Jumlah Pengunjung

Showing posts with label MAT SABU. Show all posts
Showing posts with label MAT SABU. Show all posts

Friday, 19 September 2014

MAT SABU MENGGELUPOR KENA DOA DENGAN PERWAKILAN PAS !!!



Batu Pahat – Seorang perwakilan di Muktamar PAS mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa yang mengutuk pemimpin parti – termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN parti itu di Selangor.
PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin membacakan doa sepanjang 20 minit memohon laknat Allah terhadap dua ADUN PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) yang disebelum ini dilabel sebagai derhaka dan belot kerana melanggar keputusan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul HAdi Awang dan MAjlis Syura Ulama.
Dua ADUN tersebut sebelum ini menyokong presiden PKR sebagai calon menteri besar Selangor yang baru dalam pengakuan berkanun mereka walaupun PAS pusat memutuskan untuk terus menyokong kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor.


Dalam doanya itu, beliau turut meminta agar Timbalan Presiden parti tu, Mohamad Sabu tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan presiden PAS.
Beliau juga berkata Saari dan Hasnul ibarat ejen perosak dalam parti itu, dengan memetik perumpamaan “nila setitik yang merosakkan susu sebelanga”.
“Sekarang kita ada dua nila – satu Cap Hulu Kelang dan satu Cap Morib, mereka nila yang sangat beracun,” katanya dalam doa itu sambil menadah tangan.
Kebanyakan perwakilan yang bersidang di bawah khemah besar di Parit Salleh Ros, Batu Pahat itu dilihat turut menadah tangan dan melaungkan ‘Allahuakbar’
Malah, ada juga sebilangan para wartawan yang turut menadah tangan.
Doanya yang meleret-leret sehingga lebih 25 minit itu memaksa pengerusi tetap muktamar, Abu Kassim Abdullah mengulangi peringatan agar beliau menamatkan ucapan.
“Saya sebagai pengerusi tetap, minta kamu ringkaskan bacaan doa tersebut” katanya dengan nada tegas.
Sejurus selepas bacaan doa tersebut, Azhari turut menjual beberapa rangkap pantun kepada pengerusi tetap
Tindakan Azhari itu akhirnya menimbulkan kemarahan seorang perwakilan yang meluru ke pentas dan menuntut agar Abu Kassim mengambil tindakan ke atas Azhari kerana di dakwa tidak Islamik dan akan mengelirukan umat Islam dan bukan Islam.
Beliau meminta pengerusi tetap mengeluarkan ketetapan sama ada tindakan membaca doa yang mengutuk orang lain dalam parti itu boleh dibenarkan dalam persidangan.
“Saya minta Datuk pengerusi tetap buat satu tetapan (atas tindakan) mengunakan agama dan doa menghentam orang tertentu di dalam doa”
“Apakah ini akhlak dalam jemaah Islam, apakha ini (yang) diajarkan oleh agama?
“Kenapa kita perlu gunakan agama, datangkan hujahnya sepatutnya.” soalnya sebelum petugas keselamatan dari unit Amal meluru dan merampas mikrofon yang digunakan.

RAKAMAN VIDEO AKAN MENYUSUL



Saturday, 21 December 2013

PELANTIKAN MAT SABU TANDA MALANG BERGANDA UNTUK MELAYU PULAU PINANG !!!




Pelantikan Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang didakwa dapat memberikan laluan mudah kepada DAP untuk membuat lebih banyak keputusan besar di negeri itu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendakwa, DAP memerlukan seorang ahli propaganda yang kuat dan Mohamad akan memainkan peranan itu.


"Kita boleh melihat bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berasa cemas dengan kemerosotan sokongan pengundi Melayu di Pulau Pinang. DAP perlukan seseorang yang boleh mendapatkan pengaruh di kalangan pengundi Melayu," katanya dalam satu kenyataan.


Isnin lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengumumkan pelantikan Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu itu dibuat sebagai langkah untuk merapatkan hubungan Pas dengan kerajaan negeri.


Mustafa berkata, pemilihan itu dibuat berikutan Mat Sabu adalah anak jati Pulau Pinang dan juga dikenali di negeri itu.


Reezal yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, pelantikan tersebut turut mengesahkan Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang sudah lama tidak berkesan sehingga terpaksa meletakkan 'Timbalan Presiden' untuk berhadapan dengan Umno dan BN Pulau Pinang.


Namun katanya, tidak ada sebab untuk Umno Negeri Pulau Pinang perlu berasa risau dengan pelantikan Mat Sabu.


"Kita merasakan ianya keputusan yang sangat tidak strategik dan boleh mendatangkan masalah politik kepada pembangkang.


"Dengan pelbagai tekanan yang sedang dihadapi Mat Sabu, khususnya dalam isu akidah dan sebagainya, kelebihan berpihak kepada Umno dan BN," katanya.


Reezal yang juga Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang berkata, beliau turut menyatakan rasa simpati kepada pemimpin Pas Pulau Pinang yang terpaksa berhadapan dengan pimpinan diktator seperti Guan Eng.




Wednesday, 18 December 2013

NYAWA MAT SABU BERSAMBUNG DI PULAU PINANG !!!






Pas hari ini melakukan rombakan dengan mengumumkan pelantikan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang baharu.
 
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dilantik bagi menggantikan Datuk Mohd. Salleh Man yang memegang jawatan tersebut sebelum ini.





Friday, 4 October 2013

PANAS... MAT SABU DI TELANJANG AHLI PAS !!!



Sesuatu yang amat menarik tentang para penganut PAS ialah, apabila terkena ke batang hidung sendiri, mereka akan segera berselindung di sebalik dalil-dalil, nas-nas dan hadis-hadis yang berkaitan. Tetapi apabila mereka mengenakan orang lain, dalil-dalil, nas-nas dan hadis-hadis yang lain pula dicari dan digunakan.

Begitulah kisahnya apabila Setiausaha Dewan Ulama PAS, Khairuddin Azman Razali menyatakan bahawa Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, sebagai seorang yang tidak faqih agama, manakala kesemua anggota Dewan Ulama PAS pula adalah golongan yang fahamdengan agama.

Kenyataan Khairuddin ternyata telah menyakitkan hati golongan yang memuja-muja Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Pakatan Rakyat. Mereka segera memberikan ‘nasihat’ bahawa untuk menegur perlulah berhemah dan bukannya dengan cara menyakiti hati orang lain kerana itu adalah cara kerja Rasulullah s.a.w.

Persoalan yang paling baik boleh ditimbulkan ialah, selama ini teguran manakah yang dilemparkan kepada UMNO dan para pemimpin yang tidak sebulu dengan mereka mengikut uslub yang mereka sendiri takrifkan sebagai cara kerja Rasulullah s.a.w. itu? Apakah kerana teguran dan kenyataan tersebut dibuat terhadap Mat Sabu yang sememangnya tidak ada gerak kerja agama PAS padanya melainkan atas nama Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, maka penganut-penganut PAS yang memuja ketokohan Mat Sabu, segera memperingatkan tentang gerak kerja Rasulullah s.a.w?

Perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS, nampaknya semakin tidak berpihak kepada Mat Sabu. Meskipun Husam Musa yang sebelum ini dilihat lebih berketrampilan dan lebih berwibawa, kenyataan terbaru Husam Musa bahawa dia tidak akan bertanding untuk jawatan tersebut, masih tidak mampu memberikan kesenangan kepada Mat Sabu.

Dalam Multaqa Ulama PAS Se-Malaysia yang diadakan baru-baru ini, satu ketetapan telah dibuat untuk memisahkan dan menyingkirkan Syiah serta pengaruh Syiah yang sedang menguasai keseluruhan PAS. Syiah telah dilihat menjadi pengancam utama kepada PAS untuk bergerak lebih maju dalam politik negara memandangkan sebahagian besar orang Melayu beragama Islam di negara ini yang juga merupakan pengundi, merupakan pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah dan amat memusuhi Syiah.

Walaupun puak-puak Syiah dalam PAS cuba menunjukkan bahawa Syiah bukanlah pengancam sebaliknya yang mengancam adalah UMNO dan ‘Kerajaan UMNO-BN yang korup’ dalam usaha untuk menghalalkan Syiah dan amalan kaum Rafidhah yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis agar golongan berkenaan DIBUNUH sekiranya ditemui, majoriti orang Melayu tetap tidak dapat menerima Syiah.

Dek kerana faktor Syiahlah menyebabkan PAS kehilangan pegangan di Kedah dengan Mat Sabu yang bertanding di kubu kuat Syiah di Malaysia iaitu Pendang, terpaksa menahan malu yang teramat sangat setelah begitu yakin sebelum itu untuk menegakkan SYIAR DAN DARUL SYIAH yang pertama di Malaysia menerusi PRU13.

Khairuddin hanya sekadar menzahirkan kesimpulan yang telah dibuat dalam Multaqa Ulama PAS Se-Malaysia selaku Setiausaha Dewan Ulama PAS. Kalau sebelum ini PAS seringkali mendabik dada bahawa mereka adalah pengikut dan penyayang ulama, sehinggakan sesiapa sahaja yang berjanggut, berserban, berjubah dan boleh membaca doa selain mengajar agama dengan menggunakan teks dari buku-buku agama dipanggil ULAMA, nampaknya sekarang ini ialah, sesiapa sahaja yang menentang SYIAH dan RAFIDHAH merupakan golongan yang tidak wajar wujud dalam PAS.



SUMBER

Friday, 27 September 2013

PANAS... MAT SABU KEPALA B#T#HKAN AHLI PAS ???



Pada kebiasaannya, apa bila pemimpin pembangkang mengatakan sesuatu tentang sikap sesiapa juga, maka itu lah keberannya yang “dibetulkan” oleh penyokong mereka untuk meyerang dan membelasah  sasaran yang dikatakan oelh pemimpin mereka.
Didalam hal ini didalam satu ucapan  pemimpin ini taelah menyatakan bahawa “Orang PAS semakin Teruk” maka disini saaya mengatakan bahawa itu lah juga kebenarannya. Kebenaran yang tidak boleh disangkal lagi.
Ini adalah kerana perkataan tersebnut dikeluarkan oleh pemimpin mereka yang tahu soal luar dalam  keahliaan anggota parti.
Amat jelas dan bertepatansekali apabila saorang pemimpin yang yang berfahaman Syiah ini mengatakan sedemikian.
Jarang benar boleh tengok Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu melatah dan merungut dengan apa sahaja masalah dan keburukan yang melanda partinya sebab kerap kali yang dia nampak dan selalu bising ialah mengenai BN lebih-lebih lagi UMNO.
Pendek kata sekelumit zarah pun pada Mat sabu tiada yang baik berkaitan UMNO, asal naik pentas ceramah dan pegang saja microphone dari ayat awal hingga penyudah isi ceramahnya tak lain tak bukan duk maki UMNO, hamun BN, londeh pemimpin UMNO dan kritik dasar BN tanpa kira betul atau salah.
Tapi entah apa ke mimpinya pula tak semena-mena semasa diwawancara oleh portal Malaysia Insider semalam Timbalan Presiden PAS yang sedang di ambang kejatuhan ini terpaksa mengeluh sakan sambil menghentam dan mengkritik parti sendiri sampai terlondeh habis luar dalam.
Mat Sabu buat pertama kalinya mengakui dewasa ini sedang berlaku perubahan mendadak yang baru disedarinya betapa buruk reformasi minda yang sedang menjajah pemikiran ahli dan pemimpin PAS.
Katanya, “Sepanjang 35 tahun saya berada dalam PAS iaitu sejak 1978, inilah kempen paling teruk pernah saya lihat. Saya terkejut dan hairan dengan perubahan minda ahli PAS terhadap muktamar dan kepimpinan parti.”
Selama ini asyik duk sibuk selak cari koyak kain orang lain, nah sekarang seluar dalam sendiri compang-camping koyak sana bertompok sini baru nak perasan.
Diungkitnya juga tindakan ahli dan penyokong PAS yang melakukan serangan secara terbuka terhadap pemimpin PAS melalui laman sosial seperti FB, blog serta tak kurang juga melalui SMS. Satu senario teruk dan buruk yang tak pernah terfikir dalam kepalanya akan menjangkiti PAS.
Paling dikesalkan Mat Sabu bila mana wujud penyakit label-melabel di mana ada pemimpin PAS dipanggil sebagai geng Syiah dan liberal semata-mata untuk menjatuhkan seseorang pemimpin PAS sempena menjelangnya pemilihan di Muktamar PAS Ke-59 November tahun ini.
Siapa yang dimaksudkan geng liberal kita tahulah ia merujuk pada puak Anwarinas, tang tu tidaklah begitu terguris jiwa raga Mat Sabu. Yang bikin panas hati Mat Sabu tentulah tang label Syiah, kerana label itu sering dikaitkan dengan Mat Sabu dan gerombolan yang memujanya.
Apa pun, setelah 35 tahun Mat Sabu dibuai mimpi indah mengenai PAS dan selama ini hanya fokus memburukkan UMNO dan BN, kini baru sedar penyakit buruk perangai sedang membusuk dalam PAS disebabkan pemimpinya gila kuasa berebut jawatan.

Cuma dalam rungutan panjang lebarnya itu, Mat Sabu terlupa menyebut satu perkara bahawasanya diri dia sendiri pun terlebih-lebih buruk perangainya terutama sekali selepas menjadikan Khomeini Latnatullah sebagai idola yang membentuk pemikirannya.
SUMBER




Sunday, 14 April 2013

PANAS...MUSTAPHA ALI BENGANG SEBAB MAT SABU TIBAI 40% ???




Dalam ramai-ramai pemimpin Pas, Mat Sabu adalah yang paling berharga bagi Pas. Boleh dikatakan dialah penyelamat kewangan Pas sama ada di peringkat pusat , negeri atau cawangan.

Dikala cawangan Pas yang hampir pudar dan suram, Mat Sabu dilihat sebagai pemangkin kepada kebangkitan semula mana-mana cawangan yang sakit.

Ini kerana Mat Sabu dikatakan mempunyai aura sehebat zaman kegemilangan Mawi. Sebut saja namanya akan memberikan ceramah, maka berpusu-pusulah orang kampung akan datang. Apa yang disampaikan tak penting, bagi mereka kehadiran Mat Sabu cukup mengubat hati yang rindu dek lama tak dengar dia berceloteh dan memaki.

Seperti dalam ceramah-ceramah Pas, tak sah kalau tak ada karung derma 'jihad'. Menurut salah seorang bekas Lajnah Pemuda Pas di Lembah Klang, cara mengutip derma itu yang unik. Para pemegang karung yang mempunyai nombor siri akan pergi dari seorang ke seorang. Dan selagi orang atau pendengar tidak menghulurkan derma, selagi itulah karung tersebut akan digoncang sambil melafazkan 'jihad' berulang kali sehinggalah mereka menghulurkan duit. Ia kelihatan seolah-olah rela paksa.

Usai ceramah semua duit kutipan akan dikumpulkan. Dalam kes ini biasanya penceramah VIP seperti Mat Sabu hanya menyuruh orang suruhannya memerhati jumlah kutipan sementara beliau telah pun beredar untuk berceramah di tempat lain.

Selalunya ceramah yang dihadiri Mat Sabu kutipan paling busuk pun RM100 ribu dan biasnya lebih. Daripada RM100 ribu itu, 40% untuk Mat Sabu, 30% untuk penganjur cawangan selebihnya untuk tabung Pas.


Jika Mat Sabu menerima makluman bahawa kehadiran amat menyedihkan, beliau akan membatalkannya kerana tak balik modal dan hasilnya nanti buat penat dia memekik saja. 

Minima satu hari Mat Sabu akan berceramah di dua tempat. Cuba kira jumlah pendapatannya hari itu...lebih kurang RM80 ribu.

Patutlah beliau tak kisah pun jika kalah bertanding, sebab dengan kekalahan inilah menjadi punca pendapatannya yang mewah. Dan dia akan menjaja lagi air liurnya selama 5 tahun bagi mengumpulkan duit sebanyak yang boleh. Isi ceramahnya tetap sama dari dulu, kini dan selamanya tapi bayarannya terus meninggi.

Orang-orang kampung dan rakyat bawahan yang menjadi mangsa derma paksa oleh Pas. Pernah terjadi mereka terpaksa menyerahkan satu-satunya duit yang tinggal dalam dompetnya demi perjuangan 'jihad' katanya.

Penulis akan mendedahkan lagi jumlah bayaran yang diterima oleh penceramah Pas sama ada ustaz cikai atau selebriti Pas dimana bayarannya bergantung kepada apa yang perlu dilakukan pada majlis berkenaan. 



Tuesday, 9 April 2013

MAT SABU STIM TENGOK PUNGGONG PEREMPUAN SAMPAI KENA HALAU !!! Apa Cerita NI yob...




Tahniah... tahniah!!! Jutaan tahniah diucapkan kepada Abang Mat Syabun kita kerana berjaya mencipta sejarah dalam kaedah memancing undi dari rakyat.

Kalau sebelum ni, Bang Mat pancing undi dengan memancing isteri orang. Lepas dia pancing isteri orang, jadi pulak isteri dia. Dah tentu - tentu ada sokongan buat dia ye tak.

Tapi, kaedah baru ni memang lain macam sikit. Malah Si Ketua Penipu tu pun tak pernah terfikir nak dapatkan idea macam Bang Mat buat. 

Maklum la, Bang Mat pakai Kepala Lutut, tapi Bang Non pakai Kepala 'Tut...' dia je. Hehehe.. Jangan marah. Ini realiti, bukan fantasi. Macam mana cara Bang Mat buat?

Hah! Ini caranya. Kaedah ni Bang Mat dah guna sejak tahun 1990an dulu lagi. Cuma kita je yang tak perasan dengan kaedah Bang Mat ni. Hebat!!! Apa caranya?

Caranya ialah dengan memaki hamun orang sebelum orang tu mengundi dia. Ha!!! Korang mesti tak percayakan? Meh sini SH tunjukkan caranya.

Dulu, masa tahun 1990an, Bang Mat ni jugak yang dok ulang - ulang dalam ceramah, dalam sidang Parlimen memaki hamun Si Ketua Penipu tu. Dia yang bagi nama 'Al - Juburi'.

Malah, Bang Mat jugak yang sebut Bang Non tu sebagai 'Kaki Punkoq'. Sekarang kita boleh tengok macam mana Bang Non tu sokong Bang Mat. Setengah nak mati beb!!!

Jadi, tak heran la kalau Bang Mat pergi ke Sabah dan hina orang Sabah Gila Duit. Walaupun dia tujukan kepada orang UMNO, secara relatifnya, orang UMNO tu pun orang Sabah jugak. Tak pulak orang UMNO Sabah tu boleh jadi orang Pahang, betul tak!!



BEAUFORT 8 April - Pemuda UMNO Sabah menempelak Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menuduh ahli-ahli Pemuda UMNO bekerja untuk parti hanya selepas dibayar upah. 
Ketuanya, Datuk Awang Kadin Tang yang menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tidak bertanggungjawab itu menegaskan, bahawa mereka ikhlas berjuang mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara. 
"Kami tidak pernah 'diupah baru lawan' tetapi kami pada setiap masa sedia mempertahankan maruah UMNO dan Barisan Nasional sebab ia adalah tugas dan perjuangan Pemuda UMNO. 
"Motto kami adalah jelas, Bersatu-Bersedia-Berkhidmat, tanpa upah, tanpa mengira penat lelah, demi parti keramat UMNO," katanya kepada Utusan Online di sini malam tadi. 
Awang Kadin mengulas tohmahan Timbalan Presiden Pas itu yang lebih dikenali dengan Mat Sabu yang menggelar Pemuda UMNO sebagai Pahlawan ('uPah' baru 'Lawan') dalam ceramahnya sempena pelancaran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dewan Undangan Negeri Klias di sini malam tadi.


Sunday, 7 April 2013

KEBODOHAN MAT SABU JADI PANDUAN HIDUP PENCACAI-PENCACAI PAS !!! wOw !!!.....




BILA SI BODOH DIANGKAT MENJADI PEMIMPIN

Inilah akibatnya kalau si bodoh diangkat menjadi pemimpin. Kebodohan dan kedunguan telah menutup akal pemikiran yang waras.

Mat Sabu adalah salah satu contoh pemimpin Melayu yang bodoh dan mudah diperbodohkan. Adakalanya dia cuba memperbodohkan penyokongnya kerana dia beranggapan bahawa penyokongnya boleh diperbodohkan.


Lihatlah bagaimana seorang Pak Lawak yang menyokong komunis mengeluarkan hujahnya apabila berceramah..sarat dengan emosi dan lawak bodoh yang langsung tiada nilai. Mat Sabu adalah seorang Timbalan Presiden sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam tetapi akhlaknya menyimpang jauh daripada akhlak Islam. Suka mencarut, memaki hamun dan membuat lawak bodoh. Sering menghina peribadi lawannya walaupun akhlaknya sendiri amat diragui.

Mudahnya Mat Sabu menuduh bahawa hasil perjanjian semasa LIMA Langkawi akan masuk ke poket pemimpin2 BN. Aduh....kalau dah bodoh memang begitulah prasangkanya. Mat Sabu ingat pemimpin BN sama dengan pemimpin PAS yang selalu songlap duit derma ceramah. Setiap kali ceramah diadakan maka wajib dibuat kutipan derma dan akhirnya duit2 derma itu dibedak2kan kapada penganjur, tuan rumah dan penceramah. Inilah tabiat pemimpin PAs dan sebab itu mereka ingat pemimpin BN melakukan yang sama.

Mat Sabu bercakap seperti sedang masuk pertandingan Maharaja Lawak Mega. Bercakap tanpa bukti dan tanpa fakta. Apakah MoU LIMA dibuat atas nama peribadi pemimpin BN? Apakah peranan Kerajaan semasa di LIMA? Mat Sabu tidak tahukah bahawa Kerajaan hanya bertindak sebagai pemerhati kepada MoU yang dibuat di antara syarikat swasta dengan para pelabur? Mat Sabu tahukah pengurusan ekonomi ni?

Inikah pemimpin yang dibangga2kan oleh pencacai PAS? Kalau aku jadi ahli PAs, aku berasa amat malu ada pemimpin sebodoh ini. Sudahlah Mat Sabu, kamu memang tahu nak menghapuskan segala yang diusahakan oleh pemimpin BN untuk memakmurkan negara malangnya kamu tidak tahu langsung bagaimana caranya nak mencari sumber untuk membangunkan negara. Apakah kamu ingat rakyat sebodoh kamu? Bung Mokhter




Sunday, 24 March 2013

MAT SABU DI SAMPUK WANITA MISTERI, PM LANCAR KIT #JOMBERTINDAK.. JOM REGISTER!!! #rempuh243 #jomsokongbn






Menarik dan satu pendekatan yang lain dari lain. Itulah antara maklumbalas yang diterima apabila soal selidik yang diadakan secara rambang berhubung kit tindakan ‘Jom Bertindak’ yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui laman web 1Malaysia.


Kit Tindakan itu adalah merupakan peralatan asas kepada pengundi sebagai persedian untuk menghadapi Pilihanraya Umum 13 (PRU13) yang dijangkan akan diadakan tidak lama lagi. 



Antara peralatannya ialah sebuah buku berguna yang menyediakan tip-tip mudah tentang panduan mengundi, pin kolar, pen dan beberapa pelekat yang menarik.


Yang paling penting, kit tindakan tersebut diedarkan secara percuma dan pengunjung blog hanya perlu mendaftar di Jom Bertindak.
Ayuh kita war-warkan kepada seluruh masyarakat untuk turut sama mendaftar dan mendapatkan kit tindakan ini.




Wednesday, 20 March 2013

Penyokong PAS Di PENDANG KEDAH MUNTAH DARAH !!!



Bukan lagi rahsia apabila ramai penganut-penganut agama PAS di Pendang kecoh membicarakan tentang Timbalan Presiden mereka, Mat Sabu, yang betul-betul “pulun” mahu bertanding di Parlimen Pendang pada PRU ke-13.
Mat Sabu baru-baru ini diberitakan telah berkunjung ke pasar malam Pendang bagi menjemput rakyat di parlimen itu untuk ke rumahnya bagi tujuang kenduri kesyukuran.
Menurut Mat Sabu, dia baru masuk ke rumah tersebut. Namun tidak pula dinyatakan sama ada dia membeli rumah itu atau menyewa dari penduduk di situ.
Pandangan para penganut agama PAS di Pendang mengenai Mat Sabu terbahagi kepada dua. Satu golongan mengalu-alukan pencalonan Timbalan Presiden itu di parlimen mereka, manakala satu golongan lagi menentang keras.
Menurut tinjauan di Unit Peti Undi di sekitar parlimen itu, golongan menentang lebih ramai dari yang menyokong kehadiran Mat Sabu sebagai Ahli Parlimen mereka.
mat sabu syiah
Nak tahu kenapa? Kata mereka, Mat Sabu ialah “bapa Syi’ah” di dalam PAS!
Salah seorang penyokong PAS “totok” yang enggan disiarkan namanya berkata, golongan Syi’ah semakin ramai di Pendang dan mereka-mereka itulah yang mahu Mat Sabu tercalon bertanding sebagai Ahli Parlimen di situ.
Katanya, majoriti ahli PAS di kawasan itu berdiri teguh di belakang Tok Guru Hj Rahim, salah seorang tokoh ulama PAS tempatan yang meletak jawatan setelah merasa tidak puas hati dengan tindakan partinya yang terlalu “sesat” sejak berkuasa di Kedah.
Dia yang tinggal di Bukit Raya mendakwa sebuah masjid di Alor Pudak dikatakan menjadi markas kuat penganut PAS Syi’ah dan pengaruhnya semakin meluas di seluruh Kedah.
Dengan kehadiran Mat Sabu di Pendang, dijangka pengaruh Syi’ah akan menjadi lebih meriah diserikan oleh pemimpin mereka itu…
Katanya lagi, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak sebenarnya tidak suka dengan kehadiran Mat Sabu di Kedah memandangkan beliau pernah bersengketa dengan bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah itu dulu.
“Kami akan kerat Mat Sabu kalau dia jadi calon kat sini”, kata penyokong PAS “totok” itu sebelum mengakhiri perbualan kami di gerai di depan Petronas Pendang baru-baru ini…

One Response to “Kami Akan Kerat Mat Sabu Kalau Dia Jadi Calon Kat Sini…”



(SUMBER)


Sunday, 17 March 2013

SAH !!! MAT SABU JADI HERO TIAN CHUA...



Ketika kemarahan orang ramai terhadap kebidapan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang mempersendakan isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah terus memuncak, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, walau bagaimanapun bangkit mempertahankan tindakan rakan sekutunya itu.
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu sebaliknya menyifatkan kemarahan terhadap pemimpin PKR itu merupakan kesan daripada tuduhan bersifat perkauman untuk menakut-nakutkan rakyat dan menjejaskan pembangkang.

“Sekarang kerajaan sengaja mahu timbulkan isu perkauman, tuduh Tian Chua. Sedangkan, Tian Chua itu ‘hemboih’ (tiup) pun jatuh. Jadi, tak perlulah," katanya ketika berucap semasa berceramah di Gong Badak di sini malam tadi.
Tindakan Tian Chua yang mendakwa insiden pencerobohan pengganas Sulu itu sebagai sandiwara UMNO seperti yang turut disiarkan portal pembangkang mencetuskan kemarahan banyak pihak sehingga menyaksikan beratus-ratus laporan polis dibuat terhadapnya.

Dalam pada itu, Mat Sabu yang terkenal dengan kenyataan-kenyataan berbentuk kontroversi berkenaan turut mempertahankan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu.

“Semua mereka (kerajaan) tuduh Anwar punca (pencerobohan di Lahad Datu). Ini Anwar punya pasal. Hujan tak turun, ribut, panas, semua sebab Anwar. Adakah rakyat boleh percaya?," katanya.




Sunday, 17 February 2013

Undang-Undang Haram Jadah Mat Sabu !!!



PERLEMBAGAAN negara jelas menyatakan bahawa tidak ada siapa di kalangan rakyat negara ini berada di atas undang-undang, waima kerabat diraja sekalipun.  Ini pasti.

Tapi ada 2 perkembangan berkaitan membabitkan pemimpin parti pembangkang yang menunjukkan puak-puak kera ini berada di atas undang-undang, seakan tidak ada yang boleh menyentuh mereka.

Pertama, keengganan DAP menyerahkan laporan pemilihan CEC Disember lepas sehingga sekarang kepada Pendaftar Pertubuhan dan kedua tindakan pemimpin Pakatan menyelar Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana menyaman Mat Sabu yang jelas memfitnahnya.

Rasanya penulis suka mulakan dengan yang kedua.

Dari segi undang-undang, Wan Ahmad mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Mat Sabu yang memfitnahnya terlibat dengan ‘Projek I/C’ di Sabah bersama-sama dengan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir.

Soal jawatan Wan Ahmad dalam SPR tu apa pulak kaitan sehingga dia tidak boleh menyaman Mat Sabu?  Ini logik mudah yang tak payah dipanjang-panjangkan pun.  Apatah lagi bila kera terbesar dalam pakatan pembangkang, Anwar Ibrahim sendiri dikenali sebagai Raja Saman Berpilih.

Agak-agak lawyer dia boleh pusing, dia saman, agak-agak lawyer dia tak boleh pusing, dia tak saman.  Video berzina dengan pelacur, sampai sekarang Anwar tak saman Datuk Eskay Abdullah, dan itu baru satu contoh.

Siapa di antara kera yang lain berani panggil Anwar samseng dan gesanya letak jawatan macam yang ditujukan kepada Wan Ahmad sekarang kerana menyaman Mat Sabu? Klik Sini  Oh ya, Mat Sabu pun ada saman orang lain jugak, apa Mat Sabu juga samseng?

Yang kita semua tahu, anggota SPR tidak boleh menyertai parti politik sahaja, peruntukan undang-undang dibawah Akta Pilihanraya  yang menyebut Wan Ahmad tidak boleh menyaman orang yang memfitnahnya?


(SUMBER)




Saturday, 16 February 2013

Mat Sabu Gelak Bengang Baca Cerita ni !!!



Kisahnya begini...

Di satu kampung  ada seorang Lebai yang mengajar di sebuah surau. Biasanya dia akan mengajar kuliah subuh. Suatu hari dia terpandang seorang wanita yang bersama-sama jemaah mendengar kuliahnya. Dia telah jatuh cinta kepada wanita tersebut. Lalu dia mencari siapakah wanita ini sebenarnya.

Dipendekkan cerita, dia mendapat tahu  wanita itu adalah isteri kepada salah seorang anak muridnya (Hamid) yang sangat rajin datang ke surau untuk mendengar kuliahnya. Dia mula mencari helah. Dia meminta agar dapat mengajar setiap hari di surau itu. Setiap pagi dia akan datang awal untuk melihat apa kebiasaan yang Hamid lakukan sepanjang berada di surau.. 

Suatu hari, dia mendapat akal, dia melihat Hamid masuk ke dalam tandas. Dia tahu di dalam tandas itu, jika mahu buang air besar atau kecil, mesti mengadap kiblat.

Lalu semasa mengajar, Lebai berkata " Barang siapa yang buang air besar atau air kecil pada pagi ini dengan mengadap kiblat, maka dia mesti menceraikan isterinya"

Resahlah Hamid mendengar kata-kata Lebai itu, dia menunggu sehingga kuliah subuh itu selesai. Apabila semua orang sudah pulang, Hamid cepat-cepat menemui lebai lalu bertanya " Lebai, macamana dengan saya ni, tadi saya buang air kecil, kebetulan surau ni tandasnya mengadap kiblat, apa yang perlu saya buat?", kembang hati lebai mendengar pertanyaan Hamid lalu berkata "Sememangnya kamu mesti menceraikan isterimu". 

Tanpa membuang masa Hamid terus pulang lalu diceraikannya isterinya. Selesai sahaja edah, Hamid mendapat tahu isterinya telah bernikah dengan lebai tersebut. Marah Hamid bukan kepalang, baru dia sedar dia telah ditipu.

Hamid pun mencari jalan untuk mengenakan lebai itu semula. Setiap hari Hamid akan datang awal ke surau dengan harapan dapat melihat Lebai masuk ke tandas. 

Nasib Hamid baik, bila satu pagi dia melihat Lebai telah masuk ke tandas. Setelah selesai kuliah dan semua orang telah pulang, Hamid cepat-cepat mengadap Lebai lalu berkata " Ustaz, apakah hukum orang yang membuang air kecil atau besar dengan mengadap kiblat telah bertukar?", Lebai terkejut mendengar pertanyaan Hamid lalu menjawab " Tidak, masih sama... setiap orang yang ketika membuang air besar atau kecil mengadap kiblat, mesti menceraikan isterinya". Hamid tersenyum lalu berkata " Tadi, bukankah ustaz masuk ke tandas surau, bermakna ustaz telah mengadap kiblat ketika buang air. Jadi bila ustaz nak cerai isteri ustaz". 

Kali ini Lebai pula yang tersenyum, katanya " Memang saya buang air kecil tadi, tubuh saya mengadap kiblat tetapi "ANU" saya, saya hadapkan ke arah lain"

ANGIN: Begitulah kisah lebai yang sentiasa mencari helah demi kepentingan dirinya sendiri. Biarpun dia pernah mengucapkan mesti menceraikan isteri ketika perkara itu tidak menyebelahinya, tetapi akan mencari helah agar dia tidak dilihat bersalah jika satu-satu perkara itu menampakkan kejahatannya.

Bukankah perkara ini sama seperti yang berlaku sekarang?  Pembangkang terutamanya PAS sentiasa mencari helah untuk menunjukkan mereka sebenar suci dari sebarang dosa kata-kata atau hukum yang mereka sendiri keluarkan.







Wednesday, 13 February 2013

Mat Sabu Bersedia Bunuh Sesama MELAYU Demi Taat Setia Kepada DAP !!!



Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu  menegaskan, 'Arab Spring' hanya akan berlaku di negara ini jika pilihan raya umum dicemari dengan penipuan pihak-pihak berkepentingan sehingga menimbulkan kemarahan rakyat. 

Apa yang menimbulkan persoalan ialah, rakyat mana yang marah jika tidak dihasut oleh pihak pembangkang. 

Selama lebih 30 tahun selepas kejadian 13 mei 1969, tidak pernah terjadi kejadian yang tidak diingini seperti rusuhan dan sebagainya, namun sejak akhir akhir ini telah terjadi rusuhan hingga menyebabkan kerugian dan kecederaan. 

Namun ugutan demi ugutan seperti yang dikatakan oleh Mat Sabu bahawa 'Arab Spring' mungkin berlaku sekiranya pilihanraya didapati tidak bersih. 

Adakah selama ini pilihanraya dalam negara ini tidak bersih sedangkan Kelantan telah di perintah oleh PAS selama lebih 20 tahun dan dalam pilihanraya umum ke 12, 5 negeri telah jatuh ke tangan pembangkang. 

Adakah ini dikatakan tidak bersih dan masih ada pertikaian daripada pembangkang. 

Mungkin setelah mereka menang barulah mereka (pembangkang) akan mengatakan bahawa pilihanraya ini adalah bersih. 

Pilihanraya adalah demokrasi dimana seluruh rakyat yang layak untuk mengundi akan keluar mengundi dalam memilih kerajaan, tidak ada istilah kotor atau bersih dalam pilihanraya kerana ianya adalah adil. 

Jadi rakyat tidak perlu turun ke jalan jalan raya hingga mengakibatkan negara berada dalam keadaan huru hara dan menimbulkan kekacauan selepas pilihanraya. 




Tuesday, 12 February 2013

Penerangan Sebenar Kubur Mat Indera !!!




Apa yang didedahkan oleh Pas sebelum ini adalah palsu. Pendedahan itu menyebabkan kubur Mat Indera menjadai tumpuan ahli Pas serata pelusuk negeri termasuk kaum keluarga Mat Indera sendiri. 

Pas mungkin malu untuk menunjukkan kubur asal Mat Indera kerana ia tidak menyerupai kubur orang Islam. 

Kubur Mat Indera telah dibina oleh komunis secara rahsia dan senibina mempunyai ciri-ciri jirat cina dengan menggunakan batu bata merah. Bahagian kaki adalah menyerupai tempat membakar colok. Bahagian kepala mempunyai lambang segi tiga parti PKM. 

Menurut keluarga yang menjadi penjaga dan penggali kubur, mereka semasa kecil sering bermain menyorok di dalam kubur tersebut. 

Jenazah Mat Indera dikebumikan dengan satu tangkal atas permintaan Mat Indera sebelum dia digantung sampai mati pada 30 Januari 1953. 

Menurut Mat Indera tangkal tersebut mesti ditanam bersama jenazahnya jika tidak seluruh kawasan kubur dan bandar Taiping akan menjadi huru-hara. 

Ini yang menjadi persoalan, apakah kelebihan tangkal tersebut, apakah Roh Mat Indera akan menjadi hantu polong dan mengganggu orang atau apa? 

Satu kajian perlu dibuat oleh pakar sejarah. Menurut keluarga yang tinggal berhampiran kubur tersebut menyatakan Mat Indera sememangnya komunis. 







Member BSK