Jumlah Pengunjung

Showing posts with label ronnie liu. Show all posts
Showing posts with label ronnie liu. Show all posts

Sunday, 10 February 2013

Ronnnie Liu kata PAS Pati Islam Paling BODOH !!!



Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu didakwa memainkan peranan aktif dalam usaha memecah-belahkan Pas di Selangor walaupun dari segi luaran, kedua-dua parti dilihat sebagai satu pasukan.
Bekas Pegawai Khas kepada Ronnie, Jafrei Nordin ketika membuat pendedahan itu berkata, usaha terancang tersebut dilakukan bagi memastikan DAP terus menguasai kerajaan negeri Selangor.
"Saya tahu mengenai pertemuan-pertemuan sulit yang diadakan oleh DAP Selangor bagi membincangkan siapa calon Melayu yang bakal bertanding mewakili mereka untuk menafikan hak Pas memegang jawatan Menteri Besar sekiranya pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.
"Ronnie berusaha memujuk tokoh-tokoh Melayu liberal seperti Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di Selangor menggunakan tiket DAP supaya mereka mampu membentuk kerajaan baharu dan menafikan hak Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus memegang jawatan Menteri Besar," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Jafrei mendakwa, selama lebih tujuh tahun berkhidmat dengan DAP, beliau mengetahui strategi yang disusun menerusi media utama pakatan pembangkang seperti Malaysiakini bagi menjatuhkan imej dan kredibiliti tokoh sama ada daripada Pas atau UMNO sekali gus mengagalkan perpaduan dalam kalangan pemimpin Melayu.







Ronnie Liu Kencing Amanah Rakyat Selangor !!!



Bekas Pegawai Khas Ronnie Liu, Jafrei Nordin meminta Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor itu supaya tidak menimbulkan isu remeh sebaliknya menjawab soalan pokok yang dibangkitkannya semalam.
Jafrei berkata, dakwaan Ronnie yang beliau mencetak kad nama secara sulit tanpa pengetahuan wakil rakyat DAP itu adalah cubaan untuk mengalihkan isu besar yang harus dijelaskan kepada rakyat.
"Saya seorang profesional yang mana jika berurusan, saya akan pastikan segala dokumen rasmi lengkap.
"Kepada Ronnie, jangan cuba membuat provokasi terhadap saya, kelak beliau yang malu besar kerana saya tahu apa yang beliau tahu," katanya ketika dihubungi  di sini hari ini.
Semalam, Jafrei, 41, mengumumkan peletakan jawatannya serta-merta sebagai pembantu khas Ronnie selepas hilang kepercayaan terhadap bekas majikannya itu selain sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran itu yang cuba memecah-belahkan rakan sekutu dalam pembangkang iaitu Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor.







Member BSK