Kota Bharu 10 Mac - Apa sudah jadi Kelantan, sudah menjadi
juara dalam keruntuhan akhlak dan masalah sosial. Terbaru Utusan
Malaysia melaporkan negeri Serambi Mekah ini menjadi juara antara negeri
yang tertinggi dalam kes penceraian berdasarkan statistik dikeluarkan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2008.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar yang
hanya sekadar menyatakan Kerajaan Pas Kelantan merasa amat dukacita
dengan perkembangan tersebut. Kata Wan Ubaidah: "Statistik yang
dikeluarkan Jakim pada 2008 mencatatkan Kelantan berada ditempat ketiga
dengan jumlah kes sebanyak 1386,"
Menarik lagi, ibu tunggal ini berkata, antara faktor
berlakunya peningkatan perceraian adalah kurangnya penghayatan agama di
kalangan suami isteri. Soalnya apa sudah jadi selepas 20 tahun
mentarbiyah keadaan rumahtangga rakyatnya semakin kusut dan hancur
lebur. Inilah jadinya kalau pemimpin hanya pandai bercakap dan
menggunakan ayat Al-Quran untuk mendapatkan sokongan tetapi tidak
bertindak.
No comments:
Post a Comment