini kembali bekerjasama dan menyaksikan mereka memenangi 82 daripada 222 kerusi Parlimen.  Mereka kemudiannya menubuhkan Pakatan Rakyat (PR) pada 1 April 2008 setelah PAS akhirnya mengalah dan akur dengan DAP untuk melupakan perjuangan memartabatkan Islam. Pas seterusnya meneruskan sikap hipokritnya dengan membuat slogan Pas menuju ke arah negara berkebajikan.

Berdasarkan kesedaran bahawa parti-parti mereka tidak mungkin dapat bekerjasama dengan ikhlas dengan sebenar-benarnya kerana matlamat yang jauh bertentangan, maka mereka mengambil keputusan untuk TIDAK mendaftarkan gabungan parti PR secara rasmi. 

Dan hari ini, walaupun lebihi 10 tahun berlalu, ketiga-tiga parti mereka kekal berdiri secara berasingan walaupun mengaku berada dalam satu pakatan, mengaku mereka bersepakat.

Selama itu juga, entah beberapa kali PAS tersinggung dengan DAP dan begitu juga sebaliknya apabila hukum-hakam agama Islam dijadikan isu politik.   

Baru-baru ini dalam isu kalimah Allah yang ditimbulkan sendiri oleh cina DAP mendesak kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam bible Kristian.

Kenapa DAP ingin benar nak keluarkan bible dalam bahasa Malaysia, siapakah yang akan baca bible ini kalau bukan orang Melayu sendiri.

Pas telah membuat satu kesilapan yang amat besar dengan sanggup menggadaikan kalimah Allah untuk kafir harbi. Walaupun Majlis Syura pas tidak bersetuju namun Anwar telah memainkan peranannya sebagai ketua pembangkang tetap dengan keputusannya bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Agama Kristian

DAP terkenal dengan ketegasan dalam menyatakan pendirian dan mereka tidak akan berundur walau setapak atas alasan apa sekali pun.   DAP sanggup mati, sanggup keluar pakatan dan sanggup menentang sesiapa saja, termasuk rakan sekutu sendiri demi mempertahankan prinsip dan perjuangan mereka yang menentang penubuhan Negara Islam.    

Dalam beberapa insiden, DAP secara biadap menunjukkan sikap kurang ajar dan tidak menghormati adat dan agama Melayu Islam sebagai menyatakan pendirian mereka.  Satu ketika, di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak DAP enggan memakai pakaian adat atas alasan ia membawa imej Melayu Islam.  

Perjuangan DAP amatlah jelas iaitu ingin menghapuskan hak keistimewaan Melayu, dan Institusi Raja-raja di samping merombak sejarah bagi melenyapkan jejak-jejak warisan penduduk asal negara ini dan menggantikan hak warisan tersebut kepada bangsa Cina.  Selaras dengan itu, DAP giat memperjuangkan bahasa dan budaya yang bertonggakkan negara asal nenek moyang mereka, melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang menyamar atas nama pendidikan dan sebagainya, antaranya, Dong Zong.  

Dan DAP tidak pernah berdolak dalih secara langsung mengenai perjuangan dan pendirian mereka ini.  

Namun, yang mengambil ëtugasí berdolak-dalih bagi pihak DAP, adalah PAS.  

Walaupun PAS memperjuangkan Islam dan seringkali mendakwa bertindak atas nama Allah S.W.T, tetapi PAS tidak mampu melawan ketegasan DAP.  PAS tidak sanggup mati, tidak sanggup keluar pakatan, tidak sanggup menyinggung dan melawan DAP atas nama undi.   Malah, PAS sanggup memecat pemimpin sendiri yang memperjuangkan Islam, seperti Datoí Dr. Hasan Ali atas nama kesepakatan dengan DAP dan PKR.  PAS sanggup melupakan Negara Islam, hudud dan mempertaruhkan kalimah Allah, kedudukan bangsa sendiri demi DAP Laknatullah di ketika mulut mereka melaungkan nama Allah. 

Hari ini, bukan pelik jika mendengar penyokong PAS berkata bahawa mereka menyokong PAS, bukan DAP, bagi menjustifikasikan pendirian mereka.  

Kenapa mereka perlu membuat justifikasi begitu?  Kerana, jauh di sudut hati mereka, mereka tahu siapa DAP dan mereka tahu bahawa kerjasama PAS dengan DAP mahupun PKR, adalah salah kerana perjuangan DAP dan PKR amat bertentangan dengan Islam.  

Sukar bagi mereka menerima hakikat bahawa PAS hanyalah pak turut, balaci atau barua DAP.  PAS selamanya hanya menurut perintah, mengorbankan diri dan masa depan demi PR dengan menjadi tenaga demonstrasi mahupun petualang bangsa dan pengkhianat negara.  Demonstrasi Bersih, Lynas, 901, PTPTN dan sebagainya semuanya bertujuan merosakkan imej dan mengsabotaj ekonomi negara dan PAS lah penyumbang tenaga terbesar untuk tujuan ini.    

Hakikatnya penyokong PAS tahu bahawa mengundi PAS samalah dengan mengundi DAP.  Satu undi untuk PAS akan membantu meletakkan PR di singgahsana Putrajaya.  Dan dengan PAS sebagai barua dan PKR sebagai alat, maka DAPlah yang akan sebenarnya berkuasa jika PR ditakdirkan menang pilihanraya.

Apabila ini terjadi, pastinya DAP akan melaksanakan agenda Malaysian-Malaysianya dengan mudah sementara PAS hanya mampu terkebil-kebil melihat akibat dari kebebalan sendiri.  

Pada ketika itu nanti, air mata darah juga belum tentu akan membawa kembali Raja-raja kita ke atas takhta, belum tentu tanah-tanah kita kekal di tangan kita, belum tentu anak-anak kita akan mendapat peluang yang adil untuk belajar, peniaga-peniaga kita akan diberi ruang yang cukup untuk bersaing, agama kita akan tetap kekal sebagai agama rasmi atau azan akan kekal berkumandang setiap pagi.  

Jika ada puak-puak PAS yang masih menganggap artikel ini hanyalah untuk menakut-nakutkan mereka, maka eloklah mereka belajar berfikir dan berfikir berkali-kali berdasarkan apa yang berlaku hari ini.  DAP menguasai PAS bukan cerita dongeng, ia jelas dalam setiap isu yang berbangkit sama ada isu judi, arak, rumah urut, pusat hiburan, azan, hudud, murtad, Negara Islam dan segala-galanya.





Member BSK