Jumlah Pengunjung

Tuesday 16 October 2012

PAS EDAR APA UNTUK PERLAWAN AKHIR PIALA MALAYSIA ?


UMNO Bahagian Tanah Merah akan mula mengedarkan 5,000 tiket percuma kepada anak-anak Parlimen Tanah Merah di perantauan untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kelantan mulai esok (Rabu).
Ketuanya, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, mereka boleh mendapatkan tiket tersebut di syarikat Perodua Noble Twin (M) Sdn. Bhd., Lot 1039, Jalan Enggang, Taman Keramat berhampiran stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Jalan Jelatek, Kuala Lumpur mulai pukul 9 pagi hingga 9 malam.
''Kita akan mengedarkan tiket berkenaan selama dua hari dengan konsep siapa cepat, dia dapat,'' katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata, pemberian tiket bagi menyaksikan perlawanan yang bakal berlangsung pada Sabtu ini adalah sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada anak- anak Tanah Merah yang bertungkus-lumus mencari rezeki di perantauan.

"Setiap anak Tanah Merah di perantauan layak mendapat satu tiket secara percuma tetapi mereka mestilah telah mendaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengundi di kawasan Parlimen Tanah Merah," katanya.
Ikmal Hisham berkata, pemberian tiket itu adalah tradisi yang diamalkan oleh UMNO Bahagian Tanah Merah dalam memberikan sokongan kepada pasukan Red Warriors.
Beliau berkata, sebarang pertanyaan berhubung pemberian tiket percuma boleh menghubungi Zulkifli di talian 019-2599909.

1 comment:

  1. PAS telah edarkan doa dan tiket masuk syurga..bola bola ni cuma dunia hahaha..

    ReplyDelete

Member BSK