Jumlah Pengunjung

Showing posts with label PAS PULAU PINANG. Show all posts
Showing posts with label PAS PULAU PINANG. Show all posts

Saturday, 21 December 2013

PELANTIKAN MAT SABU TANDA MALANG BERGANDA UNTUK MELAYU PULAU PINANG !!!




Pelantikan Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang didakwa dapat memberikan laluan mudah kepada DAP untuk membuat lebih banyak keputusan besar di negeri itu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendakwa, DAP memerlukan seorang ahli propaganda yang kuat dan Mohamad akan memainkan peranan itu.


"Kita boleh melihat bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berasa cemas dengan kemerosotan sokongan pengundi Melayu di Pulau Pinang. DAP perlukan seseorang yang boleh mendapatkan pengaruh di kalangan pengundi Melayu," katanya dalam satu kenyataan.


Isnin lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengumumkan pelantikan Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu itu dibuat sebagai langkah untuk merapatkan hubungan Pas dengan kerajaan negeri.


Mustafa berkata, pemilihan itu dibuat berikutan Mat Sabu adalah anak jati Pulau Pinang dan juga dikenali di negeri itu.


Reezal yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, pelantikan tersebut turut mengesahkan Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang sudah lama tidak berkesan sehingga terpaksa meletakkan 'Timbalan Presiden' untuk berhadapan dengan Umno dan BN Pulau Pinang.


Namun katanya, tidak ada sebab untuk Umno Negeri Pulau Pinang perlu berasa risau dengan pelantikan Mat Sabu.


"Kita merasakan ianya keputusan yang sangat tidak strategik dan boleh mendatangkan masalah politik kepada pembangkang.


"Dengan pelbagai tekanan yang sedang dihadapi Mat Sabu, khususnya dalam isu akidah dan sebagainya, kelebihan berpihak kepada Umno dan BN," katanya.


Reezal yang juga Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang berkata, beliau turut menyatakan rasa simpati kepada pemimpin Pas Pulau Pinang yang terpaksa berhadapan dengan pimpinan diktator seperti Guan Eng.




Saturday, 26 January 2013

Ahli PAS Pulau Pinang Mengamok lagi !!!



Puak-puak PAS di akar umbi memang marah pada DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh, yang baru-baru ini meminta parti itu mengkaji semula keputusan berhubung penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible versi bahasa Melayu.

Di Pulau Pinang, sekumpulan akar umbi PAS hilang sabar dan telah bertindak memijak bendera DAP serta mendesak pucuk pimpinan parti mereka keluar dari Pakatan Haram ekoran kenyataan Karpal yang biadap itu.

Demonstrasi di Pulau Pinang yang diketuai oleh Pengerusi Tetap PAS kawasan Tanjong, Zaidi Abu Bakar, bersama kumpulannya mencabar Karpal supaya melangkah mayat mereka dulu dalam mempertahankan fatwa Majlis Syura PAS.

Selain Karpal, Naib Presiden PKR, Azmin Ali turut “dibalun” habis-habisan oleh kumpulan tersebut dan mereka meWAJIBkan pucuk pimpinan PAS supaya bertindak keluar dari gabungan pembangkang serta merta.

Menurut mereka, akar umbi PAS di seluruh negara sudah tidak tahan lagi “diperguna”, “diperlekeh”, dan “dibisukan” sehingga mereka dilihat seolah-olah pengecut yang takut kepada DAP dan PKR sejak bergabung di dalam Pakatan Haram.

Turut dikutuk kumpulan itu ialah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man, dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri Datuk Abdul Malik Abdul Kassim yang dilihat “selesa berkerusi empuk” di sebelah Lim Guan Eng yang mencetus kemarahan umat Islam berhubung isu berkenaan.

Melihat kemarahan akar umbi PAS tersebut, sejauh manakah agaknya respon balas yang bakal diambil oleh pucuk pimpinan PAS?

Apakah mereka masih lagi tidak sedar-sedar diri diperkotak-katikkan oleh DAP dan PKR yang selama ini menjadi “sahabat syaitan” PAS untuk menjatuhkan sebuah Kerajaan Islam Malaysia yang diketuai oleh saudara seagamanya?

Apakah Abdul Hadi dan Nik Aziz masih lagi mahu mempertahankan hubungan “terlarang” mereka dengan DAP dan PKR? Sedangkan akar umbinya kini terlalu malu dengan kedudukan PAS yang sangat hina dipermainkan “sahabat-sahabat syaitan” mereka itu!

Sudah hampir lima tahun para penyokong dan akar umbi PAS menahan sabar dan memendam rasa malu mereka melihat PAS “dikeldaikan” DAP dan PKR.

Mereka sangat malu bila PAS tunduk pada desakan DAP dan PKR yang mahu parti mereka menggugurkan perjuangan menubuhkan Kerajaan Islam serta perlaksanaan hukum hudud yang dimansuhkan secara aib.

Boleh dikatakan hampir setiap hari para penyokong PAS di akar umbi menahan malu bila rakan-rakan mengusik mereka dengan sindiran pedih membayangkan PAS yang kini huru-hara, caca merba dan hilang arah tuju sejak “bersahabat dengan syaitan”.

Mungkin Hadi, Nik Aziz, Mat Sabu dan pucuk pimpinan PAS sanggup bermuka tembok kerana dijanjikan jawatan oleh Anwar Ibrahim. Mungkin kerana jawatan tinggi di dalam medan politik menjadi keutamaan para pemimpin PAS…

Tapi apa yang akar umbi PAS dapat? Mereka hanya dapat melihat bagaimana maruah diri mereka dan Islam dipijak-pijak oleh DAP dan PKR? Maruah diri yang tergadai, rasa malu yang amat sangat dan hilang kehormatan yang menghantui akar umbi PAS, bukan?

Mahukah pucuk pimpinan PAS mendengar suara akar umbi mereka yang sudah hilang sabar? Mahukah para pemimpin PAS keluar dari Pakatan Haram? Atau mereka lebih selesa untuk terus menjadi “keldai tunggangan” DAP dan PKR selamanya..?

Dan sudah pastinya ahli PAS yang sudah lama dicacaikan akan terus dicacaikan dan MMI nak pesan kepada juak-juak PAS diluar sana selagi PAS bersama DAPigs dan PKR maka kamu harus bersedia untuk terus jadi PENCACAI kerana nafsu pimpinan yang kamu sanjung masih belum dapat dipenuhi.



Tuesday, 15 January 2013

ISU KALIMAH ALLAH, PAS PULAU PINANG AKAN KELUAR PAKATAN !!!






Kawan gua terima panggilan dari seorang sahabat PAS. Katanya PAS Pulau Pinang 
sedang dalam perbincangan untuk keluar daripada Pakatan. Memandangkan 
mereka hanya picisan di Pulau Pinang, mereka bertindak untuk protes.

Isu Kalimah Allah menjadi kemucak kemelut persefahaman diantara DAP,
 PAS dan PKR Pulau Pinang. Dengarnya sudah kecoh di pejabat
 PAS Pusat. Betul ke? Mungkin Tuan Ibrahim boleh jawab? 

  PAS tengah huru hara..ini cakap lain..yang itu cakap lain..

Member BSK