Jumlah Pengunjung

Sunday 30 April 2017

BAZAR RAMADHAN UNTUK PENIAGA CINA DI KAJANG!!!


Ini dah makin gila, apa dah jadi di Kajang sekarang ni adalah contoh dan amaran kepada bangsa melayu di kawasan lain untuk pilihanraya akan datang. Langsung tak masuk akal bila sebuah BAZAR RAMADHAN untuk PENIAGA CINA telah diluluskan oleh kerajaan PKR Selangor dan ditutup mata oleh Presiden PKR hanya kerana habuan wang ringgit oleh pusat judi yang telah dibiayai taukey cina.

Cerita panas ini pernah aku bongkarkan sebelum ini tentang siapakah pemimpin pembangkang yang menjadi tulang belakang disebalik kisah malang peniaga melayu di Kajang (Rujuk disini). 

Untuk mensahihkan lagi cerita ini, sebuah page dari pembangkang Penang Daily telah menyebarkan beberapa keping gambar tentang keluhan dan rintihan dari peniaga melayu disana (rujuk sini).

Bulan puasa pun dah tak lama lagi, jadi apa kita boleh buat lagi? Pegi la korang beli juadah berbuka puasa yang dijual oleh peniaga makan babi di Uptown Kajang.








Baner baner rayuan dinaikkan sekitar bandaraya kajang merayu agar Dato Jamal dan Tan Sri Noh Omar membantu peniaga peniaga kajang yg bakal ditindas oleh ahli majlis  MPKJ   dan bakal calon kajang Lee Learn Eng

Lee dikatakan menerima sejumlah wang dari pusat pusat judi untuk membiaya gerak kerja politiknya di kajang.

Lee juga menghasut agar Bazar Ramadhan 2017 diberikan kepada company cina utk menganjur. Lihat betapa halusnya permainan mereka.

Wan azizah dikatakan sudah mendapat khabar bahawa berlaku salah laku dalam pembukaan uptown di putra kajang akan tetapi hanya menutup sebelah Mata sehingga menyebabkan orang melayu teranaiya!

Lee learn eng dan Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanggungjawab atas kemusnahan yg bakal berlaku dikajang!! Hentikan uptown putra kajang!!

HENTIKAN UPTOWN PUTRA KAJANG!!!!

Thursday 27 April 2017

RUMAH MELAYU KENA RIBUT DAP IPOH TIMOR TERUS HILANGKAN DIRI!!!

Kakitangan Yayasan Bina Upaya diketuai oleh saudara Hairul Anwar selaku ketua Pemuda UMNO Ipoh Timor dan Pemuda Ipoh Timor bergotong royong membersih dan membaiki rumah mangsa.

Ribut melanda secara mengejut baru-baru ini di sebuah Kampung Melayu Kg. Seri Keramat. Alhamdulillah tiada kemalangan yang serius menimpa kepada penduduk kampung tersebut. Walau bagaimana pun, akibat dari hujan ribut petir dan angin yang kuat melanda kampung tersebut, sebuah rumah telah ditimpa pokok dan telah mengakibatkan kerosakan yang amat serius.

Ok la, bukan pasal kisah bagaimana kejadian yang telah berlaku hendak aku ceritakan disini, yang aku fokus hendak ceritakan disini adalah siapa pemimpin yang dahulu sampai ke tempat kejadian dan apa bantuan sumbangan yang mereka akan berikan kepada mangsa.

Seperti sedia maklum, Kampung Seri Keramat merupakan sebuah kampung yang terletak dibawah Parlimen Ipoh Timor yang telah dimenangi oleh Parti DAP. Pilihan Raya ke 13 yang lalu memang Barisan Nasional kalah besar di Palimen ini kerana majoritinya adalah dari kalangan pengundi berbangsa Cina.

Tak kisah la, menang besar ke menang kecil ke yang penting bila terjadinya kejadian begini mana perginya ahli parlimen DAP Ipoh Timor tersebut? Mengapa pemimpin DAP hanya datang melawat kampung Melayu bila tiba setiap kali pilihan raya sahaja?

Sebenarnya sifat pemimpin DAP yang hanya hadir bila tiba musim pilihanraya telah kerap berlaku, aku juga akui memang bangsa melayu senang ditipu oleh janji-janji manis cilaka DAP ini. Biarlah, perkara dah berlalu pon, dan aku harap bangsaku MELAYU akan sedar sikap dan taktik penipuan mereka selepas ini.

Contoh dapat aku berikan pada artikel aku yang lalu tentang sikap dan penipuan DAP kepada penduduk kampung Sri Kinta baru-baru ini (klik sini untuk rujukan). Janji DAP yang mahu beri Rm5000 untuk baik pulih rumah juga hingga kini tidak ditunaikan, kalau korang tak percaya korang boleh masuk Kg. Sri Kinta Jalan 5 untuk tanya sendiri pada makcik dan anak beranaknya yang baru kena kencing dengan pemimpin DAP Ipoh Timor. Strategi DAP tiap kali datang melawat kampung Melayu bila musim pilihanraya hampir tiba adalah dengan melawat dan bawa wartawan Sinar Harian (wartawan yang dibayar oleh DAP), sebabnya orang melayu paling ramai baca paper Sinar Harian sekarang.
Berita yang dipaparkan oleh akhbar Sinar Harian sebelum ini dimana janji DAP ketika itu mahu memberi bantuan RM5,000.00 namun tidak ditunaikan sehingga kini. 

Maka bila keluar cerita DAP masuk kampung melayu mula la ada yang bangang menyalahkan UMNO kawasan tersebut kerana mengabaikan mangsa sehingga membiarkan pemimpin DAP yang datang memberi bantuan. Hakikat sebenar dan tanggungjawab siapa langsung diorang tak tahu, yang mereka tahu nak salahkan UMNO kawasan tersebut. Sebab apa jadi begitu? Sebabnya Melayu hanya rajin baca tajuk cerita sahaja dan isi dalam cerita mereka langsung tidak endahkan.

Aku nasihatkan disini, rajin-rajin la mengkaji tentang wakil rakyat setiap kawasan sebelum kita nak menyalahkan UMNO sahaja.
Dah dekat pilihan raya semula baru datang masuk kampung melayu
Yang sepatutnya bertanggung jawab, tapi hilang selepas menang pilihanraya dan muncul semula bila tiba hampir pilihanraya untuk tahun ini. 

Ok la, idea aku malam ni tak berapa nak cun untuk menulis, mungkin agak melalut sikit susunan cerita, namun aku harap korang dapat faham cerita yang aku cuba sampaikan dalam artikel ini tentang tanggungjawab sepatutnya dipikul oleh pemimpin parti mana bila bencana alam atau bantuan diperlukan oleh penduduk kawasan. Jangan teruk sangat jadi bangang beranggapan semuanya tanggung jawab UMNO sampai DAP duduk main mahjong goyang telor bersama persatuan cina mereka.

Semoga bertemu lagi pada artikel akan datang dan sekiranya ada sebarang berita atau nak cerita boleh tinggalkan pada komen dibawah..

Dan satu lagi, kalau korang nak tahu sapa yang tolong keluarga mangsa rumah tersebut korang baca kat bawah la.. Artikel dari Suara Perak.

UMNO Ipoh Timor pantas hadir memberikan bantuan. 

Saudara Hairul Anwar mendengar luahan hati mangsa. 

Memikir mencari dan memberikan bantuan yang sepatutnya. 

Berbincang bersama Setiausaha UMNO Bahagian Ipoh Timor saudara Basri, Datuk Hariri dan pemuda UMNO Ipoh Timor untuk memberikan bantuan segera kepada mangsa. 

IPOH: Prihatin dengan kesulitan yang dialami sekeluarga mangsa pokok tumbang di Kg Seri Keramat, Pasir Puteh, Yayasan Bina Upaya (YBU) membantu mengemas rumah berkenaan dan memindahkan mangsa ke rumah yang lebih selamat.

Seramai 25 kakitangan dan sukarelawan YBU yang diketuai sendiri Ketua Pegawai Operasinya, Hairul Anwar Mohamed Noor melaksanakan kerja-kerja pembersihan mulai jam 11 pagi.

Turut hadir sukarelawan daripada Persatuan Budak Bus Stand (Big Bro) yang diketuai Presidennya, Amiruddin Mohd Daud.

Wakil Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) turut hadir untuk menyampaikan bantuan wang tunai kepada mangsa, Sariah Din, 68.



Ketika menceritakan kejadian kira-kira jam 4.30 petang Selasa lalu, Sariah berkata, ketika itu dia tinggal bertiga di rumah bersama suami, Abd Jamal Badarudin, 73, dan anak istimewanya, Azlan Alfikin, 28.

“Ketika hujan lebat dengan kilat dan ribut, anak makcik sedang membasuh pinggan di dapur manakala suami sedang berbaring di katil tengah kerana dia tidak sihat.

“Apabila ribut bertambah kuat, makcik segera memeluk anak dan suami, membawa mereka ke depan rumah sambil meminta suami azan.

“Makcik nampak macam puting beliung dan terdengar atap zing berbunyi kuat dan diikuti pokok tumbang menghempap rumah,” katany kepada Suara Perak.

Sariah bagaimanapun bersyukur kerana tidak ada sesiapa yang cedera di dalam kejadian itu.

Sementara itu, Hairul memberitahu, keluarga tersebut akan dipindahkan ke sebuah homestay di Taman Temara dekat sini sementara menunggu unit Flat SUK, Station 18 siap dengan bekalan air dan elektrik yang dijangka dalam tempoh seminggu.

Friday 21 April 2017

RARA KENCING PENDUDUK MELAYU KAJANG !!!



Assalammualaikum, sambungan kisah penipuan Rara DAP dari bahagian satu (Klik sini untuk cerita pertama) berkenaan Uptown Putra Kajang yang menjadi isu yang hangat dibantah oleh penduduk disana baru-baru ini.

Pada kali ini aku sertakan beberapa bukti yang menunjukkan sememangnya penubuhan Uptown ini sangat dibantah oleh penduduk disana atas beberapa sebab.

Antaranya adalah:

1. Tapak lokasi Uptown tersebut terletak hanya dalam jarak 50 meter dari Maahad Tahfiz Darul Huffaz dan Sekolah Agama Raudhah.

2. Lokasi Uptown ini juga sangat hampir dengan kawasan kediaman penduduk dan ini tentunya mengganggu ketenteraman penduduk setempat.

3. Jumlah tempat letak kereta yang dicadangkan oleh pihak penganjur iaitu sekitar 150 sehingga 200 petak dijangka memang tidak akan mencukupi dan pastinya akan menambahkan lagi kesesakan jalan persekitaran perumahan.

4. Tiada lampu isyarat di persimpangan lokasi perniagaan ke Taman Kajang Impian juga ke Jalan Kajang Impian. Jalan ini juga sentiasa mengalami kesesakan trafik dan pastinya kesesakan akan bertambah buruk sekiranya operasi perniagaan tetap dijalankan disini.

5. Jalan di sepanjang lokasi juga merupakan laluan bagi ibu bapa menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah dan sekiranya operasi Uptown tersebut tetap dijalankan disini dikhuatiri akan lebih menyumbangkan kepada kesesakan trafik dan akan lebih MERBAHAYAKAN KESELAMATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH di sekitar tapak lokasi.

6. Tapak Uptown tersebut juga berhampiran dengan kediaman asrama pekerja asing iaitu didalam jarak 50 meter. Ini akan mendatangkan kebimbangan kepada penduduk tempatan di kawasan perumahan berhampiran kerana dengan wujudnya operasi perniagaan tersebut, dikhuatiri gejala sosial akan semakin sukar dikawal kerana tapak itu akan menjadi tumpuan ramai terutama sekali golongan pekerja asing dan pendatang asing yang mendiami kawasan asrama di sekitar lokasi operasi perniagaan. Ini juga akan memberikan impak yang besar terhadap keselamatan dan keharmonian masyarakat tempatan setempat.

7. Permohonan penganjur secara jelas menyatakan bahawa mereka ingin membuka peluang dan melibatkan para peniaga bukan warganegara Malaysia di dalam operasi perniagaan tersebut bagi menarik perhatian pekerja warga asing yang mendiami kawasan sekitar. Ini secara jelas dan nyata bahawa peluang perniagaan yang ditawarkan tidak akan memanfaatkan ekonomi rakyat tempatan apatah lagi meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta beberapa ahli Majlis Perbandaran Kajang dari PAS bersetuju dan berkongsi kebimbangan bersama masyarakat setempat tentang gejala sosial yang akan berlaluasa akibat operasi perniagaan tersebut nanti.

Berdasarkan maklumat terdahulu juga, pihak MPKJ telah menolak permohonan yang sama dan sebab-sebab penolakan adalah sama seperti yang disenaraikan dalam penjelasan diatas.

Penganjur yang berbangsa cina ini juga telah menggunakan KHIDMAT SAMSENG yang telah dikenal pasti sebagai Geng Kucing Merah bagi menghalang pihak PBT dari melaksanakan kerja perobohan struktur haram yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Persoalannya sekarang, bagaimanakah penganjur yang telah mempunyai rekod penganjuran yang tidak baik dibenarkan dan diberi lesen untuk menguruskan operasi perniagaan serta lokasi yang sama ?

Dan salah seorang Ahli Majlis juga yang bernama RaRa dari DAP yang kini sedang kuat berceramah bersama Lim Kit Siang telah bersetuju menyokong permohonan Uptown gila ini. Jadi apakah sebenarnya muslihat RaRa disebalik ceramahnya yang menghasut anak muda dan menyebarkan dakyah yang kononnya Kerajaan Barisan Nasional mengabaikan dan membebankan rakyat tetapi dalam masa yang sama, dia telah menyokong untuk meluluskan Uptown yang untuk dibuka dan diberi peluang kepada warga asing ?

Mengapa RaRa sendiri tidak menghalang Uptown ini ? Sepatutnya RaRa menyokong dan menubuhkan Uptown untuk penduduk tempatan tetapi sebaliknya berlaku di balik kata-kata didalam setiap ceramah hasutannya bersama kepimpinan DAP.. (sila rujuk nama ahli majlis yang menyokong permohonan Uptown gila ini dibawah)

No 12 merupakan nama RaRa wanita bertudung dari DAP yang merupakan Ahli Majlis Perbandaran Kajang yang menyokong permohonan Uptown Gila ini.

Dibawah aku sertakan sedikit dokumen minit mesyuarat yang awal yang lalu yang menunjukkan bukti bahawa permohonan ini pada awalnya memang tidak diluluskan.

Keputusan ditolak


Dari sewaan untuk bazar ramadhan kepada sewaan perniagaan setiap hari.



Kecoh sewaktu penduduk setempat membantah di tapak operasi



Akan bersambung pada siri cerita yang ketiga nanti...



Tuesday 18 April 2017

RARA SOKONG AWANG NEGRO BERNIAGA UPTOWN DI KAJANG!!!


Sedia maklum, tentang kekecohan pada baru-baru ini ditapak Uptown baru yang akan dibuka di Kajang yang telah dibantah sekerasnya oleh penduduk-penduduk berhampiran.

Dalam kekecohan tersebut mungkin ramai yang tidak tahu, bahawasanya Rara yang merupakan seorang perempuan melayu bertudung yang sedang hebat berceramah ketika ini menghasut anak muda melayu menjatuhkan UMNO rupa-rupanya adalah salah seorang Ahli Majlis Perbandaran Kajang.  (sila rujuk senarai nama Ahli Majlis dibawah)
Maka terfikir juga, sekiranya Rara benar-benar mahu anak muda bersamanya menyelamatkan negara, mengapa dia selaku Ahli Majlis boleh membiarkan tapak baru Uptown di Kajang yang akan dibuka khas untuk peniaga-peniaga warga asing?
Dimana laungan kata-kata Rara didalam ceramah yang mahu membantu anak muda negara?

Adakah retorik semata-mata demi mahu memuaskan nafsu sendiri disebalik agenda peribadi?

Cerita ini akan bersambung lagi bersama dengan bukti-bukti pendedahan yang lain..

Tunggu...



Wednesday 5 April 2017

MAAF NAJIP ALI TIDAK IKHLAS!!! #Najibali


Setelah hampir seminggu barulah permohonan maaf dikeluarkan oleh Najip Ali. Namun bagi aku itu bukanlah permohonan maaf yang ikhlas atas kesalahannya kepada jutaan rakyat malaysia. Disebabkan kebodohan dan keegoannya yang tinggi, pihak Astro dan kerajaan malaysia haruslah menyenarai hitamkan najip ali dari terus membuat persembahan didalam negara ini. 

Dibawah merupakan komen permohonan maaf tidak ikhlas dari najip ali.. 

Stesen televisyen Singapura, Mediacorp Channel 5 dan Najip Ali hari ini meminta maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan satu segmen yang dikatakan mempersendakan Perdana Menteri Malaysia itu dalam rancangan OK Chope!.


Pada Rabu lepas, Mediacorp Channel 5 menyiarkan satu episod rancangan komedi OK Chope! yang turut menampilkan segmen berkenaan perdana menteri.


Penonton kemudian memberikan respons bahawa segmen itu menyakitkan hati, kata saluran itu dalam satu kenyataan dalam laman webnya.


“Channel 5 dan pasukan produksi di sebalik OK Chope! memohon maaf kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak atas satu segmen pada episod minggu lepas.


“OK Chope!, sebuah rancangan mingguan yang disiarkan secara langsung menampilkan para pelawak yang memberikan pandangan lucu mengenai berita dan hal ehwal semasa.


“Episod pada minggu lepas termasuk komen-komen yang merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia sebagai tidak berhemah dan menyakitkan hati. Oleh itu, kami telah menarik balik siaran ulangannya berkuat kuasa serta-merta.


“Kami memohon maaf atas kesilapan ini,” kata Ketua Pegawai Pelanggan Mediacorp Debra Soon.


Dalam kenyataan yang sama, Najip Ali berkata, “Sejak beberapa hari lepas saya sudah memikirkan sedalam-dalamnya komen yang dibuat semasa segmen dalam rancangan komedi Channel 5 yang merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia. Saya sedar betapa saya tidak sensitif dan tidak berhati perut.


“Saya ingin memohon maaf kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya merayu agar beliau, penonton dan rakan-rakan memaafkan saya,” katanya.


OK Chope! yang dihoskan Vernetta Lopez menampilkan ahli panel Najip Ali, Mike Kasem, Rishi Budhrani dan Sam See yang cuba untuk ‘chope’ ke atas satu sama lain bagi memberikan pandangan mereka mengenai kejadian terbaharu di media sosial, berita dan budaya pop. – BERNAMA

Member BSK