Jumlah Pengunjung

Monday 19 September 2016

RM 10 RIBU SETIAP SEORANG USAHAWAN BELIA MALAYSIA!!!


Memperkasa konsep perniagaan baharu - usahawan bergerak Mobilepreneur, GiatMara menerima peruntukan sebanyak RM3 juta daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Sebanyak 300 unit motosikal disediakan diseluruh negara dan diedarkan kepada mereka yang berkelayakan bagi menjalankan perniagaan dengan cara konsep menggunakan motosikal tersebut.

Menurut Pengerusi GIATMARA Malaysia Dato Azian Osman, Mobilepreneur merupakan konsep perniagaan baharu yang diperkenalkan untuk membantu usahawan belia di negara ini.


"Kita akan bagi seorang RM10,000 yang meliputi kos motosikal serta peralatan untuk berniaga termasuk kursus pengurusan perniagaan dan kewangan.

"Mereka yang layak menerima bantuan ini adalah golongan belia dalam keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, program ini untuk kita bantu anak muda melibatkan diri dalam bidang keusahawanan," katanya.


Program Mobileprenuer yang diperkenalkan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini adalah berdasarkan empat skop projek iaitu perusahaan sumber asas tani, perikanan, penternakan, perniagaan secara kecil-kecilan dan aktiviti perkhidmatan - KKLWHARIINI

No comments:

Post a Comment

Member BSK