Jumlah Pengunjung

Wednesday 14 September 2016

TAIWAN SEDANG DILANDA TAUFAN TERKUAT DIDUNIA!!!

POHON tumbang dan angin kencang dan hujan dari Super Typhoon Meranti menyerang Kaohsiung, Taiwan selatan. - Foto EPA


TAIPEI: Sekolah dan premis perniagaan ditutup di seluruh Taiwan, manakala penerbangan dibatalkan berikutan Taufan Meranti, ribut yang disifatkan terkuat di dunia setakat ini.

Taufan itu turut menyebabkan puluhan ribu rumah di kepulauan itu mengalami gangguan bekalan elektrik. Biro Cuaca Pusat Taiwan memberi amaran, ribut Kategori Lima itu akan mengancam beberapa bandar raya di selatan dan timur negara itu, termasuk Kaohsiung dan Hualien, dengan angin kuat, hujan lebat dan banjir.

Meranti, yang mengumpul kekuatan apabila mendekati Taiwan, membawa kelajuan angin maksimum 216 kilometer sejam, kata pakar kaji cuaca. Tiang elektrik dan pokok tumbang adalah antara kerosakan awal yang dilaporkan. "Taufan ini adalah yang terkuat di dunia setakat tahun ini. Impaknya ke atas Taiwan akan memuncak sepanjang hari ini," kata jurucakap biro cuaca, Hsieh Pei-yun. Syarikat dan sekolah di Kaohsiung serta bandar raya lain ditutup dan hampir 1,500 penduduk dipindahkan, kata Pusat Operasi Kecemasan Pusat dalam kenyataan.

Hampir 200,000 isi rumah ketiadaan bekalan elektrik, menurut Taiwan Power Co. Kebanyakan penerbangan domestik dibatalkan, termasuk semua dari lapangan terbang Kaohsiung, yang menyaksikan beberapa penerbangan antarabangsa juga terjejas. Taiwan akan berasakan kekuatan penuh taufan itu sepanjang Rabu dan Khamis sebelum ia bergerak ke China. - REUTERS


No comments:

Post a Comment

Member BSK