Jumlah Pengunjung

Saturday 22 July 2017

AIMAN TINO DAN 17 ARTIS GEMPAKKAN PUTRAJAYA MALAM INI !!! #haripenerokafelda2017



PUTRAJAYA- Seramai 17 artis popular tanah air akan mengegarkan pentas utama  malam ini di Karnival Ekspresi FELDA Negaraku Malaysia sempena Hari Peneroka 2017 Peringkat Kebangsaan.

Konsert berkenaan akan diserikan dengan persembahan dari juara Akademi Fantasia dan pernah menjadi fenemona suatu ketika dahulu iaitu Asmawi Ani atau nama popularnya Mawi.Mawi dijangka mendendangkan 3 buah lagu dari 32 buah lagu keseluruhannya pada malam ini .

Mawi merupakan salah satu ikon anak FELDA yang berjaya dalam Industri seni dimana beliau merupakan anak jati Felda Taib Andak Kota Tinggi,Johor.

Turut membuat persembahan ialah Tengku Iskhan Shah Bin Tengku Haidar atau lebih dikenali sebagai Que Haidar yang juga berasal dar Felda Taib Andak.

Que Haidar dijangka menyanyikan sebuah lagu baru yang berjudul KIsah Cinta hasil ciptaan penuh beliau sendiri.

Turut mengambil tempat dalam konsert malam ini ialah Rahmat Mega yang berasal dari Felda Cahaya baru bersama rakan sekampung beliau Jalil Hamid yang juga Presiden Ikatan Seni Komuniti Felda(ISKAF).

Beberapa nama baharu turut mengambil tempat pada konsert malam ini, antaranya Suffian Suhaimi, Aiman Tino, Wany Hasrita,Dedalia Band,Salam Busker dan ramai lagi.

Ribuan pengunjung dijangka hadir memeriahkan Konsert pada malam ini.Sementara itu, konsert malam ini akan diketuai Along Exist selaku pengarah muzik yang juga merupakan anak peneroka Felda.

GENERASI KE DUA FELDA TETAP JADI KEUTAMAAN NAJIB !!!



HARI ini timbul sedikit masalah dengan sebilangan generasi kedua Felda yang semakin jauh dari asal usul.  Bertahun-tahun terasa dipinggirkan serta peningkatan kualiti hidup sebahagian daripada mereka, telah menjadikan sesetengah dari kelompok ini, seakan lupa sejarah susah payah membangunkan Felda sehingga mencapai ke tahap hari ini.

Sejak Felda pertama ditubuhkan tahun 1958 di Lurah Bilut, generasi ke dua Felda (anak-anak peneroka asal) semakin berkembang ramai. Kebajikan kelompok ini kurang diberikan perhatian terutama ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri.  Jangan kata bagi perhatian, sebelah mata pun tidak diumpamakannya generasi kedua Felda.

Peneroka asal pun Mahathir kurang beri perhatian, generasi kedua pulak lagi.

Hanya setelah Datuk Sri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, barulah nasib generasi kedua Felda dan seterusnya ini, mendapat perhatian penuh dari kerajaan melalui Pelan Induk Transformasi Felda yang dilancarkan Najib pada tahun 2012.

Dibawah pelan. generasi kedua Felda turut dilibat dalam pelbagai program seperti skim perumahan, pendidikan dan ekonomi.  Pada tahun 2012, Najib melancarkan projek perumahan generasi kedua Felda yang menyasarkan sejumlah 20,000 buah unit rumah.  Setakat ini, hampir 10,000 buah rumah telah dibina atau dalam proses pembinaan.

Sepatutnya lebih banyak lagi rumah generasi kedua Felda ini mampu dibina tapi di negeri-negeri yang diperintah pembangkang, pelbagai halangan diberikan, terutama dalam soal hak milik tanah dan sebagainya.

Projek Sentuhan Kasih Felda pula menumpu kepada untuk meningkatkan ekonomi generasi Felda yang mampu menjana pendapatan sehingga RM 1,500 sebulan.

Sementara dalam bidang pendidikan pula, kerjasama antara Felda dengan Universiti Lim Kok Wing yang berjalan sejak 2005, telah berjaya menghasilkan lebih 2,000 orang graduan Felda memperolehi diploma dalam pelbagai bidang.  Bagi yang bernasib baik, ada yang dihantar melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di luar negara melalui kerjasama berkembar dengan universiti yang terlibat.




Thursday 6 July 2017

MIDAH SERANG MESYUARAT KETUA-KETUA BAHAGIAN BERSATU PERAK!!!

Hiasan

Kecoh malam tadi bila beberapa cerita keluar sendiri dari mulut ahli-ahli Pribumi Bersatu Perak apabila Datuk Hamidah yang merupakan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah menyerang satu mesyuarat ketua-ketua Bahagian Pribumi Bersatu Perak. Mesyuarat yang sedang di jalankan di satu kawasan di Taman Meru Ipoh Perak itu telah bertukar menjadi kecoh apabila Datuk hamidah masuk dan mempertikaikan kelayakan beberapa ketua Bahagian yang hadir mesyuarat pada malam itu.

Beberapa ketua Bahagian Bersatu Perak juga turut mempertikaikan kehadiran Datuk Hamidah ke mesyuarat itu kerana sememangnya beliau tidak pernah dijemput tambahan pula kehadirannya telah mencetuskan kekecohan. Kekecohan menjadi semakin tegang apabila perang mulut mula terjadi antara Ketua Sri Kandi Bahagian Tambun bersama Datuk Hamidah, apabila Ketua Sri Kandi Tambun mencadangkan penubuhan Sri Kandi Bahagian Gopeng, dan keadaan tidak dapat ditenteramkan sehingga membuatkan air botol melayang membaling antara satu sama lain. Nampak juga kepuasan beberapa pengikut Datuk Hamidah terutamanya adik datuk Hamidah ( RUJUKSINI ) ( SINI ) dan ( SINI ) apabila beberapa komen di status facebook miliknya menampakkan lagi kejadian baling botol air memang berlaku pada waktu itu.

Ramai ahli-ahli Bersatu Perak mula mempertikaikan mengapa Datuk Hamidah harus menyerang mesyuarat mereka sedangkan dia dan orang-orangnya sebelum ini yang diketuai oleh adik iparnya (Suami kepada Hamizura) telah membuat sidang akhbar untuk keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebelum ini.

Suami Hamizura (Azrul) yang merupakan adik ipar kepada Datuk hamidah semasa membuat sidang akhbar mendesak Presiden Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan.


Makin pening dan kelam kabut Parti Pribumi Bersatu ini yang baru beberapa bulan sahaja ditubuhkan sudah mula bercakaran sama sendiri. Dan seperti kebiasaannya juga, bila terjadi sesuatu musibah begini mereka akan mula menyalahkan UMNO dalam pergaduhan mereka untuk menutup kudis kurap pada punggung mereka sendiri. Pelikkan ? UMNO juga yang salah..


Pergaduhan antara datuk Hamidah dengan Ketua Armada Bersatu Malaysia

Pergaduhan antara Ketua Armada Bersatu Malaysia dengan Datuk Hamidah


Hurmm... entah apa la yang difikirkan oleh 2 orang pemimpin Bersatu ni..
Semua sudah gaduh sama sendiri..




Member BSK