Jumlah Pengunjung

Friday 19 September 2014

MAT SABU MENGGELUPOR KENA DOA DENGAN PERWAKILAN PAS !!!



Batu Pahat – Seorang perwakilan di Muktamar PAS mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa yang mengutuk pemimpin parti – termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN parti itu di Selangor.
PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin membacakan doa sepanjang 20 minit memohon laknat Allah terhadap dua ADUN PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) yang disebelum ini dilabel sebagai derhaka dan belot kerana melanggar keputusan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul HAdi Awang dan MAjlis Syura Ulama.
Dua ADUN tersebut sebelum ini menyokong presiden PKR sebagai calon menteri besar Selangor yang baru dalam pengakuan berkanun mereka walaupun PAS pusat memutuskan untuk terus menyokong kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor.


Dalam doanya itu, beliau turut meminta agar Timbalan Presiden parti tu, Mohamad Sabu tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan presiden PAS.
Beliau juga berkata Saari dan Hasnul ibarat ejen perosak dalam parti itu, dengan memetik perumpamaan “nila setitik yang merosakkan susu sebelanga”.
“Sekarang kita ada dua nila – satu Cap Hulu Kelang dan satu Cap Morib, mereka nila yang sangat beracun,” katanya dalam doa itu sambil menadah tangan.
Kebanyakan perwakilan yang bersidang di bawah khemah besar di Parit Salleh Ros, Batu Pahat itu dilihat turut menadah tangan dan melaungkan ‘Allahuakbar’
Malah, ada juga sebilangan para wartawan yang turut menadah tangan.
Doanya yang meleret-leret sehingga lebih 25 minit itu memaksa pengerusi tetap muktamar, Abu Kassim Abdullah mengulangi peringatan agar beliau menamatkan ucapan.
“Saya sebagai pengerusi tetap, minta kamu ringkaskan bacaan doa tersebut” katanya dengan nada tegas.
Sejurus selepas bacaan doa tersebut, Azhari turut menjual beberapa rangkap pantun kepada pengerusi tetap
Tindakan Azhari itu akhirnya menimbulkan kemarahan seorang perwakilan yang meluru ke pentas dan menuntut agar Abu Kassim mengambil tindakan ke atas Azhari kerana di dakwa tidak Islamik dan akan mengelirukan umat Islam dan bukan Islam.
Beliau meminta pengerusi tetap mengeluarkan ketetapan sama ada tindakan membaca doa yang mengutuk orang lain dalam parti itu boleh dibenarkan dalam persidangan.
“Saya minta Datuk pengerusi tetap buat satu tetapan (atas tindakan) mengunakan agama dan doa menghentam orang tertentu di dalam doa”
“Apakah ini akhlak dalam jemaah Islam, apakha ini (yang) diajarkan oleh agama?
“Kenapa kita perlu gunakan agama, datangkan hujahnya sepatutnya.” soalnya sebelum petugas keselamatan dari unit Amal meluru dan merampas mikrofon yang digunakan.

RAKAMAN VIDEO AKAN MENYUSUL



Sunday 14 September 2014

TERKINI... KOMUNIS PPS BERSELINDUNGKAN BAJU JKKK !!!




PPS Pulau Pinang muncul lagi, kali ini mereka muncul dengan menggunakan baju JKKK. Apakah kuasa JKKK membolehkan sehingga mereka menjaga lalu lintas ? Setahu aku kuasa JKKK hanyalah menjaga keselamatan kampung dan kemajuan kampung. 

Beberapa keping gambar yang baru aku terima dari Persatuan Muka Buku Pulau Pinang telah mendedahkan taktik terbaru Lim Guan Eng untuk menghidupkan persatuan PPS nya disebalik nama JKKK yang baru baru ini telah ditangkap oleh pihak PDRM. Jelas sekali mereka cuba mengaburi orang ramai dengan menggunakan nama JKKK.

Tahniah kepada Persatuan Muka Buku Pulau Pinang kerana telah berjaya mendapatkan info taktik penipuan kerajaan Pulau Pinang yang terbaru. Diharap pihak berkuasa dapat menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya mereka telah melakukan penipuan dan penyalah gunaan kuasa sekali lagi. 

Antara jalan-jalan yang telah mereka tutup pada hari ini dengan menggunakan pakaian JKKK adalah :



开始时间/Time Start/Masa Bermula: 7.00pm

起点/Tempat Bermula/Location Start:
Lebuh Armenian(Penang)
槟城寶褔社 ( 大伯公 )
Penang Poh Hock Seah
( Tua Pek Kong )


Perarakan Kereta Hiasan Tokong
Akan Melalui Jalan-Jalan Berikut:

-Jln Masjid Kapitan Keling
-Jln Farquhar
-Jln Sultan Ahmad Shah
-Jln Penang
-Jln Burma
-Jln Anson
-Jln Macalister
-Jln Penang
-Jln Dr Lim Chwee Leong
-Lebuh Mcnair
-Jln Magazine
-Jln Gurdwara
-Jln C.Y.Choy, Gat Lebuh Noordin
-Lebuh Masjid Kapitan Keling

终点/Tempat Tamat/End Location
Lebuh Armenian(Penang)
槟城寶褔社 ( 大伯公 )
Penang Poh Hock Seah
( Tua Pek Kong )










Thursday 11 September 2014

SUDAH JELAS PKR DAN DAP YANG DULU KENCING PAS !!!





Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tampil mempertahankan kuasa pemutus Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung senarai nama calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Beliau menegaskan, tindakan Abdul Hadi itu terpaksa dibuat tanpa perundingan bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP berikutan perbuatan khianat yang dilakukan sekutu mereka itu terhadap Pas.

Katanya, pengkhianatan itu tercetus apabila berlakunya tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selangor yang memberi sokongan kepada PKR.

"Dua pengkhianat daripada ADUN Pas yang melompat telah memberi sokongan kepada PKR. Ini memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman Pas.
"Pengkhianatan PKR terhadap setia kawan dengan Pas dalam pakatan pembangkang apabila mereka menerima pengkhianatan dua ADUN Pas dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR.

"Sebagaimana dua ADUN itu memutuskan wala' dan kesetiaan kepada Presiden, begitu juga PKR telah memutuskan setiakawan dengan Pas," katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Mohamad Abduh menjelaskan, sesiapa pun yang menginsafi akan memahami tindakan yang perlu dilakukan oleh Abdul Hadi apabila partinya dikhianati dari dalam oleh ahli sendiri.
Menurut beliau, pergolakan di dalam Pas sekarang sememangnya bermula daripada kisah pengkhianatan dua ADUN tersebut.

"Anda juga sedang melihat akibat pengkhianatan PKR, pergolakan dalam pakatan pembangkang akibat Pas kehilangan taruhan kuasanya dalam menentukan kelangsungan kerajaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang Majlis Syura Ulama Pas putuskan untuk mempertahankannya," katanya.

Tambah Nik Mohamad Abduh, terdapat dua pilihan yang perlu dilakukan Abdul Hadi dan salah satunya adalah untuk terus bertindak drastik dan keras dengan mendorong parti Pas ke arah keluar daripada pakatan pembangkang.
"Pengkhianatan, daripada sudut hukum, semestinya menjadi faktor utama pembatalan tahaluf siyasi," jelasnya.

Kedua, kata beliau, adalah Abdul Hadi bersikap dan bertindak lebih budiman dengan memberi peluang dan masa agar mampu memperbaiki keadaan dan memulihkan dalaman Pas dan hubungan dengan PKR serta pakatan pembangkang.

Bagaimanapun, tegas beliau, Abdul Hadi telah memilih pilihan kedua dan tindakan itu menerima pujian apabila Pas melalui mesyuarat 17 Ogos lalu, memutuskan bersetuju memberikan sokongan sementara kepada Abdul Khalid.
Tindakan itu, ujarnya, telah dilakukan walaupun dilihat bercanggah dengan keputusan asal Majlis Syura serta mengejutkan pihak yang menyokong Abdul Khalid.

Malah, jelas Nik Mohamad Abduh, Abdul Hadi mengemukakan dua nama calon baharu termasuk Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga dilihat bercanggah dengan keputusan asal Majlis Syura.

"Lihat, alangkah berjiwa besarnya Presiden (Abdul Hadi). Beliau mampu mempengaruhi Majlis Syura agar menerima hakikat pakatan pembangkang perlu diselamatkan," tegasnya.







Member BSK