PARIS 19 Sept. - Selepas filem yang menghina Nabi
Muhammad SAW diterbitkan di Amerika Syarikat, kini sebuah majalah
satira di Perancis, pula menerbitkan kartun yang memaparkan Nabi
Muhammad dalam keadaan bogel.
Penerbitan karikatur itu dijangka memburukkan lagi ketegangan selepas
tercetus demonstrasi ganas di seluruh dunia ekoran penyiaran filem
anti-Islam, Innocence of Muslims, yang dihasilkan di Amerika Syarikat
(AS).
Muka depan majalah Charlie Hebdo itu menggambarkan seorang penganut Islam berkerusi roda ditolak oleh seorang Yahudi Ortodok di bawah tajuk 'Intouchables 2'.
Ia merujuk kepada filem Perancis yang berkisar tentang seorang lelaki
kulit hitam yang menolong seorang golongan bangsawan yang lumpuh.
Satu lagi kartun yang dipaparkan pada muka belakang majalah mingguan
itu pula menunjukkan kartun yang menggambarkan Nabi Muhammad dalam
keadaan bogel yang hanya berserban.
Ia mendedahkan bahagian punggung Nabi Muhammad kepada seorang
pengarah filem, adegan yang diilhamkan daripada sebuah filem pada 1963
yang dibintangi aktres terkenal Perancis, Brigitte Bardot.
Laman web Charlie Hebdo hari ini tidak boleh dilayari selepas
dihujani dengan komen-komen kemarahan terhadap penyiaran gambar itu.
Majalah itu sebelum ini terkenal dalam menerbitkan isu-isu kontroversi berkaitan Islam.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Perancis, Jean-Marc Ayrault berkata,
orang ramai yang tersinggung dengan penyiaran kartun berkenaan boleh
membawa perkara itu ke mahkamah selepas beliau menyatakan 'rasa tidak
setuju terhadap perbuatan berlebih-lebihan tersebut'.
Bagaimanapun, beliau menegaskan Perancis tetap mengamalkan kebebasan bersuara.
''Kita berada di sebuah negara yang mana kebebasan bersuara adalah dijamin termasuk kebebasan untuk membuat karikatur.
''Kalau ada rakyat yang tersinggung dengan kepercayaan mereka dan
berfikir terdapat pelanggaran undang-undang, mereka boleh membawa
perkara itu ke mahkamah,'' katanya kepada radio RTL.
Sementara itu, Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius pula berkata,
negara ini telah meningkatkan keselamatan di kedutaannya di
negara-negara yang mungkin mencetuskan kemarahan dengan penerbitan
karikatur itu.
Makin ramai kapir laknat dah berani senda org islam
ReplyDeletetermasuk la kapir lahanat DAP
ReplyDeleteSebenarnya mereka menghina diri mereka sendiri, sbb tidak ada sesiapa pun yg pernah tahu rupa Nabi Muhammad yg sebenarnya. Kalau kartun itu berupa Obama atau pun Netanyahu logik juga sbb semua orang tahu rupa mereka.
ReplyDeleteMajallah itu sebenarnya sudah kehilanggan punca sbb tekanan ekonomi yg parah !! Sebab itu mereka cuba mencetuskan sesuatu produk yg bodoh utk mereka jual.