Jumlah Pengunjung

Showing posts with label video nurul izzah. Show all posts
Showing posts with label video nurul izzah. Show all posts

Wednesday, 27 March 2013

BETUL LA... ADA VIDEO NURUL IZZAH MAIN DENGAN PENSYARAH...???




Mungkin gambar ini bakal  mengegarkan suasana politik tanah air selepas ini? Mungkin ya mungkin tidak akan tetapi keberangkalian itu amat tinggi. Yang mula mendedahkan pekara ini adalah dari Saifuddin sendiri. Aku rasa mungkin dah ada pepecahan didalam kem PKR. Mungkin Saifuddin tak dapat apa yang diminta hingga nak buka pekung dalaman. Takkan nak bagitu "direct" mesti ada kona-kona. Fitnah dan salahkan UMNO itulah taktik melepaskan diri walaupun tak setuju dengan pucuk pimpinan........


Di peringkat dalaman kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidaklah menjadi satu rahsia lagi akan kewujudan 2 kelompok pimpinan yang masing-masing cenderung kepada Presiden parti, Datin Sri Wan Azizah Ismail dan Timbalan Presiden, YB Azmin Ali



Bibit-bibit perpecahan ini sudah bermula sejak kempen pemilihan Nasional PKR 2010 lagi dan semakin menjadi ketara apabila Azmin Ali memenangi jawatan Timbalan Presiden. 

Ketika kempen pemilihan Nasional 2010 berlangsung, sokongan penuh Wan Azizah ke atas pencalonan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden parti menjadi persoalan umum kerana logiknya, Azmin Ali yang lebih layak kerana sudah bersama-sama dengan parti sejak mula ditubuhkan, di samping kesetiaannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak boleh dipersoal sesiapa.

Antara kepimpinan parti yang diketahui cenderung kepada Wan Azizah ialah YB Fuziah Salleh, YB Nurul Izzah, YB Tien Chua, YB Xavier Jayakumar, Mustapha Kamil Ayub, Shamsul Iskandar, YB Yusmadi, YB Elizabeth Wong, YB William Leong, YB Sivarasa dan YB Dr Mansor Othman.

Manakala pemimpin parti yang berdiri teguh di belakang Azmin Ali ialah N.Surendran, YB Zuraida, YB Dato Kamarul Baharin, YB Dato Johari Abdul, Rafizi Ramli, Latheefa Koya, YB Haniza Talha, YB Nik Nazmi, YB Abdullah Sani dan YB Azan Ismail. 



Walaupun perpecahan ini cuba diselindungkan dari penglihatan ahli di peringkat akar umbi tapi sudah kedengaran suara-suara kecil yang bertanya kenapa setiap kali program di kawasan salah seorang dari kumpulan yang disebutkan di atas, pihak yang satu lagi tidak hadir? 

Sebagai contoh, program parti di kawasan Nurul Izzah iaitu Lembah Pantai, tidak akan dihadiri oleh Azmin Ali. Begitu juga sebaliknya dengan program parti di kawasan Gombak di mana Azmin sebagai ahli Parlimennya, juga tidak akan dihadiri Nurul Izzah. 


Wednesday, 6 February 2013

Nurul Izzah Gelisah Kerana Video Dirinya Bersama Pensyarah ???



Tsunami Pilihanraya 2008, mengubah lanscape politik Parlimen Lembah Pantai apabila kerusi parlimen tersebut dimenangi oleh Nurul Izzah Anwar dari parti PKR yang menentang YB.Datuk Sharizat Abdul Jalil (BN).


Sepanjang kehadirannya di Lembah Pantai sebagai seorang wakil rakyat , tidak lah begitu besar sekali skala perubahan yang dibawa olehnya bagi memastikan rakyat Lembah Pantai berada didalam zon selesa. 

Malah ada pulak rakyat lembah Pantai yang berasa tidak selesa dengan kehadiran anak muda "setahun jagung" ini ke Lembah Pantai untuk menjadi pemimpin masyarakat bagi rakyat Lembah Pantai. Lagilah pulak Nurul Izzah bukan anak jati Lembah Pantai.

Kini Nurul Izzah kelihatan seperti cacing kepanasan yang masih mempunyai "BIG QUESTION MARK" dalam kepala otak dia , adakah dia akan terus bertanding di Lembah Pantai didalam PRU-13 akan datang , atau mungkin memberikan sahaja kemenangan tanpa bertanding kepada calon yang diletakan oleh UMNO lembah Pantai iaitu Dato'Seri Raja Nong Chik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan.

Nurul Izzah juga pernah menerima arahan daripada ayahandanya Anwar Ibrahim agar mereka tukar tempat untuk betanding , Anwar Ibrahim ke Lembah Pantai , dan Nurul Izzah pula bertanding di parlimen Permatang Pauh kubu kuat PKR untuk memastikan Nurul Izzah terus menjadi Ahli Parlimen. Ini membawa maksud bahawa Nurul Izzah pasti akan mengalami kekalahan yang teruk jika berdepan dengan Dato'Raja Nong Chik . 

Pelbagai isu rakyat yang tidak mampu Nurul Izzah selesaikan sepanjang dirinya menjadi perlarian politik PKR di lembah pantai. Mana tidaknya , jika tiada sumber kewangan yang kukuh , malah berjanji pula dengan rakyat dengan pelbagai janji manis Pilihanraya. 

Kini senario politik PKR di Lembah Pantai semakin kurang dan banyak ceramah politik yang mereka anjurkan juga tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan oleh rakyat dan penduduk Lembah Pantai . Ini kerana , rakyat Lembah Pantai sudah pun membuka mata pemikiran mereka , siapakah yang bakal mereka pilih didalam PRU-13 akan datang. 

Rakyat Lembah Pantai juga merasakan bahawa dengan pelbagai kemudahan dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka contohnya seperti BR1M , dan lain-lain , meskipun tidak menyelesaikan masalah , tetapi "JANJI DITEPATI " masih giat diteruskan oleh YAB.Perdana Menteri Malaysia , bagi memastikan seluruh rakyat Malaysia merasai apakah yang dikatakan dengan Janji Ditepati serta DENYUT NADI RAKYAT .





Member BSK