Khekhe... Ap punya bodoh la wakil rakyat dari PAS ni, kuat sangat menipu tu sebab la jadi keserlahan keBODOHANnya dalam parlimen. Aku rasa mahfuz ni pon tak tahu apa peranan dia sebenarnya dalam parlimen, main hentam kromo jer... nak tahuh cerita lanjut korang baca kat bawah ni.
Isu pemilihan UMNO yang tiada kena-mengena dengan sesi soal jawab lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, yang sengaja ditimbulkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mencetuskan 'ketegangan' apabila ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bertindak menghentam pemimpin Pas itu.
Perkara itu bermula apabila Naib Presiden Pas tersebut yang seharusnya mengemukakan soalan lisan keempat untuk dijawab Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin secara tiba-tiba 'mempermainkan' serta menyindir Hamzah berhubung pemilihan UMNO.
Walau bagaimanapun, sebelum sempat Hamzah menjawab, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman bangun menegaskan bahawa UMNO tidak memerlukan undi Pas.
"Bukan pakatan pembangkang yang nak undi, yang nak undi orang UMNO. Kita tak nak undi Pas pun," katanya.
Sementara itu, Hamzah yang kemudiannya bangkit untuk menjawab soalan asal Mahfuz mengenai perihal lantikan duta turut terpanggil menyindir pemimpin Pas berkenaan yang disifatkan sebagai 'menyibuk'.
"Yang pandai-pandai sibuk kata saya nak bertanding kenapa? Sibuk sahaja. Kalau tak tahu, jangan cakap. Ini membuktikan pembangkang cakap tak tahu satu pun apa yang nak dicakapkannya.
"Saya bukan nak cakap tentang kempen tapi nak cakap biar tahu apa nak dicakap. Saya nak jawab soalan yang baik, yang betul dia (Mahfuz) minta nak tahu, saya nak jawab. Ini Pas sibuk-sibuk nak tahu tentang UMNO buat apa? Kalau dah teringin nak masuk UMNO, bagi, hantarlah borang tetapi terpulang kepada orang UMNO sama ada nak terima atau tidak orang seperti ini (Mahfuz)," tegasnya.
Dalam pada itu, Mahfuz ditegur Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said apabila memetik kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu UMNO.
"Soalan nombor empat ini tiada kaitan. Saya nampak Pokok Sena (Mahfuz) semalam pun baik, hari ini lain macam. Pokok Sena ni kumpulan ulama atau kumpulan satu lagi?" soalnya.
Perkara itu membuatkan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangun menyindir: "Saya rasa Pokok Sena ini ular dalam semak, bukan ulama."
No comments:
Post a Comment