Jumlah Pengunjung

Showing posts with label khalid samad. Show all posts
Showing posts with label khalid samad. Show all posts

Friday, 4 September 2015

SELAMBER JE PAS KENA KENCING DENGAN KHALID SAMAD & THE GENG !!!



Senang hidup Khalid samad dan bekas pemimpin-pemimpin PAS yang telah berpaling tadah untuk setia pada perjuangan DAP berbanding setia pada perjuangan PAS. Untuk menghalalkan perbuatan mereka untuk setia pada DAP mereka mula memilih jalan mudah untuk menghalalkan cara mereka sekarang. Jika dahulu semasa mereka bersama PAS jika ada pemimpin PAS yang mahu keluar parti dan mahu bersama Barisan Nasional, agaknya adakah mereka akan bersetuju dengan tindakan sebegini ? ikuti kisah dibawah..



SHAH ALAM: Dua ahli PAS yang menyertai parti baru, Parti Amanah Negara (Amanah) – Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) dan Dr. Mariah Mahmod (ADUN Kota Raja) – mengesahkan akan membayar kafarah dengan menjamu golongan fakir miskin di Shah Alam esok.

Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, mereka mengambil tindakan itu bagi membayar kafarah berikutan tindakan mereka keluar PAS yang melanggar baiah mereka ambil ketika menjadi calon PAS pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 lalu.

Oleh itu, kafarah yang mereka pilih adalah dengan menjamu makan malam kepada 100 fakir miskin dengan nasi briyani kambing di Dewan Merbau Sekyen 17, Shah Alam, katanya.

"Oleh kerana ini, saya dan rakan termasuk Dr. Mariah, kita akan membuat majlis kafarah dengan memberikan makanan kepada fakir miskin pada malam esok mulai jam 8 malam dan kita jemput dan akan bawa orang-orang miskin daripada kawasan Shah Alam dan Klang sebagai majlis kafarah langgar baiah yang telah kita lakukan," katanya.

"Pendirian saya dan rakan-rakan berhubung baiah ini telah saya nyatakan dalam blog saya berhubung persoalan letak jawatan sebagai Ahli Parlimen dan pelanggaran baiah.

“Saya telah jelaskan maksud dan sebab kenapa tidak perlu letak jawatan dan kenapa ianya tidak dilihat sebagai satu kesalahan bagi kami untuk tubuh parti baru dan sertai parti baru."

Isu baiah diperkatakan apabila sebelum ini PAS mewajibkan semua calon mewakili parti itu dalam pilihan raya mengucapkan ikrar untuk taat.

Ikrar itu dianggap dilanggar apabila mereka memilih untuk menyertai parti lain dan keahlian dalam PAS tergugur secara automatik.





Tuesday, 2 April 2013

KENAPA KHALID SAMAD MALU PADA YB. HAMIDAH OSMAN ???




Khalid Samad saman Hamidah Osman kerana gambar dia pegang salib yang dipaparkan dalam blog yang sudah tidak lagi wujud. Khalid Samad yang bersendirian, hanya diteman oleh peguamnya sebelum ini telah berjaya membuatkan seorang blogger pro-UMNO mengalah.

Bagaimanapun, kali ini dia sudah tersilap besar kerana kes tidak diselesaikan di luar mahkamah sebagaimana yang dihajatinya, sebaliknya Hamidah Osman mengajak dia bertarung di dalam mahkamah, sekaligus membuatkan dia terpaksa memberi keterangan kepada mahkamah.

Dan kalau sudah dasar munafiq, sampai bila-bila munafiq dan kezindiqannya itu tidak akan dapat disembunyikan!

Perkara pokok sehingga menimbulkan kemarahan awam kepadanya ialah isu Kalimah ALLAH. Khalid Samad merupakan orang pertama yang bercakap tentang KALIMAH ALLAH di dalam sebuah gereja di Shah Alam bagi memenangi hati pengundi beragama Kristian. Kemudian Herald Tribune, sebuah penerbitan Katolik telah menggunapakai kenyataannya, dan kemudian berjaya pula menang di mahkamah dengan hakimnya adalah LAU BEE LAN.

Hakim ini memang cukup terkenal dengan KEPUTUSAN-KEPUTUSAN POLITIKNYA yang amat meragukan sehinggakan KALIMAH ALLAH yang telah terang-terang terdapat larangan penggunaan selain Islam, pun boleh DIHADIAHKAN kepada Herald Tribune.

Pagi tadi, semasa sesi soal balas, Khalid akhirnya mengakui bahawa kenyataannya yang dibuat pada 27 Mac 2008 di Roman Catholic Church of the Divine Mercy di Shah Alam, telah menimbulkan kemarahan dan keresahan di kalangan rakyat, sehinggakan berlaku cubaan membakar gereja dan surau serta masjid yang dibaling kepala babi dan sebagainya.

Namun yang paling menariknya ialah apabila Khalid Samad mengakui yang dia telah MENGUBAH DAN MENGUBAHSUAI BUKTI.



Berikut adalah transkrip soal balas perbicaraan pagi tadi:

Dato Hafarizam: setuju atau tidak murtad di negi selangor bertambah

Khalid: setuju

Dato Hafarizam: setuju atau tidak kalau dikatakan yb perosak agama Islam

Khalid : tak setuju

Dato Hafarizam: setuju atau tidak yb adalah penaik semangat kaum kafir

Khalid: tak setuju

Peguam Khalid: cuba membantah

Hakim: apa nak dibantah itu soalan biasa sahaja

Dato Hafarizam: gambar yang dikata tercetak adalah yang disupeeimpose oleh orang lain bukan defendan

Khalid: saya setuju

Dato Hafarizam: kenapa ada perbezaan antara dokumen yang dikemukakan dengan yang asli

Khalid: setuju

Dato Hafarizam: setuju atau tidak yb tidak pernah mwmbuat laporan polis sehingga kini

Khalid: setuju

Peguam Khalid: apa pandangan yb mengenai gambar



(SUMBER)

Member BSK