Kumpulan
Pro-Aspirasi meneruskan penguasaan pilihan raya kampus sesi 2012/2013
dengan memenangi dua pertiga pusat pengajian tinggi awam.
Pada
pilihan raya kampus yang diadakan secara berperingkat dan selesai malam
tadi, Pro-Aspirasi dipercayai menang di 17 universiti.
Pro-Mahasiswa pula mengekalkan kemenangan mereka di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dalam
pada itu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula
menggantung keputusan pengundian malam tadi ekoran masalah teknikal
dalam sistem e-undi. Pengundian semula, menggunakan sistem kertas,
dijangka diadakan minggu depan.
Di Universiti Putra Malaysia
(UPM)pengisytiharan rasmi calon yang berjaya pada pemilihan ini hanya
akan diumumkan 1 Oktober depan.
Pengerusi Jawatankuasa Induk
Pemilihan MPP 2012, Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan berkata, keputusan
akan diumumkan selepas proses bantahan dan rayuan selesai.
"Bantahan
akan dijalankan esok (hari ini)dan keputusan bantahan pada 27
September, kemudian rayuan terhadap keputusan pula pada 28 September dan
Keputusan rayuan pada 30 September.
"Jadi, keputusan rasmi akan diumumkan 1 Oktober ini," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Sebanyak 80.37 peratus pelajar keluar mengundi di Serdang dan 90 peratus di Kampus Bintulu, Sarawak, daripada 25,006 pelajar.
Usaha
mendapatkan komen jurucakap Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa masih belum
berhasil. Bagaimanapun difahamkan kumpulan Pro-Mahasiswa akan mengadakan
sidang media di ibu negara hari ini.
Berdasarkan maklumat
diperoleh dari seluruh negara, Pro-Aspirasi menang di Universiti Tun
Hussein Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Teknologi Mara,
Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Teknikal Malaysia. Pusat
pengajian tinggi ini dimenangi Pro-Aspirasi setakat Khamis lalu.
Semalam,
ia meneruskan penguasaan di Universiti Malaysia Perlis, Universiti
Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia
Sarawak, Universiti Malaysia Terenganu, Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia, UPM dan Universiti Sains Malaysia serta Universiti Teknologi
Malaysia.
Pengurusan tiga universiti sebelum ini mengumumkan
bahawa tidak ada kumpulan Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa di kampus
masing-masing, antaranya Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti
Malaysia Terengganu serta Universiti Teknikal Malaysia,
Sekiranya
ketiga-tiga universiti berkenaan dikategorian tidak memihak mana-mana
kumpulan, kumpulan Pro-Aspirasi dilihat menguasai sehingga 14 pusat
pengajian tinggi awam.
Kumpulan Pro-Mahasiswa mengekalkan pengaruh di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang akan mengadakan pemilihan semula dilihat menarik untuk diikuti.
No comments:
Post a Comment