Jumlah Pengunjung

Sunday 26 April 2015

PENGUNJUNG LARI YOUTH DRUM FESTIVAL BELIA PERAK 2015 BERMANDIKAN API !!!



Youth Drum Festival telah memecah kesunyian malam ini apabila gendangan bunyi drum mereka telah dimeriahkan lagi dengan tarian api dan percikan api dihadapan pentas oleh kumpulan Lost World Of Tambun.

Penyertaan persembahan dari pelbagai kumpulan telah membuatkan pengunjung semua terhibur pada malam ini. Tepat pada pukul 9.00 malam telah dimulakan dengan persembahan oleh kumpulan Perkusigatra dengan mendendangkan beberapa buah lagu, diikuti oleh kumpulan gendang cina dari Persatuan Choy Lee Fat Perak, Gendang Bangra oleh Greentown Indian Culture, Rebana Perak oleh kumpulan Rebana Warisan, Gendang India oleh Greentown Indian Culture, Gendang Panjang Krong Jao oleh kumpulan Gendang Panjang Krong, persembahan oleh Lost World Of Tambun dan persembahan oleh Trivia De Rimba / Battle (Improvisation).

Tepat pukul 10.30 malam kehadiran dua tetamu VIP memeriahkan lagi persembahan ini. Dato Zainol Fadzi dan Datuk Shahrul Yahya mewakili exco kerajaan negeri perak telah sudi bersama-sama anak muda menyaksikan persembahan Youth Drum sehingga tamat dan telah sudi juga menyampaikan cenderamata kepada semua kumpulan yang terlibat dalam persembahan malam ini.

Rata-rata pengunjung amat terhibur sepanjang persembahan ini sehinggakan ramai penonton yang menjerit mahukan persembahan di teruskan lagi, namun memandangkan masa tidak mengizinkan segalanya, penganjur terpaksa jua menghentikan persembahan mengikut masa yang telah dirancangkan.

Adalah diharapkan agar persembahan sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang memandangkan sambutan dari penontonterutamanya belia amat-amatlah menggalakkan.

Semoga Majlis Belia Negeri Perak akan terus maju dan jaya dalam menganjurkan program sebegini pada masa akan datang untuk seluruh belia negeri perak.


















































No comments:

Post a Comment

Member BSK