Gara-gara kemaruk seks, seorang pelajar 13 tahun sanggup menipu ahli keluarganya dengan alasan mahu bermalam di rumah rakan, sebaliknya dia menuju ke sebuah surau menanti lapan lelaki untuk menidurinya.
Walaupun
diperlakukan seperti pelacur, pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah
menengah, masih tidak kesal dengan perbuatannya dan cuba menyembunyikan
daripada keluarga.
Bagaimanapun
perkara itu dihidu seorang lelaki yang kebetulan berada di kawasan surau
dan ternampak remaja itu membersihkan pakaiannya.
Setelah
mendapat tahu perkara sebenar, lelaki terbabit yang tinggal di perumahan
dalam bandar itu menyampaikan hal tersebut ke pengetahuan keluarga
gadis tersebut sebelum laporan polis dibuat.
Seorang
penduduk yang enggan dikenali berkata, pelajar perempuan terbabit
dilaporkan sering ponteng sekolah dan kurang mendapat perhatian
keluarganya.
Menurutnya, ibunya yang sudah bercerai dengan bapanya sudah kembali ke Indonesia dan kedua-duanya sudah berkahwin lain.
Sementara itu,
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli
Bedin berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku
pada pagi 20 September lalu di sebuah rumah kosong kira-kira 100 meter
dari surau berkenaan.
“Pelajar itu
dilaporkan ponteng sekolah pada 19 September dan tidak pulang ke rumah
sebaliknya tidur di surau dalam taman perumahan di bandar itu.
“Sebaik
perempuan itu sedar keesokannya, rakan-rakan lelakinya sudah menunggu
sebelum mengikuti mereka ke sebuah rumah kosong,” katanya ketika
dihubungi Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, bertindak atas laporan keluarga mangsa, polis menangkap kelapan-lapan suspek dan direman untuk siasatan lanjut.
"Enam suspek berusia 14 tahun manakala dua lagi berusia 12 tahun.
“Pelajar
perempuan tersebut dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut.
Kes disiasat berkait rogol kerana mangsa masih di bawah umur,"
katanya.-Sumber
No comments:
Post a Comment