Jumlah Pengunjung

Showing posts with label skandal nurul izzah. Show all posts
Showing posts with label skandal nurul izzah. Show all posts

Wednesday, 27 March 2013

BETUL LA... ADA VIDEO NURUL IZZAH MAIN DENGAN PENSYARAH...???




Mungkin gambar ini bakal  mengegarkan suasana politik tanah air selepas ini? Mungkin ya mungkin tidak akan tetapi keberangkalian itu amat tinggi. Yang mula mendedahkan pekara ini adalah dari Saifuddin sendiri. Aku rasa mungkin dah ada pepecahan didalam kem PKR. Mungkin Saifuddin tak dapat apa yang diminta hingga nak buka pekung dalaman. Takkan nak bagitu "direct" mesti ada kona-kona. Fitnah dan salahkan UMNO itulah taktik melepaskan diri walaupun tak setuju dengan pucuk pimpinan........


Di peringkat dalaman kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidaklah menjadi satu rahsia lagi akan kewujudan 2 kelompok pimpinan yang masing-masing cenderung kepada Presiden parti, Datin Sri Wan Azizah Ismail dan Timbalan Presiden, YB Azmin Ali



Bibit-bibit perpecahan ini sudah bermula sejak kempen pemilihan Nasional PKR 2010 lagi dan semakin menjadi ketara apabila Azmin Ali memenangi jawatan Timbalan Presiden. 

Ketika kempen pemilihan Nasional 2010 berlangsung, sokongan penuh Wan Azizah ke atas pencalonan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden parti menjadi persoalan umum kerana logiknya, Azmin Ali yang lebih layak kerana sudah bersama-sama dengan parti sejak mula ditubuhkan, di samping kesetiaannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak boleh dipersoal sesiapa.

Antara kepimpinan parti yang diketahui cenderung kepada Wan Azizah ialah YB Fuziah Salleh, YB Nurul Izzah, YB Tien Chua, YB Xavier Jayakumar, Mustapha Kamil Ayub, Shamsul Iskandar, YB Yusmadi, YB Elizabeth Wong, YB William Leong, YB Sivarasa dan YB Dr Mansor Othman.

Manakala pemimpin parti yang berdiri teguh di belakang Azmin Ali ialah N.Surendran, YB Zuraida, YB Dato Kamarul Baharin, YB Dato Johari Abdul, Rafizi Ramli, Latheefa Koya, YB Haniza Talha, YB Nik Nazmi, YB Abdullah Sani dan YB Azan Ismail. 



Walaupun perpecahan ini cuba diselindungkan dari penglihatan ahli di peringkat akar umbi tapi sudah kedengaran suara-suara kecil yang bertanya kenapa setiap kali program di kawasan salah seorang dari kumpulan yang disebutkan di atas, pihak yang satu lagi tidak hadir? 

Sebagai contoh, program parti di kawasan Nurul Izzah iaitu Lembah Pantai, tidak akan dihadiri oleh Azmin Ali. Begitu juga sebaliknya dengan program parti di kawasan Gombak di mana Azmin sebagai ahli Parlimennya, juga tidak akan dihadiri Nurul Izzah. 


Friday, 22 March 2013

NURUL IZZAH TAHU SUAMINYA DI LIWAT ANWAR ???




SEKALI LAGI NURUL IZZAH HINA PASUKAN POLIS

Mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi!!! Itulah antara perumpamaan yang sering digunakan oleh masyarakat kita, bagi mengambarkan persamaan sifat dan perwatakan antara seorang bapa dan anak. Contohnya sekiranya bapanya merupakan seorang penipu, penyamun, penyangak, peliwat, penzina dan sebagainya (tidak ditujukan kepada sesiapa) sedikit sebanyak perangai buruknya itu akan diwariskan kepada anaknya.

Dan ternyata perumpamaan itu amat tepat dan sesuai sekiranya dibuat perbandingan antara sifat Anwar dengan anak kesayangannya itu. Ini kerana acapkali dua beranak ini dilihat mencabuli hak dan kebebasan bersuara yang diberikan dengan mengeluarkan kenyataan biadap dan menghina. 

Sebagai salah seorang Naib Presiden di dalam sebuah parti ‘Anak Beranak’ yang dikenali sebagai PKR, Nurul Izzah ketika menyampaikan ceramah baru-baru ini sekali lagi memperlihatkan sikap kurang ajar.

Berucap di Kampung Jemapoh, Kuala Pilah pada 20 Mac yang lalu, Nurul Izzah mengatakan bahawa polis di negara tidak mempunyai kerja lain selain mengintip para pimpinan pakatan pembangkang. 

Atau dalam bahasa mudah, dia mengatakan bahawa pencerobohon bersenjata yang diketui oleh Kiram di Sabah adalah disebabkan kerana pasukan polis terlalu sibuk menghabiskan masa untuk mengintip pergerakan Anwar sehingga gagal menjaga perairan negara.

Tak habis-habis mereka di kalangan pembangkang khususnya PKR cuba menarik perhatian rakyat dari terus memberikan perhatian dan simpati terhadap tragedi berdarah yang telah mengorbankan 10 orang perwira negara itu. 

Sandiwara, konspirasi, kematian polis dan tentera di Sabah tidak syahid dan berbagai-bagai lagi kenyataan bodah lagi biadap telah dikeluarkan mereka, yang bertujuan untuk menghina dan merosakkan intergriti pasukan beruniform itu.

Namun, apabila menyedari ketelanjuran yang telah dilakukan itu, dia dengan pantas menafikan, kononnya kenyataan itu telah diputar belitkan oleh media. Sedangkan semua mereka yang hadir pada program ceramah itu, mendengar jelas setiap butir perkataan yang keluar dari mulutnya.

Nampaknya, perangai seorang PENIPU dan suka memutar belitkan fakta ini sudah menjadi kebiasaan dan sebati dengan dirinya. Contohnya, tentu ramai yang masih ingat kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, yang suatu ketika dahulu mahu agar rakyat negara ini diberikan hak kebebasan dalam memilih agama dan tidak terkecuali kepada bangsa Melayu dan mereka yang telah beragama Islam.

Apabila ia mendapat bantahan dari majoriti rakyat, dia segera menyalahkan media dan Umno yang kononnya cuba memfitnah dirinya. Sedangkan apabila diteliti semula rekod rakaman kenyataan tersebut, ia jelas membuktikan bahawa kenyataan Nurul Izzah itu membawa maksud menyokong ideologi ‘Pluralisme’ (kesamarataan dalam agama).

Inilah yang dikatakan perangai yang saling tidak tumpah dengan bapanya yang sering meletakkan kesalahan kepada media yang hanya melaporkan berita berdasarkan konsep jurnalisme ‘5W-1H’ (who, what, where, when, whay dan how). 

Namun apabila satu-satu laporan berita yang dikeluarkan oleh wartawan tersebut tidak menepati citarasa dan kehendak mereka, istilah saman akan digunakan sebagai salah satu cara untuk mengugut para petugas media.

Strategi mereka mudah, iaitu menakut-nakutkan para wartawan agar mengambil jalan selamat dengan tidak membuat sebarang laporan. Maka dengan itu, pendekatan pakatan pembangkang untuk terus memperbodohkan masyarakat dengan isu fitnah apabila berceramah akan tercapai.

Kesimpulannya, apabila tiada sebarang laporan berita yang dikeluarkan, Anwar dan para pencacainya akan mengatakan, Umno/BN telah mencabuli hak kebebasan media dengan tidak memberikan sebarang liputan berkenaan program pembangkang. 

Namun di masa yang sama, apabila para wartawan cuba melakukan tugas selari dengan prinsip dalam menunaikan tanggungjawab dan hak masyarakat untuk mengetahui kebenaran, mereka akan diugut dengan tindakan undang-undang. 

Sungguh pelik ‘Hak Kebebasan Media’ yang ingin diperjuangankan oleh pakatan pembangkang ini. Semoga rakyat yang bijak di negara ini dapat menilai agenda buruk dan sonsang yang cuba diterapkan oleh pakatan pembangkang.


You ulang, I saman!!!!!




Sunday, 17 March 2013

NURUL IZZAH SERLAHKAN KEBODOHAN DIRI SENDIRI !!!




Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dinasihatkan tidak lagi mengulas sebarang isu membabitkan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah bagi menggelakkan ‘kebodohannya’ terserlah di mata rakyat.

Dalam masa sama, Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip secara sinis meminta agar Nurul Izzah belajar lebih banyak ilmu daripada bapanya supaya lebih banyak isu boleh diputar-belitkan.

“Kalau baca buku pun terbalik tidak usahlah ada hati hendak bercakap pasal isu pasukan keselamatan.

“Lebih baik diam sahaja supaya rakyat tidak nampak kebodohannya sebagai Naib Presiden PKR," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nurul Izzah dalam ceramahnya di Lucky Garden, Bangsar pada 16 Februari lalu yang seolah-olah keliru mengenai fungsi Pasukan Polis Hutan (PPH) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta kaitannya dengan insiden pencerobohan pengganas Sulu.

Muhammad Zahid turut mempersoalkan kewibawaan PKR kerana mempunyai pemimpin tidak berilmu tetapi cukup semangat berpolitik.
“Perkara sekecil itu pun tidak tahu tetapi masih ada hati untuk mentadbir negara. Bagaimanakah nasib Malaysia kalau PKR diberi mandat mentadbir Malaysia? Saya sangat berharap rakyat jujur membuat penilaian," katanya.

Sementera itu, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong pula menyifatkan kenyataan Nurul Izzah itu sebagai individu yang ‘mabuk berpolitik’.

“Saya hairan sungguh dengan Nurul Izzah dan PKR kerana dalam keadaan keselamatan Malaysia diancam, kematian para perajurit negara, mereka ini masih ada masa untuk berpolitik.

“Sikap dan perbuatan mereka ini seolah-olah mempertahankan pengganas, ditambah pula dengan tindakan Tian Chua (Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Batu) yang cukup menjelikkan.

“Mereka tidak pernah memikirkan hati dan perasaan keluarga perajurit yang meninggal dunia. Tindak-tanduk mereka seolah-olah anggota yang meninggal dunia diibaratkan mati katak sahaja," ujarnya.

Pemimpin pembangkang kata beliau, tidak layak mempersoalkan tindakan kerajaan seandainya semua perkara yang berlaku dipolitikkan.







Wednesday, 13 March 2013

SADIS... NURUL IZZAH Di Timpa BALA !!!



Dendam Nurul Izzah Pada Cawangan Khas Polis

Nampaknya, semakin ramai yang menjauhi Pakatan Rakyat apabila tersebarnya video Nurul Izzah memperlekeh pasukan keselamatan yang bertugas di Lahad Datu tatkala mereka menggadai nyawa mempertahankan negara.   Kenyataan tersebut dibuat oleh Nurul Izzah dalam satu ceramahnya di Lucky Garden Bangsar pada 16 Februari 2013, di mana krisis Sulu berada di puncak.  

Entah dendam, entah memang bodoh si Nurul Izzah anak kepada Anwar Ibrahim ini bila bercakap mengenai pasukan-pasukan keselamatan negara.  Jelas kelihatan bahawa wanita yang bercita-cita ingin menjadi pemimpin atasan negara ini, rupanya langsung tidak punya pengetahuan mengenai pasukan keselamatan negara.   



Pertama sekali, dalam memperkatakan mengenai keselamatan negara, seorang yang bergelar pemimpin tidak boleh sama sekali memandang rendah terhadap musuh, kerana ia akan mendedahkan pasukan sendiri kepada risiko kekalahan, sekali gus membuktikan yang pemimpin itu langsung tidak menghargai nyawa pasukan keselamatan kita sendiri.   

Keduanya, seorang yang bergelar pemimpin dan bermimpi untuk menerajui negara wajib membuat kerja rumah mengenai keselamatan dan pertahanan negara.    

Ketiganya, sesiapa sahaja, tidak semestinya seorang pemimpin atau yang bercita-cita menjadi pemimpin, wajib mempunyai pengetahuan mengenai apa yang ingin diperkatakannya, terutamanya di pentas ceramah.  

Kegagalan menepati semua syarat ini telah menyebabkan Nurul Izzah kelihatan amat bodoh serta tidak punya hati perut dalam memperkatakan tentang nyawa pasukan keselamatan.  

Kita hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala menyaksikan kebodohan dan keceluparan Nurul Izzah dalam video tersebut di mana beliau mengkritik penghantaran pasukan keselamatan yang ramai ke Sabah dan memanggil mereka sebagai ‘Polis Hutan’.   Katanya, Polis Hutan tugasnya adalah melawan komunis dan oleh kerana komunis telah tiada, maka penghantaran pasukan ini ke sana adalah tidak relevan sama sekali!!??   Malah, Nurul Izzah juga menyindir Barisan Nasional kerana tidak membenarkan pengganas komunis tersohor, iaitu Chin Peng, pulang ke Malaysia.     

Selain ‘Polis Hutan’, Nurul Izzah juga mempertikaikan penghantaran Cawangan Khas atau Special Branch (SB) untuk menangani krisis Sabah.  Menurut Nurul Izzah, tugas SB ialah mencari ‘budak hilang’!!??   Justeru, katanya, SB harus dihapuskan dan jadikan mereka semua sebagai Pegawai Penyiasat!!??  

Untuk pengetahuan Nurul Izzah, beberapa pasukan PDRM yang dihantar ke Sabah adalah Unit Cawangan Khas, Pasukan Operasi Khas dan Pasukan Gerakan Am.  

Pasukan Polis Hutan yang diperkatakan Nurul Izzah adalah tidak wujud lagi atas sebab yang disebut oleh Nurul Izzah sendiri iaitu tamatnya insergensi komunis.  

Oleh itu, pada tahun 1989, pasukan tersebut telah dirombak fungsinya daripada menentang pengganas komunis kepada usaha menjaga keselamatan di sempadan dan perairan negara, ancaman pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), aktiviti rompakan di laut, penyeludupan, anti pengganas, ketenteraman awam, mencari dan menyelamat (SAR) dan pencegahan jenayah.  




Friday, 15 February 2013

Riak Skandal Seks Nurul Izzah Bersama Pensyarah !!!



Hebat beb, hebat. Si Nurul Izzah ni memang cukup hebat bila tiba bab nak bermegah - megah dengan diri dia sendiri. Kira macam orang masuk bakul angkat sendiri la.

Walaupun yang bagi komen dibawah ni bukan la Si Nurul Izzah tu sendiri, tapi sifat bongkak dia jelas terpapar dalam laman twitter.

Dia cukup bangga bila Datuk Raja Nong Chik tolak cabaran untuk berdebat dengan dia sebelum ini. Bangga sampai boleh buat dia lupa diri.

Memang itulah masalahnya dengan Si Nurul Izzah ni. Dia terlalu bangga dengan diri dia sampai dia lupa tugas hakiki yang diamanahkan oleh rakyat.

Dia lupa, rakyat pilih dia jadi wakil mereka dengan harapan dia dapat membantu kehidupan sehari - harian mereka. Tapi, Si Nurul Izzah tu dah lupa.

Dia lebih senang berbangga diri macam ni dari nak melaksanakan tugas kepada rakyat. Takat bangga sebab Datuk Raja Nong Chik tolak cabaran debat buat apa.

Rakyat nak tengok pemimpin yang boleh membantu mereka. Rakyat nak pemimpin yang benar - benar ikhlas menolong dan menghulurkan bantuan.

Rakyat tak nak tengok pemimpin yang setakat pandai berbangga diri dengan perkara yang remeh temeh macam ni. Itu semua tak penting bagi mereka.

Kalau setakat Si Nurul Izzah tu nak bangga sebab Datuk Raja Nong Chik tolak cabaran berdebat dengan dia, baik dia tak payah jadi wakil rakyat. Duduk rumah lagi bagus.

Kalau nak cerita pasal pengecut ni, Papa kesayangan Si Nurul Izzah tu apa kurangnya. Dia lagi penakut dari Datuk Raja Nong Chik ni kalau nak dibandingkan.

Korang bayang la. Sedangkan maruah diri sendiri dan keluarga pun tak mampu Papa dia nak pertahankan, macam mana dia nak jadi pemimpin?

Yang dijadikan persoalan bukan benda kecik. Tapi ada kaitan dengan moral, ada kaitan dengan akidah, ada kaitan dengan maruah. Pun Papa Si Nurul Izzah ni tak mampu nak buat.

Sampai hari ini, Papa Si Nurul Izzah tu masih tak ambik tindakan terhadap pihak yang menyebarkan video 'Aksi Panas' dengan Chinadoll sebelum ini.

Kenapa Papa dia tak ambik tindakan? Takut lagi banyak rahsia daam kain yang akan terbongkar ke? Takut lagi banyak cerita 'lucah' yang dibuat dek Si Papa Nurul Izzah tu?

Sudah la Nurul!!! Orang sekarang bukan nak pemimpin yang hanya setakat tau berpolitik je kerjanya. Orang nak pemimpin yang buat kerja. Kalau dia setakat tau bercakap je, baik la dia jaga suami dan anak - anak. Ada jugak faedah dari menyusahkan orang!!!
KUALA LUMPUR 11 Feb: Penolakan debat bersama Nurul Izzah Anwar oleh Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin bukti Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu takut skandal penyelewengan anaknya terbongkar.
“Inilah kerisauan Nong Chik, takut skandal RM30 juta anaknya terbongkar dan dibahas di hadapan penduduk Lembah Pantai. Sekaligus menjejaskan harapannnya untuk menang, sedangkan debat peluang rakyat untuk tahu cerita sebenar dan menilai,” kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Mohd Nur Manuty ketika dihubungi.




Member BSK