Gua hairan kenapa Nik Aziz dan Kerajaan Negeri Kelantan bersilat
berkuntau menafikan pemberian tanah tersebut kepada 2 beradik Ngeh Nga.
Bukankah tanah tersebut dianugerahkan kepada YIK(Yayasan Islam
Kelantan) salah satu agensi kerajaan negeri yang mengadakan usahasama
dengan Upayapadu Sdn Bhd.
Ngeh dan Nga punyai pegangan saham syarikat Upayapadu Sdn Bhd yang
mengadakan usahasama dengan kerajaan negeri Kelantan. Adakah Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Nik Aziz tidak tahu
menahu mengenai pindah milik ke tangan Ngeh dan Nga?
Tukar hak milik tanpa melalui proses tender terbuka dan telus? YIK
adalah salah satu agensi kerajaan negeri,apa keistimewaan Upayapadu yang
syarikat lain tidak ada ?
Kenapa Guan Eng mendiamkan diri apabila membabitkan Ngeh dan Nga:Dr MiM persoalkan kenapa klik sini
ADUN Sitiawan dan Ahli Parlimen Beruas itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur.
“Kami adalah sebahagian daripada pelabur dan semua transaksi diketahui oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saya sudah tulis surat kepada LHDN,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Beliau mengulas dakwaan blog Pisau.net sebelum ini yang mendakwa mereka melalui Upaya Padu diberi tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Kelmarin, EXCO Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, berkata carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan Koo Ham dan Kor Ming adalah dua daripada enam ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan
No comments:
Post a Comment