Jumlah Pengunjung

Friday 29 April 2016

BIODATA GABENOR BAHARU BANK NEGARA !!!



KUALA LUMPUR, 27 April- Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Muhammad Ibrahim, 56, dipilih sebagai Gabenor baharu bagi menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang akan bersara pada akhir April.

Muhammad yang menyertai bank pusat itu pada 1984 dan dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada Jun 2010, akan memegang jawatan tersebut bagi tempoh lima tahun, berkuat kuasa 1 Mei, 2016.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana daripada Harvard University, Ijazah Perakaunan daripada Universiti Malaya dan diploma lepasan ijazah dalam Perbankan dan Kewangan Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Selama 32 tahun bersama dengan bank pusat, beliau berkhidmat dalam banyak bahagian termasuk peraturan dan pengawalseliaan bank, perancangan strategik, sistem pembayaran, insurans, perbankan luar pesisir, perbendaharaan dan pasaran kewangan.
Sebelum itu Muhammad juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Danamodal Nasional Bhd dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Sekuriti.
Ketika ini beliau merupakan Pengerusi Lembaga Pembangunan Profesional Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF), Pengarah Agensi Akreditasi Kewangan, Pengarah Bebas Petronas dan ahli lembaga Kumpulan Wang Persaraan.- BERNAMA


Saturday 16 April 2016

DARLING IDOLA KECIL DI TAJA KLI HOTEL !!!



KUALA LUMPUR – Penyanyi baharu Wan Azlyn atau dikenali sebagai Darling, 16 bersyukur dapat meluangkan masa bersama peminatnya dalam satu majlis yang diadakan di ibukota, petang tadi.

Bekas naib juara pertandingan nyanyian Idola Kecil pada tahun 2012 itu berkata, gembira dan teruja kerana dapat berjumpa dengan mereka yang tidak pernah jemu untuk menyokong kerjaya muziknya sebelum ini.

“Saya begitu berpuas hati dan gembira dengan penganjuran majlis yang diadakan ini kerana dapat berjumpa dan beramah mesra dengan mereka semua.

“Tidak dilupakan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak KLI yang begitu bermurah hati untuk menaja majlis perjumpaan ini,” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.



Program yang dihadiri sekitar 50 orang peminat itu ditaja oleh pihak hotel Kuala Lumpur International (KLI) yang turut bertindak sebagai penganjur majlis.

Menurut Wan Azlyn atau nama penuhnya Wan Azlyn Maashah, paling menarik pejumpaan yang diadakan itu begitu meriah apabila semua yang hadir begitu mesra seperti sebuah keluarga meskipun tiada pertalian darah.

“Rata-rata yang hadir begitu ‘sporting’ malah mereka turut menyertai acara yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

“Saya juga sedang merancangkan untuk mengadakan majlis perjumpaan seperti ini di negeri kelahiran saya Kedah dalam masa terdekat,” ujarnya lagi.

Selain cabutan nombor bertuah, para peminat Darling turut dihiburkan dengan beberapa buah lagu dari single pertamanya berjudul Takkan Ada.

 
Sementara itu Eksekutif Jualan dan Pemasaran, Siti Aishah Yahaya berkata, pihak KLI amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk menjayakan majlis tersebut.

Penyanyi berbakat besar yang berasal dari Kedah itu sebelum ini tampil dengan lagu duet bersama kumpulan Viral ciptaan komposer, DJ Fuzz.

Walaupun masih lagi bergelar pelajar di Sekolah Menengah Chio Min, Kulim, Kedah, Darling berkebolehan menyanyi dalam 10 bahasa berbeza termasuk bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Kantonis, Hokkian, Hindi, Thailand, Jepun, Korea dan Arab. – (SUMBER)

Friday 15 April 2016

MENTERI LUAR ARAB SAHKAN FITNAH TERHADAP NAJIB SELAMA INI !!!

“Apa yang saya tahu, kes ini sudah ditutup,’’ kata Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir. 


ISTANBUL 14 April - Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir mengesahkan sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tulen dan tidak mengharapkan apa-apa balasan daripadanya.
Adel menegaskan, perkara tersebut adalah dalam pengetahuannya.

“Kami juga maklum Peguam Negara Malaysia (Tan Sri Apandi Ali) telah meneliti secara terperinci perkara tersebut dan mendapati tidak ada sebarang salah laku.
“Apa yang saya tahu, kes ini sudah ditutup,’’ katanya kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Najib di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Ke-13, di sini, hari ini.

Media antarabangsa, The Wall Street Journal (WSJ) juga sebelum ini mengakui bahawa wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Najib adalah sumbangan dari Arab Saudi dan bukannya milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti yang mereka dakwa sebelum ini.

SUMBER

Friday 1 April 2016

ROTIKAYA FITNAH ARTIS DAN DISAMAN RM 1 JUTA !!!



Penyanyi utama kumpulan Shades, Wan Shades mamfailkan saman RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan, Rotikaya.com berhubung artikel yang mendakwa penyanyi itu merupakan suspek kes rogol anak tirinya empat tahun lepas.

Wan Shades atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Mohd Ali, 43, memfailkan saman fitnah itu menerusi tetuan Mohd. Irwan Mohd. Mubarak di pejabat pendaftar, Mahkamah Tinggi Sivil disini semalam dengan menamakan Nor Hamzie Md. Hambali, 31, sebagai defenden.

Dalam penyataan tuntutannya, Muhamad Faizal mendakwa, pada 20 Feb 2012, Nor Hamzie telah menerbitkan sebuah artikel berunsur fitnah dalam blog tersebut yang mendakwa plantif merogol anak tirinya.

Mohamad Faizal mendakwa perkataan yang diterbitkan itu jelas merujuk kepadanya dengan nama sebenar dan gambarnya juga telah dimuat naik dan diterbitkan dalam blog itu, yang boleh dibaca oleh pengguna internet seluruh dunia.

Penyanyi itu mendakwa perkataan itu membawa maksud bahawa beliau merupakan suspek utama yang merogol anak tirinyasedangkan beliau tidak pernah mempunyai anak tiri seperti yang dinyatakan oleh defenden.

Mohamad Faizal mendakwa, beliau juga tidak pernah dipanggil untuk disoal siasat oleh polis atau didakwa dimana-mana mahkamah berhubung kejadian rogol seperti dinyatakan oleh defenden.

Menurutnya, defenden juga tidak pernah mendapat pengesahan daripadanya berhubung artikel itu sebelum ia diterbitkan. 

Justeru, beliau menuntut ganti rugi, teladan, faedah, kos dan relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah. 

Antara lagu popular kumpulan Shades ialah "JANGAN DIUCAP SELAMAT TINGGAL DAN MALAM"

SUMBER / KOSMO Jumaat/1April 2016 muka surat 16

Member BSK