Jumlah Pengunjung

Tuesday 20 June 2017

TUN MENGAMUK SYED SADDIDQ KENCING PEMIMPIN PPBM???



Ketua ARMADA PPBM, Syed Saddidq Syed Abdul Rahman telah membocorkan rahsia besar pihak pembangkang dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau telah mendedahkan kepada tiga lagi Exco ARMADA berkenaan pertemuannya dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Tun Daim Zainuddin bagi merancang mengenai isu DOJ-US yang dibangkitkan pada 15 Jun 2017 lepas.

Syed Saddiq turut menerangkan kepada tiga Exco ARMADA tersebut berkenaan perancangan dan perkara yang bakal berlaku kepada Malaysia selepas isu ini dibangkitkan pada Khamis lepas.

Rahsia besar yang dibocorkan Syed Saddiq adalah berkenaan Daim membayar kepada Clinton Foundation sebanyak USD5 juta atau sekitar RM22 juta melalui orang tengah bagi memastikan DOJ mengganggu Najib.

Isu DOJ-US yang timbul baru-baru ini telah dirancang dengan teliti oleh Mahathir dan Daim, serta mereka turut merancang langkah seterusnya yang perlu dilaksanakan sebaik sahaja isu ini meledak.

Syed Saddiq juga memberitahu kepada ketiga-tiga exco ARMADA bahawa sejumlah RM50 juta telah diperuntukkan untuk tujuan tersebut dan sebahagiannya disalurkan kepada Sarawak Report.

Kesimpulannya, Syed Saddiq telah sedia maklum lebih awal berkenaan isu DOJ dan bayaran sebanyak USD5 juta kepada pihak luar bagi mewujudkan isu untuk menjatuhkan Najib.

Pendedahan konspirasi ini membuktikan Mahathir membiayai pihak luar bagi tujuan kepentingan politiknya.

Thursday 1 June 2017

GUAN ENG JUAL TANAH NGO PULAU PINANG LAPOR SPRM!!!


PULAU PINANG 1 Jun - Kontroversi penjualan tanah awam di Lebuh Raya Peel  oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang memasuki episod baharu apabila beberapa gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Kumpulan NGO berkenaan yang diketuai Pengerusi Persatuan Anak Jati Pulau Pinang, Datuk Huan Cheng Guan tiba di ibu pejabat SPRM negeri di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.



Sebelum membuat laporan rasmi, Cheng Guan berkata, pihaknya terkejut kerana tanah berkenaan yang bernilai ratusan juta telah dijual secara tanpa tender terbuka kepada syarikat luar negara.

“Disebabkan rundingan terus dalam transaksi ini, rakyat negeri ini telah kerugian hampir RM30.28 juta secara kasar dan kita membuat laporan kepada SPRM supaya perkara ini dapat disiasat,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Member BSK