Jumlah Pengunjung

Sunday, 23 December 2012

SPRM HARUS SIASAT PELACUR AGAMA ISLAM !!!



JELI : Umno Kelantan mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera pendedahan sebuah laman blog yang mendakwa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menawarkan tanah kepada pemimpin DAP Perak bagi membolehkan wakil Pas menjadi Menteri Besar Perak pada 2008.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini penting bagi membolehkan masyarakat terutama rakyat Kelantan mengetahui perkara yang sebenar.

"Kita dimaklumkan beberapa laporan polis sudah dibuat berhubung dakwaan itu dan sudah menjadi 'public interest'.


"Rakyat seluruh negara terutama Kelantan mahu mengetahui sama ada isu itu benar, fitnah atau dongeng dan perkara ini perlu kepada satu penjelasan yang tepat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Mahabbah Imam Muda di Pondok Moden di sini, hari ini.

Isu itu timbul apabila sebuah blog, pisau.net mendakwa Nik Aziz menawarkan tanah seluas 4,259.9 hektar di Relai, Chiku, Gua Musang kepada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausahanya Nga Kor Ming untuk menerima Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2008.



No comments:

Post a Comment

Member BSK