Jumlah Pengunjung

Showing posts with label mahkamah lahad datu. Show all posts
Showing posts with label mahkamah lahad datu. Show all posts

Friday, 5 April 2013

MENGAPA AMERIKA LEBIH MENGETAHUI TENTANG SERANGANG DI LAHAD DATU ???



Menurut AIDC, serangan ke atas Sabah sudah dijangka sejak Ogos tahun lalu. Bukan itu sahaja, terdapat campur tangan parti pembangkang dalam hal ini. 

Sabah ground zero juga menyatakan bahawa hal ini tidak berhenti disitu sahaja tetapi fasa seterusnya adalah untuk menumbangkan Musa Aman!

Ikutilah pendedahan berani daripada AIDC dan Sabahgroundzero.

AS Tahu Serangan Sabah Sejak Ogos Lagi…




1malaysiakini – Pemberi maklumat National Whistleblowers Centre (NWC) di Amerika Syarikat yang ada mengaitkan ‘Opposition Party’ Malaysia bahawa mereka telah dimaklumkan lebih daripada tujuh bulan yang lalu mengenai kemungkinan pelanggaran keselamatan di Sabah dan ini kemudian ternyata menjadi serangan maut Sulu

NWC pertama kali dimaklumkan mengenai perkara ini oleh pegawai tentera Amerika Syarikat yang berkhidmat di Asia Pasifik sekitar Ogos tahun lepas.

Penubuhannya sejak tahun 1988, NWC, yang berpangkalan di Washington, telah memberikan perlindungan dan bantuan kepada beribu-ribu pemberi maklumat di seluruh Amerika Syarikat.

Berikut adalah salinan e-mel antara pegawai tentera AS dan pakar pengambilan NWC yang diberikan kepada kita oleh DeepTroat (pemberi maklumat).

Walau bagaimanapun disebabkan oleh keistimewaan peguam-pelanggan dan juga untuk melindungi identiti pemberi maklumat, kita telah kaburkan beberapa perkataan dan ayat dalam e-mel.

Kesahihannya kabur.. walaubagaimanapun polis, tentera dan risikan Malaysia pada pendapat 1mk patut menyiasat perkara yang sebenar..



(SUMBER)

Monday, 1 April 2013

SAH...ANAK KIRAM PENGIKUT SETIA ANWAR !!!




Memang SAH... Jacel Kiram jadi follower twitter Anwar Ibrahim! Musykil kan! Atau secara kebetulan atau sebagai peminat biasa kepada Raja Penipu Dunia Sekelian Alam ini. Mungkin ada yang akan bertanya, mengapa isu jadi follower twiiter mahu dijadikan isu politik ? Banyak sebab! Kadang-kadang sesuatu perkara yang terjadi adalah dirancang. Jarang sekali secara kebetulan. Banyak kaitan antara Anwar dan Sulu yang telah dibongkar sebelum ini. So! Tidakkah isu follower twitter Jacel Kiram - Anwar secara yang dirancang?

Dengan media sosial khususnya twitter yang dimaksudkan, segala perhubungan dan arahan menjadi lebih pantas dan cepat melalui Direct Message (DM). Apa yang berada di dalam isi kandungan DM antara mereka berdua, tidak diketahui! Tak gitu?

Cuba korang baca cerita Gelombang WangsaMaju dibawah,

Mengapa Jacel begitu berminat mengikuti Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR yang sudah semakin galak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Musykil, Musykil dan Musykil ...

Apakah Jacel Kiram mahu mengambil hati Anwar Ibrahim, dan bakal menabalkannya menjadi 'Princess of Sabah' dalam sebuah kerajaan autonomi sekiranya pembangkang berjaya memerintah Malaysia nanti?

Perlu diingat, Anwar Ibrahim adalah MAKHLUK yang menawarkan kerajaan autonomi Sabah kepada pengganas Jamalul Kiram III.

Cukup menghairankan kerana Jacel Kiram mejadikan Anwar Ibrahim, SATU-SATUNYA, ahli politik di dunia ini yang diikuti melalui twitter.

Bukankah ini suatu PETANDA JELAS mereka ini boleh dikaitkan mempunyai matlamat dan perancangan yang sama dalam peristiwa pencerobohan pengganas Jamalul Kiram III di Sabah?

Lebih menarik lagi, Jacel Kiram pernah disiarkan dalam media Filipina menaiki jet peribadi entah milik siapa.

Cukup musykil ... Bagaimana puteri kesayangan pengganas Jamalul Kiram III secara tiba-tiba mampu menaiki dan menyewa sebuah jet peribadi, walhal Jamalul Kiram III mendapatkan rawatan dialisis hasil ehsan Jabatan Kebajikan Filipina.

Friday, 29 March 2013

TERKINI...BOMOH LANUN SULU MATI DI TEMBAK !!!




Seorang lelaki warga emas dipercayai panglima kepada kumpulan pengganas Kiram dan pengawal ilmu hitam mati ditembak selepas menetak seorang anggota keselamatan yang menjalankan operasi pemeriksaan di sebuah rumah di Lorong 4, Kampung Simunul, Semporna, Sabah hari ini.

Dalam kejadian pukul 8.45 pagi itu, anggota keselamatan yang ditetak menggunakan parang bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan kerana dilindungi oleh vest dan perisai keselamatan.

Sumber memberitahu, pengganas lelaki berusia 60-an itu bertindak menyerang pasukan keselamatan semasa memeriksa rumah yang didiaminya bersama dua wanita termasuk seorang dipercayai isterinya.

Beliau berkata, kedua-dua wanita berusia 30-an dan 50 tahun termasuk seorang cacat ditangan turut diberkas.

"Ketika pemeriksaan dijalankan oleh pasukan keselamatan terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di rumah berkenaan, panglima itu tiba-tiba keluar dari sebuah bilik yang dilihat berkunci dari luar.

"Suspek terus meluru ke arah seorang anggota pasukan keselamatan dan menetak mangsa dengan parang barong secara bertubi-tubi," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber berkata, tindakan ganas lelaki itu memaksa anggota keselamatan melepaskan tembakan ke arahnya menyebabkan suspek mati di tempat kejadian.

Menurutnya, seorang daripada dua wanita yang berada di rumah tersebut cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam air tetapi dapat ditangkap oleh pasukan keselamatan.

Dalam masa yang sama, katanya, anggota keselamatan memberkas empat lagi lelaki berusia 20 hingga 30 tahun disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Kiram di sebuah kawasan di Lorong 5 iaitu tidak jauh dari rumah panglima yang ditembak itu.

"Berdasarkan maklumat awam dan risikan, lelaki yang ditembak dan beberapa suspek yang ditahan terlibat dalam aktiviti pengganas Kiram.

"Suspek merupakan seorang yang sangat digeruni kerana mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kampung tersebut, selain aktif dalam aktiviti keagamaan," ujarnya.

Sumber berkata, walaupun aktif dalam aktiviti keagamaan, suspek juga difahamkan turut mengamalkan ilmu hitam dan syirik terutama ramalan nombor ekor.

Katanya, kesemua yang ditangkap termasuk dua wanita terbabit kini disiasat lanjut mengikut Akta Keselamatan Khas (Langkah-Langkah Keselamatan) 2012 (SOSMA).


Wednesday, 27 March 2013

ANWAR PAKAI PADERI ???





Sebelum terjadinya insiden pencerobohan bersenjata di Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu, rakyat Malaysia tidak pernah ambil tahu siapa Pastor 'Boy' Saycon kerana nama itu tidak pun wujud dalam kamus kehidupan rakyat negara ini.

Hanya sekarang baru kita ketahui nama Pastor 'Boy' Saycon itu rupanya milik seorang paderi Kristian warganegara Filipina yang juga adalah penasihat kepada Jamalul Kiram III sejak 12 tahun lalu khususnya melibatkan hubungan asing, ekonomi dan kebudayaan.

Malah paderi ini 'Boy' Saycon juga turut terlibat secara langsung selaku penasihat utama semasa Jamalul Kiram mengemukakan tuntutan ke atas Sabah melalui saluran pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak berapa lama dulu.

Lelaki berbadan gempal bercermin mata dan berkulit putih itu juga dikenali sebagai political strategist dan masih memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Majlis Untuk Hal-Ehwal Filipina (COPA).

Dalam pada itu, ramai rakyat Malaysia sebenarnya tertanya-tanya kenapa Jamalul Kiram sebagai seorang yang beragama Islam boleh mengambil seorang paderi sebagai penasihat? 

Mungkinkah disebabkan kepandaiannya dalam bidang ekonomi dan mahir merencanakan hubungan dengan pihak luar untuk kepentingan Jamalul Kiram misalnya mendapatkan bantuan kewangan untuk pembelian senjata dan sebagainya?

Baru-baru ini Biro Penyiasatan Nasional Filipina (NBI) telah memulakan siasatan terhadap paderi terbabit bagi mengetahui sejauh mana keterlibatannya dengan perancangan Jamalul Kiram dalam menceroboh Sabah.

Sebagai penasihat tentu sahaja wujud peranannya, lagi pun paderi itu sendiri pernah mengakui telah menasihati Jamalul Kiram supaya membatalkan empat perancangan awal untuk menyerang Sabah oleh kumpulan pengganas Sulu yang di ketuai Agbimuddin Kiram, adik kepada Jamalul Kiram.

Salah satunya melibatkan perancangan serangan pada bulan Ogos 2012, iaitu selepas dua kali Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas pemimpin utama MNLF, Nur Misuari.

Jika sebelumnya paderi itu mengetahui butir-butir perancangan serangan, mustahil pencerobohan yang terjadi di Lahad Datu tempohari langsung tiada dalam pengetahuannya, bukan begitu?




Tuesday, 26 March 2013

SIAPA TERIMA DUIT RM20 JUTA DARI ANWAR ??? #rempuh243 #jomsokongbn




Manila – Philippine Military Intelligence mengesahkan kehadiran Sivarasa dan Tian Chua ke Manila, Filipina pada 7 Februari 2013, yakni dua hari sebelum pendaratan Pengganas Kiram ke Lahad Datu pada 9 Februari 2013. 

Media antrabangsa seperti Reuters, Inquirer  Manila Times, The Philipine.ABC.CBN, Wikileaks dan Kedutaan Amerika di Manila mengesahkan akan “Pembabitan Individu Pembankang dari Malaysia”. Kemudiannya individu pembangkang ini dikenalpasti sebagai Tian Chua, R. Sivarasa dan Bapa Pengkhiamat Negara Anwar Ibrahim. 

Dua hari lepas, Atik Husin dan Holanda mengesahkan di Mahkamah Tawau bahawa mereka dibayar upah dan wang oleh seseorang semasa di Filipina lagi. 

Pada 8.2.2013 iaitu sehari selepas R.Sivarasa dan Tian Chua bertemu dengan Kelompok-Kelompok MNLF, dipercayai memberikan Sejumlah Wang yang maha besar kepada MNLF untuk mengkucar-kacirkan Sabah menjelang Pembubaran Parlimen kononnya pada 1.3.2013. 

Perjumpaan pada 7 Feb 2013 merupakan janji manis Buku Jingga ke-2, dua orang pengkhianat kepada penceroboh untuk menceroboh negara sendiri. 

Begitu juga bapa segala pengkhianat negara Anwar Ibrahim turut bersama-sama berada di Manila bertemu Nur Misuari. Ini juga dipantau oleh Philipine Militarry Intelligent dan dilapor oleh media-media cetak antarabangsa. 


Mereka Ke Manila Membawa Wang pada 7.2.2013…2 Hari Sebelum Pendaratan Pertama Pengganas Kiram 



RM 20 JUTA ANWAR BAYAR LAJIM

Ramai orang di luar sana tidak mengetahui bahawa Bapa Pengkhianat Negara Anwar Ibrahim, telah membayar Lajim sejumlah Wang RM20 Juta untuk melompat lagi kepada PKR. Info ini diberitahu kepada kami oleh Salah Seorang Pegawai Tinggi Lajim di Kementerian Perumahan…(Kinabaluboy akan ulas perkara ini kemudian). 

Maknanya, jika Anwar boleh bayar Lajim RM20 Juta supaya melompat parti. Maka anda teka berapa Jumlah Wang yang Anwar usahakan kepada Kelompok MNLF ini? 

Mereka hendak membeli sesiapa sahaja sekarang, bapa Saiful mereka beli, dan cubaan membeli Dato’ Eskay turut dibuat. Sekali lagi janji Buku Jingga Bapa Pengkhianat Negara Nombor 1, bukan sahaja Sabah malahan Sarawak juga mahu dituntut oleh Misuari. Maka terancamlah keselamatan Sabah & Sarawak. Di Sarawak, NDI melalui Global Witness yang dibiayai oleh (George Soros) yang merupakan penyagak matawang turut fokus kepada Sarawak, turut mengkucar-kacirkan negeri Sarawak. 

Isu ini Kinabaluboy akan sambung dua tiga hari lagi, krew strategik kami baru sahaja terbang ke Sarawak untuk mendapatkan maklumat eksklusif untuk anda. Sabah & Sarawak adalah fix deposit BN mereka hendak meruntuhkan secara kejam, pertumpahan darah dan menggadaikan negara.

Is Money An Issue? NO. Lihat kepada kesanggupan membayar bapa Saiful berapa juta!. Juga Offer membayar Dato Eskay any amaunt to any account in any country.Bermaksud unlimited budget ditaja oleh siapa? Bersambung…



RAJA PETRA TAHU RAHSIA ANWAR DI LAHAD DATU !!! #rempuh243 #jomsokongbn




Raja Petra Kamarudin atau RPK merupakan insan yang menggerakkan Free Anwar Campaign (FAC) untuk membebaskan Anwar dalam penjara.


RPK juga merupakan orang yang terpenting sebagai pakar propaganda Anwar yang membantu pembangkang menafikan 2/3 kerusi Parlimen dalam PRU 2008. Daripada RPK juga cerita mengenai skandal kapal selam, Altantuya dan juga Khairy Chronicles yang mencipta persepsi bahawa Kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang teruk di bawah kepimpinan Tun Abdullah. Pendek kata, apa yang ditulis oleh RPK ketika itu merupakan perancangan daripada Anwar Ibrahim dan sebahagian dari perancangan besar Anwar ada di tangan RPK. Ianya didedahkan sendiri oleh RPK dalam temubualnya.


Apa yang menariknya, dalam kes Lahad Datu, RPK mula membongkar satu demi satu rahsia Anwar dan kaitannya dengan Nur Misuari. Yang terbaru, RPK mendedahkan penerbangan yang digunakan oleh Anwar untuk berjumpa dengan Nur Misuari iaitu MH704 ke Manila.
On 16th July 2012, Opposition Leader Anwar Ibrahim flew to Jakarta to meet Nur Misuari -- who is very close to Anwar since the days when Anwar was in the government -- and the military commanders of the MNLF. The meeting was held in the Crowne Plaza Jakarta hotel and was arranged by an Indonesian Member of Parliament -- another close friend of Anwar -- at the behest of Anwar.
A second meeting was held in Manila on 4th August 2012 to finalise and seal the agreement. Anwar flew to Manila on flight MH 704 and if you were to check these flight details you can confirm that Anwar did make this trip, as he did the trip to Jakarta just two weeks or so earlier.

In that meeting, Anwar told Misuari that he needs the latter’s help to win the coming general election. Pakatan Rakyat was confident of winning at least 82-85 of the 165 seats in West Malaysia. It was the 57 seats in Sabah, Sarawak and Labuan that he was not confident of winning.

Baca seterusnya di sini : http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/55331-the-untold-story-of-the-lahat-datu-incident

Kawan aku kongsikan juga pendedahan dari blogger Sabah, Apa Yang Tersirat, bagaimana rancangan dengan Nur Misuari boleh gagal.
Tujuan Anwar

Mahu menang PRU-13. Di Semenanjung Anwar yakin boleh menang antara 82-85 daripada 165 kerus; namun bagi Sabah dan Sarawak yang mempunyai 57 kerusi Anwar perlu sekurang-kurangnya 30, untuk membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah. Menurut Anwar, pertambahan kerusi PR akan berlaku selepas itu, melalui melompatnya para MP Bn.

Disebabkan Anwar sukar mendapat kerusi yang diinginkan, maka bantuan Nur Misuari diperlukan untuk mempengarui pengundi asal Filipina yang telah menjadi warganegara dan boleh mengundi. 

Keuntungan Bagi Nur Misuari

Disebabkan Sabah dan Sarawak akan diberikan kuasa autonomi dan pertambahan bayaran royalti minyak sebanyak 15% daripada 5%, maka kedua negeri itu mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM4bilion setahun hanya daripada minyak; ertinya peluang pekerjaan akan banyak.

Rakyat Filipina yang menyokong Nur Misuari akan diberikan kerakyatan, atau sekurang-kurangnya penduduk tetap, sehingga memudahkan mereka berkerja.

Bagimana Perjanjian Ini Dimuktamadkan?

Anwar berlepas ke Jakarta pada 16 Julai dan pada 17 Julai 2012 berjumpa dengan Nur Misuari di Hotel Crown Plaza atas aturcara seorang ahli Permasyuarat Rakyat Indonesia (MPR) kawan rapat Anwar.

Kemudian Anwar berlepas ke Manila pada 4 ogos 2012 dengan menaiki pesawat MAS MH704 untuk memuktamdkan perjanjian.

Laporan Yang Menyokong Perjanjian ini

Penasihat Kiram Saycon mengakui bahawa sebenarnya rancangan menduduki Sabah bermula sejak ogos 2012, namun dilambatkan dan disesuaikan dengan pembubaran Parlimen Malaysia.

Menurut risikan Anwar, Parlimen Malaysia akan dibubarkan pada 28 Februari, dan PRU-13 akan berlangsung dua minggu kemudian, iaitu antara 23-24 Mac sempena cuti sekolah.

Atas sebab itu perancangan rapi bermula sejak Januari sehinggalah ke minggu pertama bulan Februari. Para pengikut Nur Misuari yang menggunakan Nama Jamalul Kiram III menyusup ke Sabah secara berperingkat, dan menjadikan Semporna sebagai Markas utama mereka.

Para pengikut Nur Misuari/ Jamalul kiram III menyusuan perancangan termasuk membeli sembilan buah rumah di Kg Sri Jaya Simunul, dan turut membina pondok di Kg Tanduo, Tanjing Labian dan Tanjung Batu.

Seterusnya di sini : http://musramrakunman.blogspot.com/2013/03/4-ogos-2012-mh704-anwar-terbang-ke.html

*Makin ramai blogger yang menyertai gerakan mendedahkan dalang di Lahad Datu termasuk Raja Petra. Ayuh rakan-rakan, kongsi dan sebarkan maklumat ini seluas mungkin!



(SUMBER)

Monday, 25 March 2013

PERSEDIAAN ANWAR UNTUK KES PENDAKWAAN PENGGANAS SULU !!! #rempuh243 #jomsokongbn




ANWAR KECUT PERUT TUNGGU KES PENDAKWAAN PENGGANAS SULU

Ketua Pembangkang dan pimpinan Pakatan Rakyat hanya menyatakan sokongan mereka kepada usaha pasukan keselamatan untuk membanteras pengganas Sulu pada 20 Mach lalu, iaitu 15 hari setelah berlakunya pencerobahah ke atas kedaulatan negara.

Lima belas hari atau lebih daripada dua minggu untuk menunjukkan rasa prihatin dan simpati terhadap kematian 10 anggota keselamatan yang mengorbankan nyawa untuk mempertahankan ibu pertiwi bukan sahaja dilihat tidak ikhlas tetapi juga biadap dan tidak bermaruah.

Namun kebiadapan dan ketidak ikhlasan Anwar dan pimpinan pembangkang tidak mampu menutup agenda yang lebih licik dan jahat disebalik kelewatan tanda sokongan kepada pasukan pembangkang.

Anwar dan kuncu-kuncunya dari PKR, Pas dan Dap pada mulanya sudah yakin bahawa Pilihan Raya Umum ke 13 akan diadakan pada awal Mach namun jangkaan mereka meleset.

Atas andaian tersebut Anwar menyusun strategi bersama bekas pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro pemisah (MILF), Nur Misuari berkomplot agar serangan ke atas negeri Sabah dilancarkan seiring dengan PRU13.

Ini bertujuan untuk menimbulkan keadaan huru hara serta kacau bilau semasa kempen pilihan raya sedang berjalan supaya pihak pembangkang boleh menyalahkan kerajaan atas serangan puak pengganas Sulu itu.

Ini boleh dilihat daripada kenyataan segera yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mendakwa pencerobohan itu didalangi UMNO kononnya untuk mengalih pandangan rakyat daripada isu pemberian kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Jika dilihat kronologi apa yang berlaku bermula daripada pertemuan sulit Anwar dan Misuari pada November 2012 empat bulan lalu termasuk pertemuan bekas pemimpin PKR Dr Jeffrey Kitingan dengan wakil kesultanan Sulu terdahulu daripada itu, adalah jelas pertemuan-pertemuan rahsia tersebut adalah untuk menyusun strategi bagi pencerobohan 5 Mach lalu serentak dengan pengumuman PRU13.

Bagaimanapun semua perancangan jahat Anwar dengan koloborasi Misuari dan puak pengganas Sulu gagal menjadikan peristiwa serangan di Lahad Datu dan Semporna hasil kecekapan pasukan keselamatan negara dan respons pantas kerajaan untuk menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas sepanjang 1400 kilometer di pantai timur Sabah (ESSCOM).

Kini Anwar sudah amat tersepit dan menuduh pula Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengguna isu serangan pengganas Sulu di Sabah sebagai alasan untuk mendakwa.

Hakikatnya bukan kerajaan Malaysia yang mendedahkan pembabitan Anwar dengan puak pengganas Sulu tetapi sebaliknya ini dilakukan oleh badan perisikan Filipina di mana maklumat yang diperolehi telah digunakan oleh agensi berita antarabangsa seperti Reuters dan portal berita Philippine Daily Inquirer dan akhbar Manila Times.

Malah Anwar menerima tamparan hebat apabila pimpinan MILF menafikan dakwaan Misuari yang dipetik oleh Al-Jazeera yang menuduh Kerajaan Malaysia menggunakan organisasi itu bagi memperkukuh tuntutan ke atas Sabah dan bertanggungjawab mendorong perpecahan di kalangan rakyat Moro.

Luwaran News Centre memetik kenyataan Ketua Sekretariat MILF, Mohammad Ameen yang mempertahankan Kerajaan Malaysia sambil menganggap dakwaan Misuari itu sebagai 'dosa berat', pembohongan dan palsu semata-mata.

Anwar berpakat dengan Misuari untuk memburuk-buruk nama baik dan imej Kerajaan Malaysia di mata dunia serta anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Namun fakta sebenar dan hakikat tidak boleh dipadam sama sekali berhubung peranan pro-aktif Malaysia yang telah menggesa pembentukan Persidangan Perpaduan Bangsamoro (BSC) pada 2002.

Malaysia mencadangkan pembentukan BSC dengan tujuan murni untuk menyatukan pelbagai puak dalam MNLF dan MILF serta menggalakkan pendirian bersama di kalangan mereka dalam berurusan dengan OIC.

Malah hujah Ameen Malaysia tidak pernah terbabit dalam sebarang usaha mengatur rundingan damai Kerajaan Filipina-MILF (GPH-MILF), tetapi Presiden Gloria Macapagal-Arroyo yang meminta bertindak sebagai pihak perantara pada 2001 

Sekutu Anwar itu ditanya mengapa sangat kini giat 
menyokong tuntutan Sabah sedangan selama 21 tahun rundingan damai dengan kerajaan Filipina tidak pernah beliau menimbulkan isu itu.

Malah fakta juga membuktikan Perjanjian Damai Muktamad Kerajaan Republik Filipina-MNLF (GRP-MNLF) pada 1996 tidak pernah merujuk kepada isu tuntutan Sabah.

Apabila dirinya terperangkap dalam permainan politik kotor dengan kerjasama Misuari dan kelompok kesultanan Sulu, Anwar kini cuba mengalih kesalahan  ke atas bahu UMNO dan Barisan Nasional pula.

Sehingga kini beliau tidak mahu mengulas walau sedikit pun mengapa ia perlu bertemu Misuari secara rahsia tahun lalu dan apakah isu kandungan rundingan tersebut.

Mengapa Anwar takut untuk memberi penjelasan dengan sendirinya adalah jelas kerana ia menjurus kepada peranan kedua-dua individu untuk mencetuskan serta merancang serangan pengganas di Sabah.

Kali ini Anwar dan kuncu-kuncunya yang terlibat dalam menyerang Sabah tidak akan dapat lari daripada pengkhianatan yang mereka lakukan kerana Kertas Putih yang kini disediakan kerajaan akan mendedahkan segala butiran mengenai peranan mereka yang sebenar.

Malah kes pendakwaan terhadap penceroboh Sulu yang akan bermula pada 12 April sudah membuat Anwar menggeletar.

Seluruh rakyat Malaysia menunggu tarikh bersejarah itu kerana pada hari itu, permaianan Anwar sudah sampai ke penghujungnya.


Member BSK