Jumlah Pengunjung

Thursday 15 September 2016

TERKINI.. SERPIHAN DI TANZANIA SAH MILIK MH370!!!

BAHAGIAN flaperon yang ditemui di Pulau Reunion, Perancis.
PUTRAJAYA: Pakar dari Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) sahkan serpihan pesawat yang ditemui di perairan Tanzania Jun lalu adalah dari MH370, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata ia berdasarkan pemeriksaan dan analisis menyeluruh, ATSB dengan persetujuan Pasukan Penyiasat Keselamatan MH370 mengenal pasti beberapa penemuan.

Tiong Lai berkata, antaranya termasuk beberapa nombor bahagian serta rupa bentuk fizikal, dimensi dan pembinaan disahkan serpihan seksyen dalam pesawat bagi flaperon Boeing 777.

"Tarikh yang dicap berkait dengan satu daripada bahagian menyatakan bahawa pengeluaran adalah pada 23 Januari 2002, yang mana konsisten dengan tarikh penghantaran bagi MH370 pada 31 Mei 2002.

"Sebagai tambahan kepada nombor bahagian Boeing, semua penanda identifikasi mempunyai nombor 'OL' kedua yang mana ia adalah pengenalpastian unik berkaitan pembinaan bahagian (pesawat)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beberapa serpihan pesawat yang dikaitkan dengan MH370 ditemui sejak tahun lalu, namun hanya bahagian flaperon yang ditemui di Pulau Reunion, Perancis disahkan sebagai 100 peratus milik pesawat malang itu.

No comments:

Post a Comment

Member BSK