Jumlah Pengunjung

Tuesday 5 November 2013

WARTAWAN KENA HALAU DI SUNGAI LIMAU !!!


Seorang wartawan KiniTv 'diusir' keluar daripada tempat pembuangan undi dekat Sekolah Kebangsaan Bukit Besar (SKSB), di sini, pagi tadi.

Dia diarahkan keluar oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seorang anggota polis yang bertugas kira-kira jam 8.15 pagi.


Difahamkan, dia diminta meninggalkan kawasan itu kerana dipercayai mengadakan temu bual bersama seorang pengundi di dalam kawasan tempat pembuangan undi.


Tindakan itu merupakan satu kesalahan menurut SPR.

Anggota polis memberi nasihat kepada petugas media supaya tidak melakukan temu bual di kawasan mengundi.

No comments:

Post a Comment

Member BSK