Jumlah Pengunjung

Wednesday, 1 July 2015

PEMUDA PAS IPOH TIMOR TUNJUK BARUA DAP SEBENAR DIDALAM PAS !!!



Kenyataan terbaru dari Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timor telah membuktikan bahawasanya Nizar Jamaluddin memang seorang individu yang tidak boleh dipercayai oleh ahli PAS semua. Pada aku mungkin PAS telah terasa malu yang telah sekian lama menjadi bualan rakyat perak yang mengatakan PAS sememangnya menjadi barua DAP selama ini. 

Untuk menukar pandangan rakyat perak, pemuda PAS kawasan Ipoh Timor telah mula membuat tindakan yang amat memalukan Nizar Jamaluddin.



IPOH - Pemuda Pas Kawasan Ipoh Timur tidak bersetuju dengan pendirian DAP Perak yang mahu mengekalkan Adun Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Ketua Pembangkang Dun Perak.

Ketuanya, Salman Saleh berkata, DAP yang mempunyai kelebihan dari segi jumlah Adun iaitu 18 orang berbanding Pas (5) dan PKR (5) layak menggunakan peluang itu memilih seorang daripada mereka.

Menurutnya, dalam hal ini DAP perlu melihat kewajaran dan mengambil kira kedudukan Mohammad Nizar yang tidak lagi memegang jawatan utama di dalam Pas Perak.

“Kami mendesak agar Badan Perhubungan Pas Negeri menasihatkan Mohammad Nizar agar melepaskan dan mengembalikan semula jawatannya sebagai Ketua Pembangkang atau DAP sendiri menyerahkan jawatan tersebut kepada Adun PKR.

“Pas Perak perlu menyatakan pendirian untuk menolak jawatan Ketua Pembangkang selepas episod serangan DAP terhadap Presiden Pas dan Majlis Syura Pas sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, keputusan itu mengambil kira pimpinan Pas di Pulau Pinang dan Selangor dengan suasana pada masa kini.

Katanya, DAP perlu menghormati pendirian Pas dalam hal ini, malah mengekalkan Mohammad Nizar bukan jalan terbaik mengukuhkan keadaan hubungan antara Pas dan DAP.

“Tohmahan selama ini bahawa Pas boneka DAP akan menjadi senjata BN sekiranya Mohammad Nizar dikekalkan. Sekiranya DAP mahukan Ketua Pembangkang dari Pas, biar Pas yang menentukan siapa pemimpin yang layak,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, tindakan DAP Perak melantik Mohammad Nizar sebagai Ketua Pembangkang Dun Negeri mengelirukan dan bercanggah dengan pendirian sebenar parti itu.

Menurutnya, ia jelas menimbulkan persoalan memandangkan DAP Pusat sebelum ini memutuskan sebarang kerjasama politik dengan Pas.
“Kita tidak kisah dan tak terkesan pun dengan lantikan dibuat oleh DAP sebab sebelum ini pun Nizar merupakan Ketua Pembangkang di Dun Negeri.

“Cuma perkara itu telah menimbulkan pelbagai tanda tanya kerana DAP seperti kita ketahui telah secara rasmi memutuskan hubungan politik dengan Pas,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurut beliau, lantikan yang dibuat oleh DAP Perak terhadap Mohammad Nizar itu juga di luar pengetahuannya dan sebahagian besar pimpinan Pas Negeri.

“Kami dapat tahu pun melalui sebaran media dan alasan yang diberikan DAP terhadap lantikan itu adalah disebabkan mendapat persetujuan daripada semua Adun PR,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berkemungkinan besar akan membincangkan tentang pelantikan itu dalam mesyuarat harian Pas Negeri minggu depan.

“Tetapi kita takkan bincang secara seriuslah, hanya sekadar untuk mengetahui kewajaran sebenar DAP Negeri melantik Nizar selaku ketua pembangkang,” katanya.

Dalam pada itu, Razman berkata, meskipun tidak kisah dengan  pelantikan itu, namun Mohammad Nizar selaku Adun Pas perlu mengutamakan parti diwakilinya.

“Sebabnya mudah, setiap ahli Pas  telah dibai’ah dan sebarang arahan daripada Pas Pusat perlu diikuti dan didahulukan,” katanya.


No comments:

Post a comment

Member BSK