Jumlah Pengunjung

Tuesday 30 August 2016

AL-QURAN TERBANG DIHADAPAN KAABAH!!!



Ketika jemaah di Mekah sedang khusyu' melakukan ibadah, tiba-tiba terdapat senaskah Al-Quran terbang di udara kemudian ia terus melekat di dinding Kaabah.

Mekah merupakan tempat destinasi utama bagi umat Islam di dunia ini untuk menunaikan ibadah umrah dan haji. Jadi tidak hairanlah jika Mekah dihadiri oleh jutaan manusia hampir setiap tahun. Satu ketika ratusan ribu jemaah haji yang sedang melakukan tawaf gempar apabila sebuah Al-Quran melayang dan terusmelekat pada pintu kaabah. Peristiwa luar biasa ini membuat ramai jemaah yang menyaksikannya menangis kerana kagum dengan kejadian Allah.

Saksi kejadian berkata pada malam jumaat sekitar jam 2 pagi, seorang wanita Morocco sedang melakukan tawaf sambil membaca Al-Quran. Sebaik sahaja tiba di pintu depan kaabah, beliau dilanggar oleh sekumpulan jemaah lain menyebabkan beliau terjatuh dan kitab suci Al-Quran yang dipegang terlepas. Al-Quran tersebut tidak jatuh tetapi melayang dan melekat di pintu kaabah.

Selepas seorang staff Masjidil Haram mengambil kembali Al-Quran tersebut setelah diturunkan dengan kayu, jemaah-jemaah Haji yang menjadi saksi peristiwa luar biasa itu mencium Al-Quran tersebut. Ternyata baunya sangat wangi seolah-olah dipenuhi botol minyak wangi - Petikan Warta Perdana.

Sunday 28 August 2016

MAAFKAN SAYA SEMUA - LAN SENARIO!!!


KUALA LUMPUR 26 Ogos- Pelawak terkenal Lan Pet Pet, mengakui melakukan kesalahan moral yang besar.

Berikutan penyebaran video sedang memarahi anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) baru- baru ini.

Pelawak ini juga turut meminta agar semua pihak menjadikan kejadian itu sebagai teladan.

"Jangan jadi macam saya. Sepatutnya saya tenang dalam keadaan tersebut.

"Tidak dinafikan kejadian ketika kereta saya dilarikan beberapa tahun lalu untuk rancangan Wakenabeb menjadikan saya fobia, lansung menyebabkan saya berada dalam keadaan tersebut,"katanya.

Kata Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 47, menonton kembali video yang viral di media sosial itu membuatkan dia bertanya kembali kepada dirinya kenapa dia perlu mengamuk seperti itu.

"Saya perlu faham mereka hanya menjalankan tanggungjawab mereka sahaja.

"Tetapi semuanya sudah selesai dan saya juga sudah selesaikan kompoun RM80,"katanya.

Ketika ini juga kata Lan dia sudah merancang untuk bertemu kembali dengan anggota MPSJ tersebut.

Jelasnya kali ini bukan sekadar mahu meminta maaf tetapi juga mahu mengeratkan hubungan.

"Sebenarnya semua sudah selesai, cuma saya rancang untuk bertemu dengan mereka kembali.

"Lepak lepak minum ke,"katanya.

Sementara video Lan memarahi anggota penguatkuasa MPSJ mula tersebar Khamis lalu di media sosial.

Menerusi video berdurasi satu minit itu, Lan dilihat tidak berpuas hati selepas tayar kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux miliknya dikunci kerana diletakkan di depan sebuah bank di USJ 10, Subang Jaya.

Friday 26 August 2016

LIWAT PELAJAR FITNAH JATUHKAN MARUAH USTAZ KAZIM!!!



IPOH – Pendakwah yang juga pemilik Maahad Tahfiz Darul Barakah, Datuk Kazim Elias, akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung isu pencabulan seksual yang didakwa berlaku melibatkan pelajarnya.

Tegasnya, beliau sedia menyerahkan kepada pihak berkuasa sesiapa sahaja yang terlibat, termasuk darah dagingnya sendiri, jika benar kejadian seperti dakwaan ibubapa pelajar itu.

“Kami berikrar untuk tidak berkompromi dalam apa jua, sekiranya benar insiden berkenaan berlaku.

“Kami akan menyerahkan siapa jua, sekiranya berlaku, pihak yang terlibat kepada pihak berkuasa, mengikut lunas negara, walaupun beliau adalah darah daging saya sendiri.

“Tanggungjawab kami sebagai seorang Muslim dan seorang warganegara Malaysia yang baik,” katanya yang lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Kazim, pada satu sidang media di sekolah tahfiz tersebut hari ini.

Bagaimanapun, beliau sekali lagi menafikan wujud kejadian liwat seperti didakwa itu di maahad tahfiz tersebut dan melibatkan seorang bekas pelajarnya.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa kejadian liwat tersebut tidak berlaku sama sekali sepertimana yang didakwa pada peringkat awalnya.

“Dan saya menegaskan bahawa, bila siasatan dalaman kita buat, tidak berlaku kes liwat. Aduan yang datang kepada saya adalah, aduan kononnya anaknya diliwat. Dan bila kita buat siasatan, tidak berlaku seperti didakwa,” jelasnya.

Pada masa sama, Ustaz Kazim menegaskan, beliau tidak pernah melakukan ugutan terhadap bapa mangsa dengan mengatakan bahawa beliau dilindungi individu dikenali.

“Saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa perkataan yang didakwa konon ada ugutan daripada saya kepada bapa mangsa. Ini merupakan satu fitnah.

“Dan saya tidak pernah katakan bahawa jangan main-main dengan saya, ada orang besar di belakang saya. Ini adalah fitnah yang sangat besar yang dilontarkan kepada saya,” kata beliau lagi.

Selain itu, beliau menjelaskan, bekas pelajar yang membuat aduan berkenaan tidak pernah dibuang sekolah, sebaliknya berhenti dari maahad tahfiz berkenaan atas pilihan ibu bapanya.

“Pelajar tersebut yang kononnya diganggu, diseksa dan sebagainya, tidak pernah dibuang daripada sekolah.

“Sebaliknya, beliau berhenti daripada sekolah kami atas pilihan ibu bapanya sendiri, dan tidak langsung dia sebut dia dicabul dan sebagainya,” kata Ustaz Kazim.

Malah, tegasnya, beliau dan pihak sekolah mempunyai bukti yang kukuh bagi menyangkal tuduhan jenayah.

“Jika ada yang mengatakan bahawa anaknya dibuang selepas dicabul, ini adalah fitnah. Dan beliau berhenti atas kehendak ibu bapanya sendiri. Kami mempunyai dokumen-dokumen yang berpaksikan kepada saksi,” ujarnya. – Awani

Monday 22 August 2016

UMNO IPOH TIMOR BANTAH CADANGAN GILA CUEPACS !!!


IPOH 21 Ogos - Cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk menaikkan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun kepada 62 tahun dilihat membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

KETUA UMNO BAHAGIAN IPOH TIMOR Dato Haji Azian Bin Haji Osman berkata, cadangan tersebut perlu ditolak kerana bakal melambatkan proses kenaikan pangkat bagi kakitangan yang lain dan menyekat peluang pekerjaan khususnya kepada lepasan institusi pengajian tinggi.

"Sebelum ini kita menyokong tindakan kerajaan menaikkan umur persaraan penjawat awam daripada 58 tahun kepada 60, tetapi bila dicadangkan naik sehingga 62 tahun, ia cadangan yang amat keterlaluan.

"Apabila yang di atas tidak keluar-keluar, yang di bawah macam mana hendak naik kerana kenaikan pangkat akan menjadi lambat untuk mereka yang di bawah," katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Timor di sini hari ini.



Beliau mengulas usul Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Ipoh Timor yang mahu kerajaan menolak cadangan CUEPACS kerana jika dilaksanakan ia akan menghalang peluang golongan muda mendapat peluang pekerjaan dan seterusnya akan menyukarkan usaha mengurangkan pengangguran di negara kita.

Dato Azian yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor berkata, kenaikan umur persaraan dianggap tidak lagi relevan kerana keupayaan fizikal seseorang individu yang berusia lebih 60 tahun semakin berkurangan.

"Tenaga pun dah kurang untuk menjawat jawatan penting dalam kerajaan, berlainan dengan ahli politik kerana selagi orang suka kalau dah berumur 70 tahun pun boleh lagi berkhidmat kerana telah dipilih oleh rakyat," katanya.

Sebelum ini, Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda meminta kerajaan supaya membuat pertimbangan bagi melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun kepada 62 tahun.

Beliau berkata, kebanyakan negara seperti Thailand, Singapura, Sri Lanka, Eropah serta Amerika Syarikat melanjutkan usia persaraan penjawat awam mereka kepada 65 tahun. - BERNAMA

Sunday 21 August 2016

NAMEWEE BANGSAT BERJAYA DITANGKAP PDRM!!!


Akhirnya…setelah menunggu agak lama Wee Meng Chee, 33 atau lebih dikenali sebagai Namewee dicekup polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)  petang Ahad setibanya dari Taiwan.

Ini ekoran klip video lagunya yang didakwa menghina Islam bertajuk 'Oh My God' dalam bahasa Mandarin pada hujung bulan Julai.

Sejak itu polis telah mencarinya namun dia berada di luar negara.

Pengambaran klip video berdurasi 4.05 saat berkenaan bersama tiga yang lain yang dilakukan di Masjid Terapung, Tanjung Bunga, Pulau Pinang telah mencetuskan kemarahan kalangan orang Islam.

Namewee akan dibawa balik ke Pulau Pinang dimana polis akan mendapatkan perintah tahanan reman keatasnya untuk siasatan.- 21/8/2016



Tuesday 16 August 2016

MUHYIDDIN MAHU LARI KE MUAR UNTUK JADI PERDANA MENTERI!!!


Spekulasi sudah bertiup kencang bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal melepaskan kerusinya di Pagoh untuk bertanding di Muar.

Ia dikatakan kerana Muhyiddin sudah hilang sokongan di Pagoh jadi beliau terpaksa beralih ke Muar.

Ironinya Muar merupakan tempat lahir ibu Perdana Menteri iaitu Tun Rahah Mohammad Noah.

Malah wartawan veteran Datuk Ahiruddin Atan yang turut memperkatakan mengenai teori itu memberitahu bahawa sokongan ke atas bekas timbalan perdana menteri itu di Pagoh sedang merosot dengan begitu ketara.

Jika diadakan pilihan raya umum tahun depan, beliau akan kehilangan kerusi. Muhyiddin telah menyandang kerusi Parlimen Pagoh sejak hampir empat dekad.

 Selain itu, penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) juga dikatakan tidak mendapat sambutan.

Terdapat spekulasi bahawa mereka yang dikatakan rapat dengannya telah menjauhkan diri daripada Muhyiddin susulan penubuhan Pribumi yang dilihat bukan sahaja memecahbelah orang Melayu malah mempunyai agenda peribadi yang hanya mahu menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bukan itu sahaja, malah ramai yang melihat kehadiran Pribumi, yang merupakan serpihan UMNO tidak akan bertahan lama memandangkan ia kekurangan kepimpinan yang berwibawa dan dalam hal ini, Muhyiddin tidak dilihat mempunyai kewibawaan  untuk memimpin parti baru itu.

Hanya pemimpin yang berwibawa dapat memainkan faktor untuk menarik sokongan dan menggerakkan parti ke hadapan namun dalam Pribumi, meskipun baru didaftarkan namun sudah ramai yang sedang menanti berapa lama hayat parti berkenaan.

Selain itu, ikrar Barisan Nasional (BN) dan Umno Johor yang menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri untuk memimpin parti dan kerajaan turut memberikan kesan kepada Muhyiddin.

Sebelum ini ramai yang meramalkan UMNO Johor akan berpuak-puak dan berpecah susulan penggantungan dan pemecatan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO, namun ia tidak berlaku.

Begitu juga ketika Pribumi ditubuhkan, UMNO Johor masih tetap setia dan bersatu di belakang Perdana Menteri.

Oleh itu, Muhyiddin dikatakan sedang menghantar orang orangnya membuat "political reading" di Bandar Maharani, Johor. Muhyiddin rasa dia boleh makan Razali Ibrahin di kerusi Muar.

Selain itu, Muhyiddin mahu balas dendam terhadap Najib di tempat kelahiran ibu Najib. Rasanya, rancangan Muhyiddin ini akan temui kegagalan.

Kalau di Pagoh ada 5 cawangan UMNO sahaja yang sokong Muhyiddin, di Muar hendak cari satu cawangan pun susah.

Nasib Muhyiddin dan parti Pribuminya akan lebih teruk dari PAN dan Parti Negara, yang pernah diasaskan oleh Onn Jaafar.

Tulisan
Beruang Biru
16 Ogos 2016

TIGA BERANAK SINGAPURA TUNJUK ISYARAT LUCAH PADA IMEGRESEN MALAYSIA DITAHAN!!!


 KUALA LUMPUR – Tiga anak-beranak warga Singapura ditahan di sempadan pintu masuk Johor Bahru kerana berkelakuan kurang ajar selepas enggan mengikut arahan pegawai imigresen.

Quek Chin Fern, 42, dan dua anak lelakinya, Miguel Lim, 19, serta Chery Isabella Lim, 18, ditahan dalam kejadian jam 3.30 petang, Jumaat lalu apabila enggan menurunkan tingkap bahagian belakang kenderaan mereka selepas diarah berbuat demikian oleh pegawai imigresen yang bertugas.

The Star melaporkan mereka diminta menurunkan tingkap kerana tingkap tersebut gelap.

Wanita itu marah dan memaki hamun pegawai berkenaan, sebelum menurunkan tingkap dan anaknya yang duduk di belakang kereta menunjukkan isyarat lucah pada pegawai itu.

Susulan itu, ketiga-tiga mereka diarah keluar dari kereta.

Member BSK