Jumlah Pengunjung

Thursday 31 October 2013

USTAZ KAZIM NYARIS KENA PUKUL DENGAN PAS DI SUNGAI LIMAU ???



Siapa yang tak kenal dengan Ustaz Kazim Elias , seorang penceramah bebas yang mampu membuatkan setiap mata dan telinga yang hadir dalam ceramah beliau terpaku dengan ceramahnya.Ustaz Kazim antara penceramah yang MAMPU membuatkan anak muda kekal sehingga ke penamat ceramah kerana beliau mempunyai gaya yang tersendiri dalam penyampaiannya.

Kunjungan Ustaz Kazim Elias di DUN Sungai Limau mendapat sambutan yang cukup menggalakkan malah kehadiran beliau menyebabkan puak-puak PAS tidak senang duduk sehinggakan mengugut akan membaling telur kepada beliau.

  Bangsat betul la puak-puak PAS ni !! Tekanan sangat dah ka ???


MUHYIDDIN YASSIN MINTA MAAF KERANA ALLAH TAALA !!!



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersyukur permohonan maafnya kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak atas kenyataannya yang didakwa Pas menghina bekas menteri besar Kedah itu, diterima baik oleh keluarga Azizan.

Muhyiddin berkata, anak kelima Azizan, Mohd Rafi'ie, telah menghantar maklumat kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir pagi ini bahawa keluarga Allahyarham telah menerima permohonan maaf yang dibuat oleh beliau semalam.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, Mukhriz telah memaklumkan kepadanya atas penerimaan maklumat tersebut melalui Khidmat Pesanan Ringkas(SMS) daripada Mohd Rafi'ie pagi ini. 
"Saya syukur kerana teks yang dikemukakan anakanda beliau (Azizan) menyatakan keluarganya telah terima mohon maaf saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan tengah hari bersama masyarakat Cina kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau di Pusat Operasi BN di Sungai Limau Dalam, dekat sini, hari ini.

Muhyiddin berharap isu itu dianggap selesai dan tidak lagi akan dibangkitkan.

Isnin lepas, Pas termasuk Dewan Pemudanya mendesak supaya Muhyiddin menarik balik kenyataannya yang didakwa mereka mengaitkan isu pemansuhan subsidi gula dengan penyakit kencing manis Azizan yang dididakwa telah menyinggung dan mengguris hati keluarga bekas menteri besar Kedah itu. 

Berikutan itu, Muhyiddin semalam membuat permohonan maaf semasa lawatannya di Bukit Choras, namun menafikan kenyataannya mempunyai unsur penghinaan dan bertegas ianya diputar belitkan, selain meminta pihak yang membuat tuduhan menyemak semula rakaman ucapannya di SMK Sungai Limau, Sabtu lalu.  - Bernama


Pstt...  Alhamdulillah kerana pemimpin UMNO sentiasa tidak bongkak kepada ALLAH taala bila tersedar melakukan kesilapan... Pemimpin PAS pula bagaimana ? Bila buat salah pada rakyat ada buat kenyataan maaf secara terbuka dengan ikhlas atau tidak ? Di situ rakyat malaysia boleh menilaikannya...


AL-FATIHAH... JEMAAH HAJI MALAYSIA MENINGGAL DUNIA SEBAIK BARU SAMPAI KE MALAYSIA !!!



Tiga jemaah haji yang dalam perjalanan pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) maut selepas van jenis Toyota Hiace yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori membawa muatan bijih besi di Kilometer 210.2 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menghala Kuantan dekat Gambang di sini awal pagi ini.

Kejadian berlaku pukul 3.40 pagi itu turut mengakibatkan seorang pemandu serta dua lagi penumpang cedera dan kini sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Gambar Hiasan.



KISAH BENAR GADIS DI ROGOL MENJADI HANTU !!!



ISLAMABAD- Seorang gadis remaja berjaya mengeluarkan diri dari sebuah kuburan dangkal setelah dia diperkosa dua lelaki dan ditanam hidup -hidup. Gadis 13 tahun itu diculik saat berjalan dari desanya di Punjab untuk mengikuti pelajaran Al Quran. Gadis malang itu kemudian diperkosa kedua-dua lelaki itu di kawasan terpencil . Para penyerangnya lalu menanam dia hidup- hidup ketika mereka berfikir bahawa gadis itu telah meninggal dalam pemerkosaan tersebut .

Namun, gadis itu kembali sedar dan berjaya keluar dari kubur berlumpur itu . Ia lalu melambaikan tangan untuk meminta tolong kepada seseorang yang melintas.


Gadis itu dibawa ke pusat perubatan dan selamat dari penderitaan mengerikan .


Menurut harian New York Post , ayah gadis itu , Siddique Mughal , mengatakan kepada polis tempatan bahawa putrinya telah diculik . Namun , awalnya polis menolak untuk menyiasat insiden tersebut. Mereka akhirnya diperintahkan untuk menangkap suspek penyerang gadis itu oleh Ketua Mahkamah Tinggi Lahore . Seorang hakim daerah Tek Sing Toba, di mana serangan itu berlaku , juga diminta untuk menyiasat kes tersebut .


Pemerkosaan terhadap anak- anak semakin meningkat di Pakistan. Menurut agensi perlindungan anak Pakistan, Sahil , jumlah anak yang diperkosa antara tahun 2002 dan 2012 meningkat dari 668 menjadi 2.788 kes.


Salah satu kes yang paling menonjol adalah yang menimpa Kainat Soomro yang diserang empat lelaki ketika dia baru berusia 13 tahun pada 2007. Tragisnya lagi , gadis itu justru disingkirkan oleh warga desanya setelah berbicara melawan para penyerangnya . Gadis itu malah dijuluki sebagai "
kari " atau " perawan hitam".

Walau keluarganya diperintahkan untuk membunuhnya demi membebaskan mereka dari rasa malu, keluarganya tetap membelanya walaupun ada ancaman kekerasan terhadap mereka. Ayahnya dan salah seorang saudara laki -lakinya dipukul . Seorang kakak laki -lakinya yang lain hilang dan kemudian ditemui mati.


Gadis itu berjuang untuk mendapatkan keadilan . Namun , suspek pemerkosanya akhirnya dibebaskan. Dia mengatakan kepada akhbar pada awal tahun ini bahawa keluarganya telah kehilangan segalanya.



Wednesday 30 October 2013

PETANDA ORANG MELAYU SEMAKIN MENOLAK PAS SEMAKIN BANYAK DI SUNGAI LIMAU !!!



Pas akan ditolak pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah pada 4 November ini memandangkan orang Melayu di kawasan itu semakin menjauhi parti tersebut.
 
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perjuangan Islam Pas kini juga semakin hancur selepas dilihat terus berdolak-dalik dalam banyak isu khususnya melibatkan kepentingan Islam, Melayu dan bumiputera.

Tambah beliau, Pas kini sudah menjadi 'terompah' DAP yang jelas dilihat mengejar habuan dunia semata-mata menggunakan Islam sebagai perkakas menyebabkan orang Melayu semakin menjauhi parti tersebut.

"Faktor kedua Pas akan kalah kerana pengundi luar tidak akan pulang mengundi memandangkan tidak memberi apa-apa makna jika mereka berbuat demikian.

"Jika mereka balik mengundi Pas dan Pas menang, tidak ada apa-apa untung kerana apa keputusan sekalipun tidak mengubah kerajaan negeri yang ditadbir Barisan Nasional (BN) dan kawasan itu akan kekal mundur," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian penyandangnya yang juga Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.




WARTAWAN SINAR HARIAN KENA KENCING DENGAN PEMIMPIN PAS DI SUNGAI LIMAU !!!



DALAM keghairahan Pas menyerang bertubi-tubi pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, parti itu akhirnya terperangkap dengan 'kegelojohan' sendiri.

Ia berikutan terdedahnya taktik parti itu menerusi teknik photoshop bagi menampal wajahnya calonnya, Mohd. Azam Abd. Samat bertemu dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Gambar itu sebenarnya gambar kunjungan mesra dua pemberita kanan Sinar Harian ke atas Allahyarham pada 25 Mei 2011 dan akhbar itu sendiri menyifatkan ia taktik terdesak Pas untuk meraih sokongan.
Biar pun Pengarah Operasi Pas bagi PRK DUN Sungai Limau, Ir. Datuk Amiruddin Hamzah mengatakan parti itu langsung tidak tahu bahawa gambar tersebut bukan asli dan tidak ada niat untuk mengadakan sesuatu yang tidak ada, namun ia belum memuaskan hati banyak pihak.

Ini memandangkan adalah tidak munasabah Pas yang dianggap 'cukup hebat dan bijak' menghasilkan risalah-risalah boleh terlepas pandang kepada satu produk yang cukup penting dalam pilihan raya.

Bayangkan apa yang akan berlaku jika 'kesilapan' itu dilakukan oleh Barisan Nasional (BN), sudah pastilah Pas akan menyerang habis-habisan parti lawannya itu dan akan membuat tuduhan yang bukan-bukan serta mendesak BN meminta maaf kepada keluarga Allahyarham Azizan.

Oleh itu, kalau benarlah, Pas dalam tempoh seminggu berkempen ini begitu menjaga perasaan ahli keluarga Allahyarham Azizan maka mereka perlu meminta maaf secara terbuka. 

Pas harus mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku dan tidak mengamalkan sikap lepas tangan dengan berkata: "Kita semua manusia biasa... yang bezanya ialah sama ada kita memang berniat untuk menipu atau terjadi di luar pengetahuan kita".

Apakah alasan "kita semua manusia biasa…" ini akan terpakai kalau ia terjadi kepada BN dan UMNO, sudah pasti tidak. Oleh itu tidak perlulah Pas cuba menunjukkan seolah-olah mereka tidak tahu apa-apa dalam soal ini.

Namun apa yang berlaku bukanlah perkara pelik kerana Pas sememangnya sejak awal kempen memang mahu mengaitkan calon mereka dengan Allahyarham Azizan, apabila menyatakan Mohd. Azam adalah anak didik Allahyarham sedangkan dakwaan itu tidak benar.

Sekarang ini pun, oleh kerana mengetahui pengaruh Allahyarham Azizan yang cukup hebat di Sungai Limau, Pas cuba menggunakan sentimen Allahyarham Azizan dengan memasang kain rentang memaparkan wajah Allahyarham. Tetapi semua orang tahu bagaimana layanan politik sesetengah pemimpin Pas Kedah terhadap Allahyarham Azizan ketika Allahyarham menjadi menteri besar.

Justeru tidak perlulah pemimpin-pemimpin Pas bersandiwara lagi dalam soal ini dan janganlah berpura-pura kerana akhirnya kebenaran pasti akan menewaskan kepalsuan, begitulah juga dalam kempen pilihan raya ini. Percayalah!.



SOFFI JIKAN MENGAMUK DENGAN PENERBIT DAN MULA MELUAHKAN !!!



Aktor berpengalaman, Soffi Jikan menyatakan dia sudah muak dengan perkembangan industri seni tempatan.
 
Menurutnya, ketika ini, tiada sebarang jaminan masa depan terhadap semua penggiat industri seni termasuk pelakon dan mereka yang bekerja di belakang tabir.

Tambah mengejutkan, dia juga berkata ingin berhenti berlakon dan mahu memberi fokus kepada bidang penerbitan pula.

"Saya memang hendak berhenti berlakon tetapi mungkin berhenti secara seni sahaja. Sebaliknya, saya berlakon bukan kerana jiwa, tetapi duit," jelasnya.

Tambahnya, melalui syarikat produksi yang baru ditubuhkannya Iman Filem Sdn Bhd., dia akan memilih penerbit yang betul-betul mampu menjaga kebajikan pekerja.

"Mungkin selepas ini saya hanya akan berlakon dalam filem yang diterbitkan oleh syarikat saya sahaja," jelasnya.

SOFFI JIKAN... Melontarkan kebimbangan mengenai nasib penggiat industri seni tanah air.



ANWAR NAFIKAN HAK BANGSA MELAYU DI MALAYSIA !!!



Heran kan. Apa pasal pulak Si Ketua Penipu tu nak marah sangat tak tentu arah bila ada orang Melayu yang dapat keuntungan lebih daripada orang lain?
Dalam sesi perbahas semalam, Si Ketua Penipu tu membangkitkan isu berkaitan dengan harga gula dan mendakwa syarikat milik orang Melayu mendapat keuntungan lebih.
Syarikat yang dimaksudkan ialah Central Sugar yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Malaysian Sugar Manufacturing milik Felda Global Venture.
Si Ketua Penipu tu mendakwa pasaran gula tempatan telah dimonopolikan oleh kedua - dua syarikat tersebut yang terang, jelas dan nyata milik orang Melayu.
Yang kita herannya, kenapa sebelum ini Si Ketua Penipu tu tak pernah lansung nak membangkitkan isu tersebut sewaktu Robert Kuok jadi Raja Gula?
Kenapa pada ketika dia menjadi Menteri Kewangan, dia tak halang Robert Kuok mengutip keuntungan sehingga mampu menjadi jutawan pada hari ini?
Sebelum ini, Robert Kuok yang turut digelarkan sebagai Raja Gula memugut kekayaan hasil dari pemasaran gula tempatan dan turut disenaraikan dalam majalah Forbes.
Tapi bila orang Melayu seperti Tan Sri Syed Al-Bukhary ambik alih, tiba - tiba puak - puak Pakatan Haramjadah ni serang dia bertalu - talu.
Macam - macam dakwaan dan tuduhan yang dibuat terhadap Tan Sri. Kenapa keadaannya menjadi sedemikian rupa? Tak boleh ke kalau orang Melayu jadi kaya?
Hakikatnya, jika Tan Sri memiliki harta berjuta - juta malah berbillion - billion sekali pun, hasilnya tetap dapat dirasai oleh mereka yang memerlukan.
Tan Sri ada yayasan bakti dia sendiri. Tan Sri sering kali tampil membantu mereka yang memerlukan. Dan yang paling penting, Tan Sri membantu orang Melayu tu sendiri.
Begitu jugak dengan Felda Global Venture. Hasil keuntungan FGV tetap akan diagihkan kepada seluruh Peneroka - Peneroka Felda yang terdiri dari kalangan orang Melayu.
Pun masih ada jugak orang yang nak mempertikaikannya? Pun masih lagi Si Ketua Penipu tu tak puas hati bila orang Melayu bantu orang Melayu sendiri?
Persoalannya, adakah selama hari ini, sewaktu Si Ketua Penipu tu jadi Menteri Kewangan, Robert Kuok pernah buat benda yang sama? Ada tak dia membantu orang Melayu?
Kalau setakat nak bangkitkan isu hanya semata - mata nak menjaga kepentingan puak - puak DAPigs tu je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!! Tak mendatangkan faedah lansung Anwar oi!!!

SUMBER

KISAH PELAJAR SEKOLAH DI ROGOL UNTUK DI JADIKAN PENGAJARAN !!!



Pelajar Perempuan Dirogol Beramai-ramai Oleh Rakan Sekolah. Seorang pelajar perempuan yang masih beruniform sekolah menengah iaitu berkain biru muda dan berbaju kurung putih dirogol beramai-ramai di dalam kawasan sunyi kelihatan seperti di dalam kebun atau hutan. 

Pelaku yang merogol kira-kira tiga hingga lima orang dilihat turut memakai pakaian sekolah menengah iaitu berseluar hijau dan berbaju putih.  



Perogol merogol pelajar tersebut dengan cara paksa, iaitu dengan memegang pelajar tersebut beramai-ramai sambil menekup mulutnya supaya tidak dapat menjerit. 

Sambil salah seorang dari rakan perogol merakam perbuatan mereka, namun hanya wajah perempuan yang dapat dilihat. 
Perbuatan mereka mengalahkan binatang!



Apalah nak jadi budak-budak sekolah sekarang ni? Sampai ada yang berani merogol rakan satu sekolah beramai-ramai pulak tu. 

Mak bapak diorang ni tak ajar atau diorang ni memang bangsa kurang hajar? 
Budak-budak sekolah sekarang makin melampau, inilah akibat pengaruh yang bukan-bukan perangai macam celaka, macam setan!





Binatang-binatang yang melakukan perbuatan terkutuk ini langsung tidak mahu melepaskan pelajar tersebut. 
Mereka juga tiada perasaan belas walaupun pelajar itu meronta-ronta dan menjerit. 

Akhirnya pelajar tersebut hanya mampu menyerah diri dengan membiarkan binatang-binatang itu merogol, meraba dada dan kemaluannya. 
Pelajar tersebut hanya mampu pasrah.





P/s : Jangan mudah sangat percaya pada kawan lelaki.. Silap hari bulan, korang pula kena aniaya..


Tuesday 29 October 2013

MARKAS PAS SUNGAI LIMAU KENA SERBU !!!



Kempen Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau yang masuk hari ketujuh menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya memasuki kawasan-kawasan peti undi yang dahulunya merupakan kubu kuat parti pembangkang.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang melakukan walk-about di peti undi Bukit Besar dan Matang Buluh di sini hari ini berkata, kejayaan itu merupakan satu petanda baik bagi BN untuk menguasai semula DUN Sungai Limau yang dikuasai Pas sejak sekian lama.

"Satu isyarat yang baik, saya diberitahu dahulu nak naikkan bendera BN pun tak boleh di Bukit Besar, Matang Buluh dan Selengkoh. Sekarang ini kita tengok bendera BN berkibar di sana, begitu juga poster dan banting calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim juga sudah dinaikkan.

"Malah saya diberitahu ada orang kuat Pas yang sudah bersama kita dan ada yang menjenguk ke bilik gerakan kita. Maksudnya mereka sudah bersedia untuk membuat penghijrahan. 

"Slogan 'Berani Hijrah' yang dibawa oleh Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir amat tepat sekali," kata Khairy dalam sidang akhbarnya.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, jika BN berjaya mengurangkan bilangan undi Pas di peti-peti undi yang menjadi kubu kuat parti itu, secara tidak langsung akan menyumbang kepada usaha merampas kembali DUN berkenaan.

"Mana-mana yang kita kenal pasti sebagai kawasan hitam kita sudah mula masuk. Nak kata kita menang di kawasan itu tidak tahu lagilah, tapi sekurang-kurangnya kita nampak sudah ada peningkatan. Kalau kita boleh kurangkan majoriti Pas di kubu mereka saya yakin secara keseluruhan kita boleh capai kejayaan," kata beliau.

Sementara itu, Khairy berkata, Pemuda BN mengambil pendekatan sederhana dalam berkempen di Sungai Limau memandangkan para penduduk di kawasan berkenaan tidak boleh menerima kempen yang melampau.

"Kempen kita memang rancak tetapi dari segi pendekatan kita akan bersederhana. Sebab itu kita tak ada ceramah, tak ada konvoi besar-besaran. Kita diberi nasihat oleh pemimpin masyarakat bahawa rakyat di sini tidak suka cara kempen yang begitu gah. Tetapi setiap hari kita ada program cuma dia punya pendekatan adalah sederhana," katanya.

KHAIRY Abu Bakar bergurau dengan salah seorang pengundi warga emas, Mohd Isa Idris, 77, ketika melakukan kenjungan rumah ke rumah pengundi di PDM Bukit Besar, Sungai Limau, Jerai hari ini.





PEMBUNUH PEGAWAI BANK BERI PETUNJUK DIMANA DIRINYA BERSEMBUNYI !!!



Polis yakin gerakan memburu suspek kes tembak seorang pegawai operasi AmBank, Rabu lalu semakin cerah berikutan penemuan beberapa petunjuk baharu termasuk laman sosial Facebook menggunakan nama Ardi Ode Putra Katela yang disahkan milik lelaki itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya juga yakin suspek masih berada di dalam negara bersama selaras raifal pump-gun yang digunakan dalam kejadian itu.

Pada sesiapa yang nak lihat akaun Facebook haramjadah ni SILA KLIK SINI...


PAS TERDESAK HINGGA SANGGUP UGUT PETUGAS UMNO DI SUNGAI LIMAU !!!



Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membidas Pas yang sanggup menggunakan pelbagai taktik sehingga mencemari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.
Menurut beliau, dalam kejadian terbaharu, jentera pergerakan itu menerima ugutan dalam dua kejadian berasingan di Permatang Damai Laut dan Bukit Choras.

Katanya, ugutan berkenaan diterima daripada para petugas Pas yang meminta jentera Wanita UMNO agar beredar dari kawasan itu.
"Dalam kejadian di Permatang Damai Laut, jentera Jalinan Kasih Wanita UMNO Selangor didatangi petugas Pas meminta mereka tidak masuk berkempen. Kejadian ini berlaku kelmarin.

"Sementara semalam pula, para petugas rumah Wanita UMNO Terengganu didatangi oleh jentera pembangkang dan menghalau mereka keluar.
"Namun begitu, petugas wanita kita tetap bersemangat kerana kedatangan kita adalah dengan niat baik dan suci hati," katanya kepada pemberita selepas menziarahi warga emas, Puteh Ahmad, 83, yang terlantar di Kampung Bahagia, Sungai Dedap di sini hari ini.

Shahrizat berkata, secara keseluruhan, gerak kerja Wanita UMNO berjalan dengan baik meskipun dikacau ganggu oleh petugas pembangkang.
"Walaupun sesetengahnya dikatakan kawasan hitam, Wanita UMNO tidak mempunyai apa-apa masalah kerana kedatangan kita adalah suci hati.
"Kita mahu mengeratkan silaturahim dengan pengundi dan pada masa sama menerangkan usaha baik yang telah dan akan dijalankan oleh Barisan Nasional (BN) demi manfaat penduduk di Sungai Limau ini," jelasnya.

Mengenai peluang calon BN dalam PRK Sungai Limau, Shahrizat berkata, berdasarkan makluman jenteranya, para pengundi yang sebelum ini terhasut dengan dakyah pembangkang mula menunjukkan reaksi positif selepas dikunjungi petugas UMNO.

"Saya tengok di sini, mungkin mereka dahulu terlebih dengar cerita mengarut pembangkang dan ada prasangka terhadap UMNO dan BN. Saya tidak salahkan pengundi. Apabila kita jelaskan dengan baik, nampaknya mereka mula terima," katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan jentera Wanita UMNO dan BN agar tidak terlalu yakin malah terus berusaha menjalankan kempen menarik hati pengundi.


Shahrizat Abdul Jalil mendengar keluhan Puteh Ahmad yang terlantar sakit tua sewaktu mengunjungi warga emas tersebut dalam Program Ziarah Sayang Wanita UMNO di Kampung Bahagia, Sungai Dedap di Jerai, Kedah, semalam.





WAJIB BACA... PAS HALALKAN PERKARA YANG HARAM !!!



Pas sudah ketandusan isu hingga sanggup guna gambar palsu dalam risalah kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) sama sekali tidak akan melakukan perkara seumpama itu dalam siri kempen mana-mana pilihan raya semata-mata mahu meraih undi.

"Ini tandanya pembangkang ketandusan idea untuk tarik pengundi," katanya selepas menyampaikan ceramah dalam siri kempen menjelang PRK DUN Sungai Limau di Pusat Daerah Mengundi Sungai Limau di sini, malam tadi.

Turut hadir calon BN DUN Sungai Limau, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim dan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas penyebaran risalah kempen Pas yang memaparkan gambar calonnya untuk PRK itu, Mohd. Azam Abd Samat kononnya bertemu Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, di pejabatnya ketika Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.

Menurut Sinar Harian semalam, gambar itu sebenarnya gambar kunjungan mesra dua pemberita kanannya ke atas Allahyarham Azizan pada 25 Mei 2011. Sinar Harian mendakwa gambar itu telah diubah suai menerusi teknik 'photoshop' bagi menampal wajah Mohd. Azam pada wajah seorang daripada pemberita kanannya itu.

Ditanya mengenai konsep 'hijrah' pengundi DUN Sungai Limau, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, jika sebelum ini pengundi di kawasan DUN itu tidak memilih BN kerana mempertahan penyandang, Allahyarham Azizan, namun PRK kali ini merupakan masa untuk berubah.

"Sekarang mereka perlu berani untuk berubah demi perubahan di kawasan ini. Orang muda perlu tampil berhijrah untuk kebaikan," katanya. - BERNAMA



Semenrata itu komen dari Datuk Mukhriz Mahathir tentang isu ini...


"Tidak sedar", itulah jawapan mudah Pas jika timbul sesuatu isu atau masalah.
 
Pengerusi BN Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sebagai pemimpin parti mereka perlu mengambil tanggungjawab dalam semua urusan termasuk isu penting ketika pilihan raya. 
 
Beliau musykil perkara itu boleh berlaku tanpa pengetahuan pemimpin Pas sedangkan ia membabitkan isu penting iaitu risalah mengenai calon mereka untuk menghadapi PRK Dun Sungai Limau. 
 
"Biasalah nak lepas tangan. Jika terjadi apa-apa, jawapan mudah ialah tidak sedar ia berlaku.
 
"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia menjejaskan kewibawaan mereka sendiri. Mustahil pemimpinnya tidak tahu gambar itu bukan milik mereka atau diambil dari orang lain," katanya kepada media ketika melawat Pusat Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini. 
 
Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah diminta mengulas laporan Sinar Harian hari ini yang memamparkan sekeping gambar dari risalah calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat sudah diubah suai dengan memasukkan gambarnya ketika bersama bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak di pejabatnya di Wisma Darul Aman. 
 
Gambar asal yang dikeluarkan Sinar Harian mamaparkan Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian (ketika itu Editor Sinar Harian Utara), Muhamad Mat Yakim bersama Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd Idros Mohd Ali mengunjungi Allahyarham pada 25 Mei 2011 di pejabatnya sempena sesi wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Azizan.
 
Menurutnya, sebagai contoh, pada sidang Dun lalu, apabila diberi penjelasan panjang lebar mengenai isu Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) akhirnya bangun dan mengakui tidak menyedari perkara itu berlaku.
 
"Adakah ini alasan yang boleh kita terima. Sudah pasti tidak, kerana rakyat akan mempersoalkan niat sebenar mereka melakukan sesuatu perkara terutama untuk kempen pilihan raya," katanya. 
 
Beliau berkata perkara itu tidak patut berlaku dan perlu dihentikan segera kerana semua parti wajar bersaing secara sihat dalam pilihan raya. 
 
"Bertanding secara sihat. Jangan guna taktrik kotor untuk meraih undi rakyat di Sungai Limau. Kadang-kadang benda tak elok akan terbongkar juga," katanya.
 
Ditanya sama ada isu itu akan mempengaruhi rakyat dan memberi kelebihan kepada BN, beliau berkata rakyat yang boleh menentukannya pada hari mengundi kelak.
   
"Biarlah rakyat menilai keupayaan BN dan Pas dari segi penampilan masing-masing sepanjang tempoh berkempen ini," katanya.


Mintak duit pada rakyat, tapi pemimpin atasan sedap je makan tempat mahal-mahal...  

UNDI PAS RAKYAT MEREMPAT...






Monday 28 October 2013

ABBY CERAMAH SAMBIL TELANJANG PON ORANG TAK NAK DATANG !!!



Sunyi sepi! Itulah keadaannya apabila Pas terpaksa membatalkan program ceramah mereka di UPU Sungai Daun, Sungai Limau malam tadi.

Ceramah itu dibatalkan ekoran sambutan yang mengecewakan oleh penduduk di situ. Walaupun ceramah itu bakal menampilkan penceramah tersohor Pas, Abby Abadi, namun kehadiranya tetap gagal menarik minat orang ramai hadir ke program itu.

Pembatalan ceramah itu sudah pasti memberi tamparan kepada Pas yang terdesak untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau daripada jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil pada kali ini.

Difahamkan, Abby seterusnya menuju ke UPU Matang Buluh untuk memberi ceramah di sana selepas tidak mendapat sambutan di UPU Sungai Daun.




WAJIB BACA... RUMAH ANAK YATIM YANG SANGAT MEMERLUKN BANTUAN RAKYAT MALAYSIA !!!



Saya hanya cuba bantu menyampaikan mohon bantuan kpd yg mampu:

Kesian melihat rumah anak yatim & asnaf yg sudah kehabisan beras & makanan 2 hari lepas. Mohon bantuan orgramai sedekahkan beras atau telor utk makanan anak2 disana. Subhanallah

Kpd yg dimurahkan Allah swt rezeki berlebihan, ayuh kita bantu di :

Pusat Jagaan Budi Bistari
Lot 4172, Lorong Serai 13, Kampung Sungai Serai, 48050 Kuang, Selangor D.E.

Lokasi GPS : 3^17'00. 03"N 101^31'40 . 54E

Tel: 017-349 4313 (Ustazah Khairul Bariah)
019- 918 9223

E-mel: kbariah@baitulkasih.org.my

Akaun Maybank : 5621 8812 8345 PK Baitul Kasih

MOHON SEBARAN kpd muslimin & muslimat yg lain....Masya Allah Tabarakallah


MOHON JASA BAIK RAKAN BLOGGER, PEMBACA DAN SEMUA YANG LAIN UNTUK MENYEBARKAN LAGI MAKLUMAT INI...

ARTIS NI MENGAKU LAKUKAN SEKS BERSAMA HANTU !!!




Beberapa ketika dahulu, Kesha telah mengaku bahawa dia mengadakan hubungan seks dengan hantu. Sekarang, popstar aneh ini mendedahkan butiran cinta untuk kali pertama!

Seperti dilaporkan oleh The Sun, pelantun lagu Die Young itu mendedahkan bahawa hantu itu memang tinggal di rumah Kesha. Malangnya, dia tak tahu siapa nama hantu itu.

Sebelum melakukan hubungan intim, hantu itu sempat membelai Kesha dengan mesra. Dalam sekejap, penyanyi 25 tahun itu langsung terhanyut terbawa suasana.

"Kau mau aku bicara secara terperinci? Aku tak tahu namanya, tapi dia ada di rumahku. Dia mula membelaiku. Ini adalah saat-saat yang seksi, yang tak seperti hubungan seks," ungkapnya ketika diwawancara oleh Conan O'Brien.


Pengakuan pernah berhubungan intim dengan hantu disampaikan Kesha pada bulan September. Selain Kesha, mendiang Anna Nicole Smith juga sempat membuat kenyataan serupa.




Sunday 27 October 2013

PAS SANGGUP HINA ARWAH USTAZ AZIZAN DEMI MENGABURI MATA PENDUDUK SUNGAI LIMAU !!!



Pas kelihatan cuba memainkan sentimen Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bagi meraih undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan mengatakan calon parti itu, Mohd. Azam Abd. Samat ialah anak didik bekas Menteri Besar Kedah tersebut.

Pas turut menggunakan gambar Azizan dalam risalah mengenai biodata, latar belakang dan visi Mohd. Azam yang diedarkan kepada orang ramai sempena PRK ini.

Dua keratan gambar yang memaparkan Azam dan Allahyarham ditampalkan dalam risalah berkenaan.
Dalam pada itu, blog propembangkang, Kedahlanie dalam satu entri kelmarin yang bertajuk 'Sg. Limau: Selepas fitnah calon Pas Syiah tak makan, kini puak BN buat pula cerita Azam musuh Azizan' turut menggunakan gambar Allahyarham yang ditampal bersebelahan dengan Mohd. Azam.

Entri tersebut bagi mempertahankan Mohd. Azam selepas ada pihak yang mengatakan calon Pas itu adalah calon proksi Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar yang didakwanya merupakan tangan yang mahu menjatuhkan Allahyarham Azizan semasa memegang jawatan Menteri Besar.

Selain itu, beberapa laman blog seperti Kedah Ke KL turut menyiarkan entri yang mempersoalkan apakah kaitan Mohd. Azam dengan bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah I, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang sebelum ini dikatakan mempunyai perbezaan 'pendapat ketara' dengan Azizan sehingga mewujudkan pergolakan dalaman Pas Kedah. 

Sementara itu, Phahrolrazi ketika dihubungi  hari ini mengesahkan beliau mempunyai pertalian persaudaraan dengan Mohd. Azam iaitu hubungan dua pupu.

Menurutnya, datuk Mohd. Azam iaitu Abdul Hamid Ibrahim dan datuk beliau, Aziz Pendang merupakan dua beradik.
RISALAH yang tertera gambar Mohd. Azam Abd. Samat bersama Azizan Abdul Razak diedarkan oleh Pas bagi meraih undi untuk PRK DUN Sungai Limau, Kedah, semalam.






Saturday 26 October 2013

CERAMAH PAS DI SUNGAI LIMAU MATI !!!



Sepanjang aku berada di sungai limau kali ni memang aku hairan dengan kelibat pemimpin PAS pada prk sg limau kali nie. Macam dah tak mendapat sokongan la pulak dari rakyat tempatan. Almaklum la, kempen baru bermula 4 hari pada hari ini.  Mungkin orang kedah memang sebetulnya bercuti dan tidak keluar pada waktu malam macam nie.

ceramah malam tadi diatas lori berlangsung di simpang empat bersebelahan klinik kesihatan Dulang Kecil. Ceramah kali ini biasalah dengan isu lapuk untuk mengaburi dan menipu penduduk kampung. Isu harga minyak kononnya membebankan rakyat padahal rata-rata penduduk disini adalah nelayan dan petani mendapat subsidi untuk tanaman serta hasil tangkapan mereka.  Rasanya tak jalan isu yang dimainkan nie...

Yang paling best adalah memburukkan pemimpin UMNO terutamanya Ketua Wanita dengan NFC. Disini aura tun mahadir banyak memberikan tekanan pada PAS. Mukhriz pulak menjadi ancaman oada pemimpin PAS. Ternyata tomahan menutup mahad tahfiz sains di Pulau Tuba bakal menjadi peluru makan tuan. Isu berkenaan telah selesai...
 
In sha ALLAH... dengan rekod buruk PAS sebelum ini dan rekod yang semakin baik di tunjukkan oleh UMNO di negeri kedah sekarang ini, aku yakin UMNO akan dapat kembali kerusi sungai limau pada PRK kali ini...
 




KELAKUAN PELIK MANGSA TEMBAKAN SEBELUM MENINGGAL DUNIA !!!



Bila membaca kisah2 pasal Pegawai Bank yang di tembak mati dalam satu insiden rompakkan bank yang di lakukan pengawal keselamatan di situ sendiri.. Hati tersentuh. Rasa - rasanya ramai yang turut bersedih walau kita tak pernah kenal dengan arwah sekalipun. Semua orang rasa ini satu pembunuhan kejam.. sebab dari video yang tersebar kita boleh tengok arwah tidak langsung melawan atau bertindak yang boleh membahayakan suspek.. Tanpa sebab di tembak tanpa perikemanusiaan.

Kalau kita yang tak pernah kenal arwah boleh tersentuh dengan kejadian ni.. apatah lagi ahli keluarga arwah. Mereka lebih merasai semua tu. Jadi untuk tak menambah luka di hati mereka.. hentikanlah penyebaran gambar ngeri arwah yang di tembak & video kejadian tu. Hormatilah mereka sebagai seorang manusia. Jangan hilang perikemanusiaan tu semata2 mengejar raking, rating & traffic di laman sosial. Dan ia salah di sisi undang2 jugak.

Bila baca kat sinar harian tadi, panggilan terakhir arwah kepada suaminya Ya Allah, rasa macam kita pula sedang di uji dengan kehilangan macam tu. Sejam sebelum arwah di tembak, dia ada hubungi suaminya untuk tanya samada masih sayang pada dia atau tak?? BACA SETERUSNYA...


SAMPAI BILA JANGKA HAYAT POS MALAYSIA ???



Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) yakin penggunaan setem tidak akan terkubur dengan kemajuan teknologi moden penghantaran surat yang ada pada masa kini.

Ketua Setem dan Filateli Pos Malaysia, Yasmin Ramli berkata, walaupun kemajuan pesat penggunaan teknologi moden penghantaran surat, beliau yakin setem masih berada pada kelasnya yang tersendiri untuk berdaya maju.

"Memang dengan adanya khidmat pesanan ringkas (SMS), dan juga pelbagai media sosial yang mampu menghantar surat, pesanan dan berita dengan sekelip mata, setem masih lagi mempunyai peminatnya tersendiri.

"Ini terbukti kerana walaupun pengeluaran setem biasa kita lihat ada sedikit penurunan, namun pengeluaran setem-setem hari pertama yang kami keluarkan meningkat naik.

"Ia disebabkan pengumpul-pengumpul setem masih lagi dahagakan pelbagai setem hari pertama yang Pos Malaysia keluarkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang akhbar memperkenalkan setem hari pertama terbaharu Buan-Buahan Nadir Malaysia Siri ke-IV di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Pengurus Pengeluaran Setem, Diyana Lean Abdullah.

Yasmin menambah, dengan adanya setem hari pertama ini, Pos Malaysia dapat memberi gambaran kepada orang ramai khususnya pengumpul setem mengenai pelbagai keunikan yang ada di negara ini.

"Sebagai contoh buah-buah nadir ini, saya pasti tidak ramai yang pernah melihat buah Nona, Markisa dan Nam-Nam. Jadi dengan adanya setem hari pertama ini, ia sedikit sebanyak membantu kita mempromosikan keunikan negara.

"Apa pun, penggunaan setem masih lagi utuh namun kita tidak menolak kemungkinan, ia bakal kurang digunakan pada masa hadapan," katanya.

Setem keluaran hari pertama Buah-Buahan Nadir Siri ke-IV pertama kali dikeluarkan pada tahun 1998 dan dijual dengan satu set lengkap bersama folder dengan harga RM60.60.

Setem-setem ini boleh diperoleh di semua pejabat Pos Malaysia bermula Isnin depan manakala set lengkap folder hanya boleh diperoleh di pejabat pos utama seluruh negara.



VIDEO IBU DAN ANAK MENGAKU LAKUKAN HUBUNGAN SEKS BERSAMA !!!



Pengakuan paling haramjadah dalam sebuah stesen tv Indonesia..Ibu dan anak mengaku bercinta dan berzina..Tanpa rasa bersalah hubungan kelamin seperti suami isteri diakui oleh ibu dan anak ini..Nauzubillah..







FAIZAL ISMAIL BERHENTI SEBAB BERTUMBUK ???



Penyampai radio Hot FM, Mohd. Faizal Ismail atau FBI akan membuat pengumuman rasmi mengenai peletakan jawatannya Rabu depan.

Hal itu diberitahu oleh pihak pengurusan Rangkaian Media Prima Berhad yang turut memberitahu bahawa tiada kenyataan akan dikeluarkan oleh Faizal buat masa ini.

"Buat masa ini Faizal memang enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut sebaliknya semua akan diberitahu pada sidang media tersebut,"

Faizal yang dihubungi hari ini dan semalam juga tidak menjawab panggilan.
Penyampai radio berusia 37 tahun, semalam membuat pengakuan dalam laman twitternya yang berbunyi:

"Saya Faizal Ismail meletakkan jawatan sebagai penyampai Hot FM dengan notis berkuat kuasa hari ini, 24 Oktober 2013."



Friday 25 October 2013

KONSERT ARTIS BARAT HARAM JADAH KESHA WARRIOR TOUR ESOK DI BATALKAN !!!



Kerajaan menolak permohonan penganjuran Konsert Kesha Warrior Tour di Stadium Negara esok berikutan didapati menyentuh sensitiviti agama serta nilai-nilai budaya masyarakat Malaysia.

Unit Komunikasi Korporat Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam kenyataan ringkasnya hari ini berkata, mesyuarat jawatankuasa pusat permohonan pengambaran filem dan persembahan artis luar negara pada 1 Oktober lalu menolak permohonan konsert itu.

Menurut kenyataan itu, pihak penganjur telah dimaklumkan mengenai pembatalan konsert tersebut sehari selepas keputusan mesyuarat.




Member BSK