Pelantikan Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang didakwa
dapat memberikan laluan mudah kepada DAP untuk membuat lebih banyak
keputusan besar di negeri itu.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendakwa, DAP memerlukan seorang ahli propaganda yang kuat dan Mohamad akan memainkan peranan itu.
"Kita boleh melihat bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berasa cemas dengan kemerosotan sokongan pengundi Melayu di Pulau Pinang. DAP perlukan seseorang yang boleh mendapatkan pengaruh di kalangan pengundi Melayu," katanya dalam satu kenyataan.
Isnin lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengumumkan pelantikan Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu itu dibuat sebagai langkah untuk merapatkan hubungan Pas dengan kerajaan negeri.
Mustafa berkata, pemilihan itu dibuat berikutan Mat Sabu adalah anak jati Pulau Pinang dan juga dikenali di negeri itu.
Reezal yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, pelantikan tersebut turut mengesahkan Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang sudah lama tidak berkesan sehingga terpaksa meletakkan 'Timbalan Presiden' untuk berhadapan dengan Umno dan BN Pulau Pinang.
Namun katanya, tidak ada sebab untuk Umno Negeri Pulau Pinang perlu berasa risau dengan pelantikan Mat Sabu.
"Kita merasakan ianya keputusan yang sangat tidak strategik dan boleh mendatangkan masalah politik kepada pembangkang.
"Dengan pelbagai tekanan yang sedang dihadapi Mat Sabu, khususnya dalam isu akidah dan sebagainya, kelebihan berpihak kepada Umno dan BN," katanya.
Reezal yang juga Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang berkata, beliau turut menyatakan rasa simpati kepada pemimpin Pas Pulau Pinang yang terpaksa berhadapan dengan pimpinan diktator seperti Guan Eng.

No comments:
Post a Comment