Jumlah Pengunjung

Showing posts with label lim kit siang. Show all posts
Showing posts with label lim kit siang. Show all posts

Wednesday, 27 March 2013

PEMIMPIN BARISAN NASIONAL NAK BUNUH LIM KIT SIANG ???




Jason Teoh Bakal Bunuh Kit Siang Di Gelang Patah

Penasihat DAP, Lim Kit Siang sudah disahkan akan bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor sekaligus memadamkan hasrat Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng yang sebelum ini berangan-angan untuk menjadi calon PKR di kawasan tersebut.

Kejayaan DAP mempengaruhi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim supaya memberi laluan kepada Kit Siang bertanding di Gelang Patah agak mengecewakan ramai penyokong PKR sementelah lagi sudah berbulan-bulan Pengerusi PKR Johor itu melakukan gerak kerja kempennya di sana.

Baru-baru ini sumber yang rapat dengan Jui Meng memberitahu akhbar Nanyang Siang Pau yang bekas pemimpin MCA itu berura-ura untuk meletakkan semua jawatannya dalam PKR sebagai tanda protes berikutan tindakan Anwar yang dianggap sebagai satu pengkhianatan. 

Sama ada ura-ura itu menjadi kenyataan atau tidak, yang pastinya Gelang Patah tidak menjanjikan laluan mudah untuk Kit Siang yang dijangkakan akan berdepan dengan protes secara besar-besaran dari penyokong PKR.

Kit Siang yang sudah acap kali berpindah randah dari satu negeri ke negeri lain untuk melebarkan pengaruh DAP tidak hanya akan menghadapi protes penyokong PKR pro Jui Meng tetapi juga bakal berdepan dengan masalah penerimaan pengundi selain cabaran sengit dari BN.

Majoriti pengundi keturunan Cina di negeri yang terkenal dengan jolokan kubu kuat UMNO sejak berdekad lamanya terbukti mempunyai sikap unik dan penerimaan mereka juga jauh berbeza dari pengundi Cina di negeri lain. Cabaran ini tentunya sukar di mengertikan oleh Kit Siang.

Apatah lagi Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh yang hampir pasti mewakili BN bukannya kecil anak untuk diperlekehkan oleh Kit Siang. 

Gambaran awal kegusaran DAP dengan keterampilan Teoh dapat dilihat dari serangan awal jentera propaganda DAP yang mula melakukan sabotaj terhadap pemimpin MCA itu melalui sebuah fan page tiruan.

Teoh yang sudah sekian lama dikenali kerana rekod khidmatnya yang cemerlang dan rapat dengan ramai pengundi di sini, sudah tentu merupakan sandaran kukuh untuk BN mengekalkan penguasaan di Gelang Patah. 

Tindakan Kit Siang beralih kawasan sempena PRU 13 dengan bertanding di Gelang Patah sebenarnya boleh diibaratkan seperti menggali kuburnya sendiri. Kekuatan DAP di kawasan Parlimen itu ditambah dengan pengaruh peribadinya sukar untuk meruntuhkan kubu BN di sana.

Malah kekuatan DAP yang kian suram di kawasan ini khususnya di DUN N48 Skudai yang dimenanginya dengan majoriti besar 12,854 undi pada PRU 12 tahun 2008 dulu, meletakkan DAP bukan dalam keadaan selesa untuk merampas Parlimen Gelang Patah dari BN.

Berdasarkan trend terkini menunjukkan pengaruh DAP di DUN Skudai sudah semakin suram dan ada kemungkinan parti itu bakal kehilangan kerusi tersebut. Paling tidak pun DAP cuma berupaya mempertahankannya dengan majoriti kurang dari 2,000 undi, mana-mana satu yang berlaku ia tetap berita buruk untuk DAP.

Sementara satu lagi DUN dalam Parlimen gelang patah iaitu N49 Nusajaya yang dimenangi BN melalui calon UMNO dengan majoriti 7,384 undi pada PRU yang lepas, hampir pasti akan kekal di tangan BN dengan undi majoriti yang lebih tinggi. 

Berdasarkan senario ini, sudah pasti PRU 13 bakal menjadi igauan buruk untuk DAP dan nyawa politik Kit Siang akan tamat di Gelang Patah dek kerana terbunuh di tangan Teoh.

Rakyat Johor tidak sabar menantikan saat itu bagi memberi pengajaran supaya politikus kaki panjang seperti Kit Siang yang gemar berpindah randah sana sini untuk kepentingan kerjaya politik sendiri tidak terus dijadikan ikutan. 





Wednesday, 20 March 2013

Antara Chua Soi Lek & Lim Kit Siang, SIAPA YANG BUNUH MELAYU ???




Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menyifatkan Lim Kit Siang sebagai ahli politik “touch n go" atau “singgah lalu" susulan keputusan veteran DAP itu untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini.

Dalam kenyataan media yang dipapar pada laman sesawang parti, Dr Chua berkata berdasarkan rekod Lim, Anggota Parlimen Ipoh Timur itu tidak pernah lama mewakili satu-satu kawasan.

"Sebagai rakyat Malaysia, Lim berhak bertanding di mana-mana kerusi yang beliau mahu dan selaku pemimpin agung DAP, beliau juga berhak memilih kerusi yang beliau suka tidak kira beliau akan berkhidmat di situ atau tidak.
"Jika kita mahu menyatakannya dengan sopan, beliau merupakan ahli politik "langgar lari", tetapi jika cakap kasar beliau ahli politik "singgah lalu"," katanya.

Dr Chua berkata Lim bertanding sebanyak 10 kali, menang tujuh dan kalah tiga, namun persoalannya adakah beliau pernah berkhidmat kepada rakyat di kawasan yang dimenanginya.

Beliau juga menyelar DAP yang menggelar diri mereka sebagai parti pelbagai bangsa, namun hanya bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina seperti kerusi Gelang Patah.

Katanya jika benar DAP sebuah parti melangkaui bangsa, mereka sepatutnya berdepan calon handalan Umno, bukan menentang muka baharu yang muda di kawasan majoriti pengundi Cina.

"Justeru bagi saya walaupun DAP melaungkan slogan tidak amal politik berasaskan kaum, mereka sebenarnya mengamalkan politik perkauman.
"DAP bercita-cita tinggi, tetapi mereka tahu mereka tidak akan mampu menumbangkan Barisan Nasional di Johor, justeru mereka hanya mahu melaga-lagakan sesama Cina bagi menyingkirkan MCA," katanya.

Beliau turut meluahkan rasa bimbang kaum Cina akan kerugian kerana diperalat DAP. - BERNAMA



Tuesday, 19 March 2013

PANAS....PKR JOHOR DIPAKSA JILAT LUDAH LIM KIT SIANG !!!




Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya 'mengalah' kepada DAP apabila memberi laluan kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk bertanding kerusi parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis anjuran DAP di Taman Sutera Utama di sini malam ini, sambil menyifatkan isu 'perebutan' kerusi di Johor sudah selesai.
"Kita tidak nafi memang ada sedikit masalah yang timbul berhubung kerusi itu sebelum ini, namun Kit Siang memberitahu saya dia sudi bertanding di situ, jadi saya menyokong penuh hasratnya itu," kata Anwar.

Kerusi Parlimen Gelang Patah menjadi punca sengketa antara PKR dan DAP Johor apabila Pengerusi PKR negeri, Dr. Chua Jui Meng menyatakan hasrat untuk bertanding di kawasan tersebut tetapi ditentang oleh Pengerusi DAP negeri, Dr. Boo Cheng Hau.

Pada pilihan raya 2008 lalu, kerusi tersebut ditandingi oleh wakil PKR, Dr. Zaleha Mustafa tetapi tewas kepada Tan Ah Eng daripada BN dengan majoriti 8,851 undi manakala pada 2004, ia ditandingi oleh calon Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Malah, Cheng Hau juga secara terang-terangan dalam kenyataan berbahasa Mandarin kepada media Cina baru-baru ini meminta campur tangan Anwar atau Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail supaya mengambil alih kepimpinan PKR Johor.
Sementara itu, kelibat Jui Meng tidak kelihatan pada majlis itu malam ini.







Wednesday, 13 March 2013

Lim Kit Siang Pijak Muka MELAYU !!!




KIT SIANG PERLU GESA KERAJAAN NEGERI PAKATAN BUBAR DUN

Setelah puas berlagak seperti pakar strategi ketenteraan berhubung tragedi pencerobohan bersenjata di Sabah, pencacai pakatan pembangkang cuba menjadi pakar perlembagaan pula  apabila Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang mendesak agar kerajaan persekutuan untuk segera mengumumkan pembubaran parlimen bagi memberi laluan kepada pilihanraya umum ke-13 (PRU13). 

Kit Siang turut mengatakan jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri pada ketika ini tidak lagi sah kerana tempoh pentadbiran kerajaan sudah genap lima tahun.   Murah dan dangkal sungguh perkiraan yang dilakukan.  

Entah macamana Kit Siang boleh bermimpi ingin menjadi pemimpin negara jika tidak mampu memahami perlembagaan dan undang-undang mengenai pilihanraya?  Patutlah pemilihan CEC DAP juga haru biru jadinya, rupa-rupanya memang mereka ini ‘lembab’ sedikit otaknya.    

Mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN), adalah terbubar dengan sendirinya setelah tamat tempoh lima (5) tahun daripada tarikh persidangan pertama Dewan yang berkenaan selepas satu-satu Pilihan Raya Umum - kecuali jika dibubarkan lebih awal.  

Dan untuk rekod, kali terakhir pilihanraya umum diadakan ialah pada 8 Mac 2008, apabila kerajaan pemerintah membubarkan parlimen pada 13 Februari 2008. 

Sejurus selepas parti yang mendapat kerusi majoriti membentuk kerajaan, sesuai dengan perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, telah bersetuju untuk menetapkan tarikh 28 April 2008 sebagai tarikh bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Malaysia Yang Kedua Belas.

Telah tertulis juga bahawa Pilihanraya Umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran tersebut.  Peruntukkan yang serupa juga terkandung di dalam Perlembagaan Negeri-negeri bagi tujuan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri.

Oleh itu, bagaimana pula Kit Siang boleh menuduh pemerintahan BN sekarang sebagai tidak sah?  Takkanlah Kit Siang terlalu gilakan kuasa sehingga tidak boleh mengira hari?  

Kanak-kanak sekolah Tahun Dua juga sudah tentu boleh mengira bahawa parlimen akan terbubar sendiri pada 28 April 2013, dan bahawa isu yang dibangkitkan kononnya Perdana Menteri sedang melaksanakan tugas tanpa mandat rakyat adalah satu bentuk provokasi dan pembohongan oleh orang yang tidak tahu mengira tetapi gila kuasa. 

Bagaimanapun, sekiranya pencacai pembangkang mengunapakai ‘kefahaman’ mereka dalam isu ini, iaitu kerajaan mempunyai tempoh 5 tahun bermula dari tarikh pilihanraya umum untuk membubarkan parlimen, maka mereka wajar membubarkan segera DUN-DUN di Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.   

Tindakan ini pasti dilihat sebagai ‘menghormati’ Kit Siang yang secara tidak langsung menyatakan bahawa Azizan, Nik Aziz, Khalid Ibrahim dan Guan Eng bukan lagi Menteri Besar dan Ketua Menteri yang sah dan perlu segera meletakkan jawatan berdasarkan analoginya mengenai perlembagaan negara mengenai pilihanraya



Tuesday, 5 March 2013

DAP Dapat Ubat Di Teluk Intan !!!




Hah! Ini berita gempar apa pulak pepagi buta ni? Pasal apa pulak Si Godfather Kit Siang tu pengsan kat Teluk Intan? Dia kena serang sakit jantung ke?

Mungkin jugak la. Sebab selama ni, dia ingat tak de orang yang berani nak ambik tindakan terhadap kebiaDAPan puak - puak DAPigs tu. Dia ingat, dia boleh buat sesuka hati.

Nah!!! Sekali lain pulak jadinya. Sambutan yang diberikan bukan seperti yang digambarkan, tetapi sebaliknya. Dia bukan disambut dengan Roket, tapi dengan Dacing!!!

Cuma kali ni, puak - puak Pakatan tu tak boleh nak salahkan orang sebab cuba menggangu program yang diorang buat. Yang diorang bongok sangat buat ceramah depan pejabat UMNO tu siapa suruh!!! Jadi, terima je la ubatnya. Baru la diorang sedar diri sikit!!!

AnakSeberang - Ceramah DAP yang diadakan di bandar Teluk Intan  gamat seketika apabila sekumpulan pemuda membawa bendera BN turut bersama-sama di kalangan orang ramai yang hadir ke ceramah penipu rakyat tersebut.


A.S tabik sama semua anak muda ini kerana tampil menzahirkan sokongan mereka terhadap BN dengan cara yang cukup berani sekali.



Ini kerana puak Dap cukup biadap tak menghormati tuan rumah kerana menganjurkan ceramah di depan Pejabat Umno Bahagian Teluk Intan. Perangai sebijik macam penceroboh sulu tak reti hormat tempat orang. - seterusnya...


Friday, 1 March 2013

Bendera BARISAN NASIONAL Jadi Mangsa Sewatu Banjir di Kg Sri Kinta !!!

Kejadian paling memilukan berlaku di depan bilik gerakan kg sri kinta. Sebanyak 16 bendera BARISAN NASIONAL telah di patahkan oleh pihak pembangkang. 

Sewaktu petugas2 gerakan BARISAN NASIONAL sedang sibuk memberi bantuan mangsa banjir di kampung sri kinta, pihak pembangkang pula sibuk mematahkan bendera BARISAN NASIONAL. Dimana adab dan sopan pihak pembangkang untuk memimpin sebuah negara jika beginilah sikap mereka, tidak terlintas langsung di fikiran mereka untuk membantu mangsa banjir di kampung sri kinta. 

Didalam pemerhatian aku sendiri memang aku langsung tak nampak pihak pembangkang datang melawat rumah mangsa banjir atau pon menghulur bantuan mereka. Aku puji dengan wakil dari MCA (BARISAN NASIONAL) iaitu Dato Thong Fah Chong yang datang bergegas pada malam kejadian. DiFahamkan sewaktu kejadian beliau sedang tidur di rumah kerana tidak sihat.


Mana perginya wakil rakyat dari DAP? Kg Sri Kinta adalah di bawah DUN Tebing Tinggi & di Parlimen Ipoh Timor. Semenjak DAP memenangi kerusi DUN Tebing Tinggi & Parlimen  Ipoh Timor pada tahun 2008, tidak pernah walau sekali pon aku lihat kedatangan wakil rakyat dari DAP untuk turun membantu penduduk kampung Sri Kinta. Malahan setiap masalah di Kg Sri Kinta telah di tanggung oleh UMNO Sri Kinta & MCA Tebing Tinggi sepenuhnya. Beginilah sikap DAP sebenarnya, tidakkah bangsa melayu mahu sedar lagi sekarang...





Semoga ALLAH akan membalas kebiadapan puak PEMBANGKANG pada PRU 13 nanti...
















Friday, 15 February 2013

Apa Lim Kit Siang Pernah Buat Pada MELAYU !!!



ANTARA SEBAB ORANG ISLAM WAJIB TOLAK DAP.

(1) 27 Mei 2008 Kit Siang mahu mansuhkan perkataan "Ketuanan Melayu" dan menggantikannya­ dengan "Ketuanan Malaysia yang kononnya lebih adil. 

(2) 16 Februari 2009, DAP usir peniaga Melayu dan penduduk Melayu. Seramai 80 orang peniaga di Batu Ferringhi, Pulau Pinang, Kampung Pokok Asam dan beberapa tempat lain diusir DAP. 

(3) DAP mahu usir orang Melayu di Pulau Pinang. Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting Balik Pulau di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah untuk membina kampus University Nanyang di Pulau Pinang 

( 4) Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan Nga Kor Ming (Setiausaha Agung DAP Perak) memijak gambar dua orang wakil rakyat Melayu sebelum memasuki dewan untuk Konvesyen DAP Perak di Ipoh pada 29 November 2009. 

(5) 14 Februari 2008, Teresa Kok membantah cadangan DBKL untuk menulis nama jalan dengan tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh). 

(6) DAP menggunakan Nizar Jamaluddin (bekas MB Perak) untuk memberi status hak milik kekal selama 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru. 

(7) 22 Januari 2010, M Kulasegaran (Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, Naib Presiden DAP) mempertikaikan kenapa peniaga Cina tidak diberikan peruntukan dalam skim pinjaman TEKUN. 

(8) 20 Jun 2008 ,Gwee Tong Hiang enggan memakai songkok dalam Dewan Undangan Negeri Johor. Menganggap pakai songkok seperti meng"Islam"kann­ya di hadapan Sultan Johor. 

(9) 26 Julai 2010, Tony Pua mencadangkan kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun tujuh peratus kepada pembeli Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersil dan kediaman mewah yang bernilai lebih RM500,000. 

(10) 25 November 1999, Lim Guan Eng (ketika menjawat jawatan Timbalan Setiauasaha Agung DAP) berjanji akan menghapuskan hak orang Melayu.









Saturday, 9 February 2013

Tugas LIM KIT SIANG semasa peristiwa 13 mei !!!


Ingatkah kita lagi tentang peristiwa 13 mei ? pada orang muda mungkin tidak berapa tahu kisah sebenarnya, siapakah dalang di sebalik peristiwa 13 mei ? kenalkah anda dengan LIM KIT SIANG (Ahli PArlimen IPOH TIMOR)  dia adalah ketua pemuda DAP semasa peristiwa 13 mei, Lim Kit Siang telah menghalau bangsa melayu semasa peristiwa 13 mei. Tahukah anda cina DAP telah membakar dan membunuh bangsa melayu semasa bangsa melayu sedang asyik menonton panggung wayang di pulau pinang. Tahukah anda cina DAP juga telah membunuh perempuan melayu yang sedang sarat mengandung, perutnya di belah dan bayi dalam perutnya di campak begitu sahaja. Begitulah cara cina DAP menghina bangsa melayu semasa peristiwa 13 mei...




Member BSK