Teman agak
terkejut apabila kelibat Zizan Maharaja Lawak Mega muncul bersama-sama
demontrasi di "Ride Bantahan" di hadapan Pejabat TV3 kelmarin. Zizan
membuat kejutan apabila muncul ketika 300 penunggang motosikal berkuasa
tinggi berdemo di hadapan TV3 hari ini dan Zizan kelihatan memegang
kertas 'Tolak AES'. Para pendemontrasi yang didakwa seramai kira-kira
300 penunggang motosikal berkuasa tinggi itu berkumpul di hadapan Sri
Pentas- Media Prima Berhad (MPB) untuk menyerahkan memorandum mendesak
pengacara Mazidul Akmal Sidek memohon maaf secara terbuka. Alasannya
menggelar penunggang motorsikal sebagai pelesit.
Difahamkan
Mazidul telah memohon maaf terhadap kekhilafan yang dibuat di Majalah 3.
Teman tak nak komen mengenai isu Mazidul ini, cuma disebalik
demontasi ada agenda politik tertentu bergerak seiring. Teman pun
pelik, disebalik demontrasi tersebut, ada pulak kempen "Tolak AES" yang
Zizan terlibat memegang kertas "Tolak AES". Secara umumnya, semua orang
mengetahui siapa mengetuai "kempen Tolak AES atau "Kempen Anti Saman
Ekor" (KASE), Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Harus diingat
bahawa Slogan Kempen Anti Saman Ekor ini adalah 1 Saman AES, 1 Malaysia
Tolak BN.Jadi, teman harap kome dapat meneka siapa dalang disebalik
demontrasi ini.
Tidak
dinafikan, Zizan sering muncul dipentas-pentas ceramah anjuran PAS
bergandingan dengan Ustaz Pelawok PAS Azhar Idrus. Jika dilihat
kewajaran Zizan yang mencari makan dengan TV3 dan sama-sama menyertai
demontrasi tersebut adalah memalukan. Tetapi adalah tidak menghairan
Zizan sebenarnya adalah senada dengan PAS hasil dari tindak tanduk Zizan
kebelakangan ini.
Cuma Zizan dah
terlupa untuk menjemput Ustazah Segera Abby Abadi untuk turut sama
mengeluarkan fatwa-fatwa mengharamkan sumber rezeki daripada TV3 yang
deme dapat sebelum ini. Teman menjangkakan, Zizan akan menjadi Ustaz
Segera PAS yang baru yang akan mengeluarkan beribu-ribu lagi fatwa dan
akan diberi Syurga PAS oleh Nik Aziz.
No comments:
Post a Comment