KUALA LUMPUR 20 Sept. - Pertubuhan tidak
berdaftar, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menerusi Suara Inisiatif Sdn.
Bhd. (Suara Inisiatif) didakwa menerima dana secara konsisten daripada
National Endowment for Democracy (NED) sejak 2005 hingga 2011 berjumlah
kira-kira RM1.6 juta.
Dana daripada NED itu yang diterima dalam jumlah RM204,000 hingga
RM306,000 setahun merupakan sebahagian daripada keseluruhan kira-kira
RM2.4 juta dana asing yang disalurkan kepada Suaram bagi tempoh sama.
Selain NED, Suaram turut menerima dana daripada Open Society
Institute (OSI), pertubuhan yang diasaskan oleh penyangak mata wang,
George Soros berjumlah kira-kira RM845,835.
Suaram dan Suara Inisiatif dipimpin individu sama iaitu Dr. Kua Kia
Soong yang merupakan Pengarah Eksekutif Suaram selain turut bertindak
sebagai Pengarah Suara Inisiatif.
No comments:
Post a Comment