AKHIRNYA tembelang pecah. Mengapa Suara Rakyat Malaysia (Suaram) banyak bertindak memburuk-burukkan kerajaan, makin jelas motifnya.
Badan bukan kerajaan itu disahkan menerima bantuan dana asing termasuk daripada penyangak mata wang Yahudi, George Soros.
Siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ke atas Suaram mendapati banyak asas bagi Suaram dikenakan tindakan undang-undang.
Kesalahan yang dilakukan oleh Suaram dan Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) cukup serius, yang tidak boleh didiamkan lagi.
Ia bukan sahaja melanggar akta syarikat, percanggahan kepentingan pengarah-pengarahnya malah merupakan isu ancaman keselamatan.
Pengarah Suaram, Dr. Kua Kia Soong dan barisan kepimpinan NGO itu yang turut dianggotai oleh beberapa pemimpin PKR wajar dipertanggungjawabkan. Mereka bukan sahaja perlu memohon maaf, meletakkan jawatan malah mesti diambil tindakan.
No comments:
Post a Comment