Jumlah Pengunjung

Thursday 29 May 2014

Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah sah menjadi Sultan Perak yang baru !!!



Duli Yang Teramat Mulia Raja Pemangku Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah ditabalkan sebagai Tuanku Sultan Perak yang baru bagi mengantikan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang mangkat tengahari semalam di Institut Jantung Negara.

09_DRNS

Raja Iskandar Zulkarnain ditabalkan Raja Muda Perak yang baru, manakala Raja Jaafar Raja Muda Musa sebagai Raja Dihilir.
Raja Nazrin Shah (Diputerakan 27 November 1956) merupakan Putera sulung Almarhum  Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah dengan Raja Permaisuri Perak Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali.
Baginda berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Baginda juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England pada 1979 dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada 1984.
Raja Dr. Nazrin amat disenangi pelbagai lapisan masyarakat dan dibuktikan apabila berita perkahwinannya dengan Tuanku Raja Puan Besar Perak Zara Salim Davidson disambut dengan penuh kesyukuran dan perasaan teruja, hasil perkahwinan, dikurniakan seorang putera dan seorang puteri iaitu Yang Mulia Raja Mudzaffar Azlan Shah dan Yang Mulia Raja Nazira Safya Shah


No comments:

Post a Comment

Member BSK