Jumlah Pengunjung

Friday 15 December 2017

NAJIB TERUS DESAK OIC SELAMATKAN BAITULMAQDIS UNTUK ISLAM PALESTINE!!!


Kesemua negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) digesa bersatu untuk menolak pengisytiharan Baitulmuqaddis sebagai ibukota Israel, sebaliknya kota suci itu perlu menjadi ibu negara Palestin, kata Perdana Menteri.

“Status muktamad Baitulmuqaddis tidak boleh diputuskan melalui pengiktirafan satu pihak kerana ia mesti diselesaikan menerusi rundingan pelbagai hala antara Palestin dan Israel di bawah kerangka penyelesaian dua negara.

“Langkah seumpama itu menjejaskan semua usaha ke arah mencari penyelesaian yang komprehensiff, adil lagi berkekalan terhadap konflik Palestin-Israel.

“Lebih-lebih lagi, masa depan penyelesaian dua negara itu tergantung dalam konteks ia mudah tergugat,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai Al-Quds Al-Sharif (Baitulmuqaddis) di Istanbul, Turki hari ini.

Menurutnya, sebarang percubaan untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis atau sebarang perubahan dalam sempadan sebelum 1967 adalah melanggar hak rakyat Palestin dan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu.

“Pengiktirafan Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negara Israel adalah sama seperti menyemarakkan api peperangan terhadap situasi yang telahpun meruncing. Berbuat demikian juga merestui dasar pendudukan haram dan penindasan Israel, yang menyebabkan penderitaan teruk yang berlarutan kepada rakyat Palestin,” kata Najib.

Tegas Najib , sebagai sebuah organisasi yang mewakili lebih 1.6 bilion umat Islam, OIC tidak boleh terus membisu dalam menghadapi perkembangan yang tidak adil.

“Kita mesti bekerjasama sebagai saudara Muslim seagama dan dengan komuniti antarabangsa, untuk memastikan kedudukan Al-Quds Al-Sharif dirundingkan dalam kerangka penyelesaian dua negara.

“Pada masa yang sama, kita harus berusaha untuk menghalang negara lain daripada mengikuti langkah yang sama mengisytiharkan bandar itu sebagai ibu negara Israel,” kata beliau lagi.

Sidang kemuncak bertemakan ‘Tindakan Bersama dalam Semangat Perpaduan dengan Al-Quds’ diadakan atas permintaan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan atas kapasiti beliau selaku Pengerusi Sidang Kemuncak Islam Ke-13 berikutan pengumuman oleh Amerika Syarikat untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel.

SUMBER

Sunday 3 December 2017

RM2 JUTA KANTOI HARGA KONDO ANAK SAUDARA AZMIN ALI!!!


1. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Pelanduk sentiasa melupakan jerat tapi jerat tak pernah melupakan pelanduk. Begitulah apa yang berlaku kepada Azmin Ali Menteri Besar Selangor. Segala macam rasuah dan salah guna kuasa di Selangor dia hanya berdiam diri. Walaupun isu pegawai khasnya Hilman Idham didedahkan di masih sempat melepaskan diri.


2. Namun sesuatu yang Azmin tidak sedar ialah seorang budak bergelar 'Aboy' atau Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid anak saudara Azmin Ali yang paling dipercayainya. Beliau sering dilihat bersama Azmin dalam mesyuarat penting, program dan lain-lain. Aboy seorang penganggur dan lebih tepat digelar sebagai orang tengah 'brooker' projek. Semua projek lombong pasir, batu dan segala macam projek yang boleh menggunakan kelulusan MB Selangor beliau dapat. Belum dikira Aboy memasukkan gambar-gambar kenderaan mewah, percutian mewah serta gaya hidup mewahnya dalam laman sosial facebook dan instagram. 


3. Pelbagai aduan termasuk aduan Ummi Hafilda adik Azmin kepada SPRM turut dibuat sekian lama, malah dikatakan setahun SPRM menyiasat kes Nuzul Fadli ini. Akhirnya pada 29 November 2017 'Aboy' ditangkap di kediamannya A-21-13 Desa Pandan Kuala Lumpur. Tiada kerja tapi mampu tinggal di Kondomium mewah G- Residence berharga sekitar RM857k hingga RM2 juta.Bukan calang anak muda duduk di rumah ini.

Member BSK