Seorang lelaki Puerto Rico dipenjara 50 tahun oleh mahkamah persekutuan selepas mengaku bersalah menerbitkan video seks membabitkan seorang anak perempuan kandung dan empat anak perempuan tirinya.
Luis Alberto Morales Badillo dituduh melakukan pencabulan seksual dan terbabit dalam kegiatan seks dengan kanak-kanak bawah usia dari 1999 hingga 2010.
Pendakwa raya Rosa Emilia Rodriguez berkata, seorang daripada mangsa itu berusia empat tahun ketika kejadian.
Badillo, 42, dituduh melakukan perbuatan itu pada Mei 2012 dan mengaku bersalah pada November.
No comments:
Post a Comment