- Bekas aktivis Pas, Zainon Ismail atau C. N. Al-Afghani menegaskan
beliau tidak akan mendiamkan diri dalam membongkar kepincangan politik
Pas biar pun diugut dan kehilangan kawan.
- Sebaliknya, beliau yang menghasilkan buku Kafirkah Aku? berikrar
akan terus berjuang memastikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik
Amanat Haji Hadi yang menggambarkan UMNO kafir pada tahun 1981.
- Beliau menegaskan, Abdul Hadi perlu sedar, kesan perpecahan akibat
amanat itu cukup besar seperti terjadinya Peristiwa Memali, solat dua
imam, bercerai-berai dan macam-macam lagi.
- Zainon juga membidas, sikap ego Presiden Pas itu dan ulama Pas
kerana enggan mengakui kesilapan diri termasuklah dalam isu amanat
tersebut.
No comments:
Post a Comment