Jumlah Pengunjung

Tuesday, 11 September 2012

BUKTI SAH SIAPA PERTUBUHAN SUARAM SEBENARNYA....

Suaram dengan sahnya merupakan satu pertubuhan haram! Ada yang dengan sinisnya mengelarkannya SuHARAM.

Sila baca di bawah :
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini mengesahkan bahawa Suara Rakyat Malaysia (Suaram) merupakan sebuah pertubuhan tidak berdaftar.

Dalam satu kenyataan hari ini, jabatan itu menyatakan bahawa rekod pendaftaran pertubuhan mendapati Suaram tidak berdaftar dan tidak pernah mengemukakan permohonan untuk didaftarkan.
Kata mudah, Suaram tidak layak mewakili sebarang suara rakyat negara ini. Malah ada yang mengatakan bahawa pertubuhan haram itu patut menggugurkan perkataan 'Rakyat Malaysia' kerana telah mendatangkan malu kepada rakyat negara ini.

Malah, kenyataan Penasihat Suaram di bawah juga mendatangkan pelbagai persoalan yang perlu di jawab dan juga menjawab persoalan yang cuba disembunyikan oleh pihak-pihak tertentu sebelum ini.


Suaram mengaku pemimpin Yahudi itu mempunyai kaitan dengan Suaram.
Penasihat Suaram, Kua Kia Soong hari ini menjelaskan bahawa mereka tidak mencampuri urusan spekulator matawang George Soros yang didakwa menyalur dana kepada NGO tersebut.

Katanya, Soros berhak untuk memanfaatkan wangnya mengikut cara yang dirasakan wajar oleh jutawan berkenaan.

"Apa yang tidak kenanya dengan George Soros? Kami tidak masuk campur dalam urusan perniagaannya.

"Apa yang Soros buat menggunakan duitnya sendiri dan bukan duit rakyat," kata Kua dalam satu sidang media di Kuala Lumpur. seterusnya
Apabila merujuk kepada 'ketegasan' Suaram mempertahankan pemimpin Yahudi itu, kita tentu tertanya-tanya, kenapa pemimpin pembangkang dan media mereka tidak mempersoalkan kaitan pertubuhan haram itu dengan pemimpin Yahudi?

Kenapa mereka berpendirian double standard dalam hal ini?
INILAH WAJAH YAHUDI LAKNATULLAH...

No comments:

Post a Comment

Member BSK