Jumlah Pengunjung

Friday, 23 May 2014

20 RIBU BELIA BERSELAWAT DI PUTRAJAYA !!!




Buat pertama kalinya, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang terajui Menteri muda saudara Khairi Jamaluddin telah berjaya membuat suatu kelainan pada festival kali ini. Berjaya mengumpulkan seramai 20 ribu belia di malam belia berselawat di putrajaya.

Satu tindakan yang amat bijak kerana telah mengumpulkan belia walaupun dalam keadaan hujan. Ternyata kehadiran belia pada malam tadi disambut dengan meriahnya. Walaupun dikritik oleh pembangkang pada tahun lalu namun ternyata saudara Khairi berjaya menambah baik program pada tahun ini. 

Majlis telah dimulakan pada pukul 9 malam dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan (Saudara Khairi Jamaluddin), Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (Dato Jamil Salleh), Timbalan Ketua Setiausaha Strategik (Datuk Harun Bin Che Su) Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (Pn. Hatipah Binti Ibrahim) Timbalan Ketua Setiausaha Antarabangsa dan Pengurusan (Datuk Azhar) Presiden Majlis Belia Malaysia (Maliki Rafie), Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (Muamar Ghadafi).

Program Belia berselawat yang diadakan buat pertama kalinya kali ini telah menjemput artis dari negara Syria dan telah mendendangkan beberapa buah lagu keagamaan yang popular untuk anak ramaja sekarang. 

Ternyata program sebegini telah menampakkan satu penerimaan yang baik dari kalangan anak muda. Semoga Menteri Belia dan Sukan dapat meneruskan lagi program sebegini pada tahun hadapan untuk memupuk belia-belia di seluruh malaysia menanam minat dan mencintai pada agama yang lebih mendalam.




























No comments:

Post a comment

Member BSK