Jumlah Pengunjung

Thursday 2 January 2014

BINI BOMOH MANJOI IPOH KANTOI DENGAN DUA BUDAK LELAKI !!!



Polis berjaya menahan seorang wanita bersama tiga remaja yang dipercayai terlibat dalam kejadian pecah kedai telefon bimbit di Jalan Baru, kampung Tengku Hussin, Manjoi, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, pasukan bertindak D4, Ibu Pejabat Polis Daerah diketuai Inspektor Azrulhazrin Mahiding  menahan dua remaja berusia 18 dan 19 tahun dalam keadaan mencurigakan di kawasan terbabit.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam berkata, ia susulan kejadian yang dilaporkan oleh seorang peniaga telefon bimbit yang mengalami kerugian kira-kira RM25,000 apabila kehilangan kad tambah nilai prabayar dan pelbagai telefon bimbit pada 11 Disember lalu.

Menurutnya, hasil tangkapan itu membawa ke sebuah rumah yang didiami wanita berusia 29 tahun dan menahan seorang lagi remaja berusia 18 tahun.

“Polis telah merampas 70 pelbagai kad tambah nilai prabayar, sembilan telefon bimbit, dua tablet dan sebuah penghisap shisha di rumah wanita yang didiami bersama suaminya yang merupakan seorang bomoh.

“Hasil maklumat orang awam itu, polis dapat menyelesaikan kes pecah kedai telefon bimbit di kawasan terbabit,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini, semalam.

Difahamkan, ibu kepada dua anak terbabit dipercayai menjadi ‘master mind’ dan remaja-remaja yang suka ‘lepak’ di rumahnya itu pula memasuki kedai terbabit.

Ketika ditahan, suami wanita terbabit yang merupakan pengamal perubatan tradisional tidak mengetahui kegiatan sebenar isterinya itu bersama rakan-rakannya.

Paramasivam berkata, siasatan awal mendapati keempat-empat suspek baru berjinak dalam aktiviti itu setelah didapati tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

“Barangan curi itu dijual semula sebelum dibahagikan hasilnya dan ada yang dipakai untuk kegunaan sendiri terutama telefon bimbit terbabit.

“Namun, ujian awal saringan urin mendapati kesemua suspek negatif dadah dan kesemua mereka ditahan reman sehingga 25 Disember ini untuk siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong menunjukkan puluhan kad tambah nilai prabayar yang dirampas dari empat suspek kepada Paramasivam (kiri).

No comments:

Post a Comment

Member BSK