Jumlah Pengunjung

Sunday 30 June 2013

TERGAMAK PAS BIARKAN ISLAM TERUS DI HINA SEKARANG !!!




SURAT TERBUKA MOHON PRESIDEN PAS MENJAWAB ISU RANG UNDANG UNDANG MEMBENARKAN MANA MANA PASANGAN MASUK ISLAM MEMBAWA ANAK MEREKA MASUK ISLAM SEKALI

BICARA UNDANG UNDANG BERSAMA PLA/// 30-6-2013


MANA ULAMAK PAS ? DI KALA PEMIMPIN BESAR DAP MENENTANG RANG UNDANG UNDANG MENJAGA AQIDAH UMMAT ISLAM DENGAN MEMBERI HAK BAPA ATAU EMAK YANG SUDAH MASUK ISLAM UNTUK MEMBAWA ANAK MASUK ISLAM SEKALI

Sebelum ini, Mohamad Razali telah mendedahkan Agenda Kristianisasi DAP. Dalam perbicaraan di mahkamah, Teresa Kok, mengakui enggan mengiktiraf agama Persekutuan ialah Islam. Sebelum daripada itu, Ketua Perhubungan Ahli Parlimen DAP, dalam satu smeinar di KLSCAH, mendesak dan mengugut PAS agar menerima sosialisma, liberalisma dan pluralisma untuk terus kekal dalam Pakatan Sosialis-Liberal-Plural.

Bukan KitSiang tak tahu undang-undang sebab beliau ialah seorang yang berlatarbelakangkan akademik dan lulusan jurusan undang-undang. Beliau sengaja membuka ruang dan pintu dalam kaedah 'EXPOSURE TO THE ELEMENTS' agar puak Melayu sosialis-liberal-plural akan mempertahankan pula pendapat beliau.

Tengok alasan yang diberikan oleh KitSiang, 
Konversi kanak-kanak bawah umur minoriti;
Selaras dengan Perlembagaan;
Institusi Kekeluargaan;
Kebebasan Beragama;
Keharmonian Nasional.

Perlembagaan sendiri memberikuasa kepada Kerajaan Persekutuan, melalui dan di atas kausa-kuasa Yang DiPertuan Agong selaku Ketua Utama Negara, mengubal dan membuat apa-apa undang-undang bagi memelihara dna melindungi orang Islam terhadap perkembangan agama lain. 

Banyak lagi hujah-hujah dari segi moral dan perundangan yang mantap untuk membantah hujah dan justifikasi yang diberikan oleh apek tua itu. Tapi dek terlalu banyak, secara umum, hujah apek tu boleh dipatahkan dengan hujah-hujah dan rasionalisasi berikut:-
Agama Persekutuan ialah Islam. 

Perlembagaan mengutamakan pemeliharaan dan perindungan kepada agama Islam. Tapi Kebebasan Beragama tertakluk kepada sebarang perundangan yang memelihara kesucian agama Islam yang perundangan sedemikian dibenarkan oleh Perlembagaan sendiri. 

Kalau kanak-kanak itu sendiri hendak memeluk agama Islam, apakah hak ahli politik seperti apek Kit Siang hendak halang?
Tak berlaku sebarang gugatan kepada institusi kekeluargaan bilamana tiada campurtangan dan hasutan daripada ahli politik seperti KitSiang.

Keharmonian Nasional tak pernah terganggu dan tergugat kerana perundangan tetapi disebabkan oleh gerak kerja hasutan ahli politik seperti Kit Siang. 


Ini kerana, kuasa-kuasa berkenaan pemutusan hak perlindungan agama Islam dan penganut agama Islam terletak kepada Kerajaan Persekutuan, yakni Yang Di Pertuan Agung selaku Ketua Utama Negara. Penafsiran semua perkara dalam Perlembagaan adalah terletak kepada Perlembagaan sendiri kecuali dimana dipertuntukan selain daripada itu. 

KitSiang sengaja enggan mematuhi dan mencabar serta campurtangan dalam kausa-kuasa yang bukan miliknya di bawah Perlembagaan. Inilah bahayanya apabila menyokong DAP -PKR semata-mata kerana benci kepada UMNO/BN akibat segelintir perbuatan pemimpin yang dikatakan bermoral buruk.Tapi bila dibandingkan dengan keburukan moral pemimpin DAP PKR; ternyata pemimpin UMNO/BN adalah yang terbaik dari pemimpin DAP-PKR yang lebih buruk moral dan lebih merbahaya kepada Perlembagaan dan rakyat Malaysia.



USTAZ KAZIM ELIAS JADI MANGSA DAP PULAU PINANG !!!






BUKIT MERTAJAM 29 Jun - Pendakwah bebas, Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz atau dikenali sebagai Ustaz Kazim kesal apabila kerajaan negeri Pulau Pinang mengarahkan program Forum Perdana yang dijadual diadakan di negeri itu pada 5 Julai ini dibatalkan.

Beliau mendakwa arahan itu dikeluarkan oleh Exco agama atas alasan tidak suka kepada beliau yang dikatakan boleh menggugat kerajaan negeri.
“Sebagai Exco agama dia sepatutnya tolong saya, bantu serta bagi ruang dan bukan sekat saya berdakwah.

“Sebagai pendakwah saya sedih kerana ahli jemaah yang menjadi mangsa kepada politik sedangkan saya bukan ahli politik. Orang politik sepatutnya berbaik dengan pendakwah supaya mereka mendapat faedah, tetapi yang berlaku sebaliknya kerana yang rugi bukan saya tetapi masyarakat. Biarlah masyarakat yang menilai dan menghukum pemimpin seperti itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pusat Pengajian Darul Wehdah, Permatang Pauh di Simpang Tiga Kubang Ulu di Penanti dekat sini.

Muhammad Kazim yang juga Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi, Ipoh berkata, walaupun bukan semua ahli politik bersikap begitu, tetapi masih ada ahli politik kurang mahir berpolitik dan menjadikan pendakwah bebas sebagai musuh mereka.
“Sepatutnya pendakwah bebas seperti saya dibantu kerana mereka mempunyai pengikut. Membatalkan ceramah dengan arahan lisan menjejaskan dakwah dan menjadikan orang ramai kecewa dengan orang politik.

“Salah satu sebab saya mengambil keputusan berhenti berceramah kerana sudah bertahun-tahun menghadapi tekanan politik. Saya berdakwah orang politik yang ganggu, mereka buang dan bakar bunting, membakar mercun dan mengarahkan batal kuliah," katanya.

Menurutnya, bukan beliau seorang sahaja yang menghadapi tekanan politik, tetapi ramai lagi pendakwah menghadapi situasi itu membuatkan beliau mengambil keputusan berhenti ceramah pada November tahun ini.

“Arahan ahli politik supaya dibatalkan majlis pada saat-saat akhir juga menimbulkan masalah kepada jawatankuasa surau dan masjid. Penganjur juga diberikan tekanan politik supaya dibatalkan.

“Walaupun saya berhenti ceramah, tetapi saya masih meneruskan dakwah di media massa dan elektronik, menulis buku dan majalah," ujarnya.
Tambah beliau, bidang pendakwahan sangat luas dan bukannya berceramah dalam Forum Perdana sahaja.
Menurut Muhammad Kazim, tidak seperti Pulau Pinang, beberapa negeri lain mengamalkan sikap terbuka kepada pendakwah sepertinya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan ahli politik supaya bersikap profesional dan jangan anti kepada pendakwah bebas dan program ceramah agama.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim ketika dihubungi menafikan beliau mengarahkan Forum Perdana itu dibatalkan.

Abdul Malik berkata, selaku Exco yang bertanggungjawab terhadap agama Islam di negeri itu, beliau tidak pernah mengeluarkan arahan berkenaan.

“Pulau Pinang bersikap terbuka dan tidak menghalang majlis ceramah serta percambahan ilmu yang mahu diadakan di negeri itu. Kita juga tidak meletakkan syarat bahawa penceramah yang mahu dijemput itu mesti mempunyai tauliah agama seperti yang disyaratkan di negeri-negeri lain," katanya.

Menurutnya, kemungkinan perkara itu berlaku disebabkan salah faham.
“Seingat saya pada tahun lepas, dalam satu program ceramah anjuran kerajaan negeri, kita ada menjemput Ustaz Kazim hadir," katanya.




MAMPOS LA ANWAR IBRAHIM BILA KARPAL SINGH DAH MENGAKU SEKARANG NI !!!





Pengerusi DAP, Karpal Singh berpendapat pendedahan yang dibuat oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menjejaskan pakatan pembangkang.

Karpal berkata, segala yang dibincangkan antara Jusuf dengan Ketua Pembangkang itu tidak seharusnya didedahkan kepada umum.
"Kenyataan yang dikeluarkan Jusuf boleh menjejaskan pakatan pembangkang dan menimbulkan persoalan tentang kredibiliti Anwar.
"Jika Anwar terjejas, ia juga memberi kesan kepada komponen dalam pakatan pembangkang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Jusuf mendakwa Anwar mendapat dana besar dari pihak asing untuk menganjurkan siri perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Jusuf turut mendakwa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempunyai imaginasi melampau dan ego kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun parti pimpinannya kalah dalam PRU-13 lalu.
Mengulas lanjut, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, Jusuf harus meminta maaf secara terbuka kerana menuduh Anwar mendapat bantuan dana asing untuk menjalankan perhimpunan berkenaan.

"Beliau harus menyatakan rasa kesalnya kerana menuduh Anwar seperti itu," katanya.




Saturday 29 June 2013

POLIS MALAYSIA PERLU BUAT PERUBAHAN !!!





Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta pasukan polis supaya menggunakan pendekatan lebih canggih dalam usahanya mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap pasukan itu.

Katanya, menggunakan Prosedur Operasi Standard (SOP) semata-mata belum memadai sebaliknya perlu menggunakan semua pendekatan termasuk melalui publisiti media alternatif dan media arus perdana untuk memaklumkan masyarakat mengenai peranan serta kejayaan pasukan itu.

"Dedahkan peranan, beritahu tugas polis, bermula sebaik sahaja keluar dari pusat latihan dan kita perlu beritahu bahawa hanya orang yang betul-betul terpilih menganggotai pasukan ini," katanya ketika berucap pada majlis makan malam meraikan beliau di sini malam tadi.

Dr. Wan Junaidi berkata, walaupun seribu perkara kebaikan dilakukan dan kejayaan yang dicapai anggota keselamatan namun jika terdapat satu perkara buruk berlaku ia akan memadam semua kebaikan dan kejayaan itu.

"Kejadian jenayah seperti ragut dan samun yang berlaku lebih dihebohkan walaupun kadar jenayah menurun di kebanyakan tempat, sedangkan kematian polis berkorban untuk negara tidak diendahkan," katanya. - BERNAMA





Friday 28 June 2013

BERITA MENARIK UNTUK BELIA !!!





Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menjenama semula semua modul latihan dan program belia di negeri ini selaras dengan perubahan perkembangan sains dan teknologi.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Jabatan Belia Selangor terdapat banyak modul latihan belia yang sudah lapuk dan perlu ditukar.

"Program belia dan modul latihan pembangunan sahsiah yang ada pada masa ini banyak yang sudah lapuk dan perlu dikemas kini secara berperingkat.

"Di Selangor terdapat kawasan bandar yang luas berbanding luar bandar dan oleh itu, pendekatan program dan modul belia perlu selaras dengan kehendak belia di bandar yang terdedah dengan perkembangan semasa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja bersama timbalannya, Datuk M. Saravanan ke Jabatan Belia Selangor (JBS) Selangor di Sementa di sini hari ini.

Khairy berkata, berdasarkan kajian yang dibuat oleh kementerian, belia hari ini berminat dengan program baru bersifat intelektual dan program kerohanian berbentuk hiburan.

"Kementerian akan membuat pendekatan baharu dalam menyediakan program untuk belia seperti mengadakan aktiviti debat yang membicarakan isu-isu semasa agar kita dapat gambaran lebih jelas terhadap minat dan kehendak golongan tersebut.

"Hari ini anak-anak muda amat berminat dengan program ceramah agama oleh tokoh agama selebriti. Kita akan cari jalan bagaimana kementerian boleh bekerjasama dengan personaliti-personaliti terlibat," katanya.

Mengenai tabung keusahawanan belia, Khairy berkata, buat masa ini kementeriannya memperuntukkan tabung untuk usahawan belia di peringkat asas.
"Dengan pasaran perniagaan yang luas di negeri ini, para belia memerlukan dana yang sesuai untuk mengembangkan perniagaan mereka," katanya.





PERCUBAAN BUNUH BERITA MELAYU DI PULAU PINANG !!!




Berita yang mengejutkan aku terbaca di blog simens melayu maju tentang perkhabaran di sidang dun pulau pinang bila pemberita dari utusan malaysia tidak dibenarkan memasuki dewan. Memang semakin besar kepala bila DAP dapat mengekal pemerintahan di pulau pinang sekarang.

Inikah demokrasi yang di ungkapkan oleh parti pembangkang selama ini ? Kita sedia maklum bahawasanya utusan malaysia adalah surat khabar utama bangsa melayu di tanah melayu ini. Nampak sangat DAP cuba membunuh berita untuk bangsa melayu mengetahui perkembangan di tanah air sendiri. 










Thursday 27 June 2013

PUNCA JENAYAH MENINGKAT KERANA PEMBANGKANG SEDIA MEMBELANYA !!!





Lagi cerita tentang mahkamah di Malaysia yang hukum serta undang-undang yang digunapakai, kelihatan sangat bercelaru dan terbalik sana sini.Sudahlah Pejabat Peguam Negara menjadi pertikaian banyak pihak ekoran tindakan-tindakan yang diambilkelihatan ‘terlalu misteri’, tetapi juga pertimbangan yangdibuat oleh para hakim dan majistret juga, kelihatan terlalu mencurigakan.
Selepas kali terakhir Majistret bernama Norashikin Sahat membuat keputusan kontroversi membebaskan Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar serta merta dan tidak membenarkan tahanan reman oleh polis hanya kerana menurutnya, polis tidak menyatakan individu khusus yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.
Walhal permohonan yang dibuat oleh polis adalah untuk siasatan yang lebih menyeluruh bagi tujuan pendakwaan. Tindakan majistret tersebut memberikan gambaran seolah-olah polis telah melakukan tangkapan secara rambang, tidak mempunyai asas dan suka-suka nak tangkap suspek.
Itu satu kes. Kes-kes sebelumnya melibatkan hakim dan mahkamah di Malaysia apabila membabitkan isu-isu atau kes-kes yang berkaitan dengan politik atau yangdipolitikkan juganampaknya turut mengundang tahap pemikiran yang sangat tinggi untuk memikirkan mengapa keputusannya jadi sebegitu rupa.
Selepas Mahkamah Rayuan membenarkan seorang peguam bukan Islam menjadi peguam syarie, semalam Mahkamah Tinggi pula menganugerahkan RM801,700 dan tambahan RM50,000 sebagai gantirugi teladan kepada keluarga penjenayah A.Kugan setelah hakim dalam perkiraan dan pertimbangannya secara tidak langsung menyatakan bahawa polis sengaja membunuh lelaki India itu di dalam tahanan!
A.Kugan mati ketika dalam tahanan lokap Balai Polis Subang Jaya pada tahun 2009. Kematiannya telah disensasikan oleh peguam-peguam PKR terutama sekali oleh N.Surendran dan Sivarasa Rasiah. Ibunya, Indra Nallathamby, 43, pada Januari tahun lepas, menfailkan saman sivil untuk menuntut kerugian RM100 juta daripada kerajaan dan polis yang didakwanya melakukan ‘pembunuhan kejam’ terhadap anaknya itu setelah menerima nasihat daripada barisan peguam India PKR.
Ketua Polis Selangor pada ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang kini merupakan Ketua Polis Negara, pegawai polis Navindran Vivekanandan, Ketua Polis Subang Jaya ketika itu, Zainal Rashid Abu Bakar (telah meninggal dunia) termasuklah Ketua Polis Negara pada waktu itu, dan Kerajaan Malaysia telah dinamakan sebagai defendan.
Keputusan melibatkan A.Kugan dan hadiah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi kepada keluarga penjenayah berkenaan, telah membuka satu ruang baru iaitu PENJENAYAH DIBELA, POLIS DICERCA. Sekaligus memberi makna bahawa menurut sistem perundangan di negara ini, penjenayah merupakan raja dan tidak boleh disentuh. Sebarang perbuatan yang melibatkan kematian mereka, akan dianggap mengacau hak asasiseorang penjenayah.
Justeru, kalau apa pun yang mereka ingin lakukan, maka polis perlu melakukan dengan penuh sopan santun. Polis tidak boleh meninggi suara sama sekali kepadapara penjenayah. Kalau perlu digari, permohonan perlulah dibuat secara tapisan dan rundingan.
Untuk melakukan siasatan, polis hendaklah menjemput para penjenayah ke balai polis. Kalau penjenayah enggan berbuat demikian, maka polis tidak boleh berbuat apa-apa, memandangkan terdapat ramai peguam terutama sekali yang menentang kerajaan sudi untuk membela mereka.
Barangkali akan ada pihak yang sakit hati dan melihat sebarang keputusan mahkamah yang tidak disenangi dan dirungutkan, menganggap perlaksanaan perjalanan undang-undang itu sebenarnya tidak lain dan tidak bukan hanyalah atas dasar politik semata-mata. Apatah lagi keputusan berkenaan hanya melibatkan kaum India.
Sekaligus pada masa yang sama, sebarang keputusan mahkamah di Malaysia dilihat tidak berkredibiliti dan terlalu politik sifatnya!
Adakah ini keadilan yang dimaksudkan? Adakah ini sebenarnya tujuan mahkamah ditubuhkan di negara ini iaitu untuk membantu pihak-pihak tertentu meraih populariti mudah dengan menjadikan undang-undang negara dan tahap keselamatan rakyat Malaysia yang tidak terlibat dalam jenayah mahupun yang menjadi mangsa jenayah, sebagai bahan mainan mereka?

Yang pasti dalam kes ini, sekali lagi polis yang tugas mereka menjaga keselamatan dalam negeri, dipersalahkan kerana kematian seorang penjenayah. Dan akibat daripada kematian penjenayah tersebut, maka polis serta rakyat Malaysia perlu membayar ganti rugi kepada keluarga si penjenayah terbabit kerana Hakim Mahkamah Tinggi yang memutuskannya!




Wednesday 26 June 2013

DAP PULAU PINANG BUNUH PENIAGA MELAYU BAZAR RAMADHAN !!!



Penutupan Jonker Walk dijadikan alasan untuk balas dendam DAP kepada peniaga Melayu. Cita-cita DAP untuk menutup ruang peniaga Melayu berniaga waima tidak tinggal seorang pun.  Sebenarnya tindakan menutup perniagaan kepada orang Melayu telah lama dilakukan oleh Kerajaan Cina DAP Pulau Pinang.

Kenyataan Tony Pua supaya (baca seterusnya...)




TERBARU... SALLY YEN CABAR LAGI SEMUA UMAT ISLAM !!! BANGSATTT...





Hinanya agama Islam. Tiada siapa pun yang mahu mempertahankan agama suci Islam. Tindakan penguatkuasa yang lemah menambahkan kekalutan dan menimbulkan keresahan kepada semua penganut agama Islam di negara ini. Jika dibiarkan berleluasa, agama Islam akan dipermain-mainkan sesuka hati oleh penganut agama lain.

Tindakan seorang Cina Bangsat, Sally Yen yang menghina Rasulullah dan agama Islam secara terang-terangan langsung tidak diambil peduli oleh penguasa yang berwajib. Tambahan pula sokongan Ustazah Segera PAS, Abby Abaditerhadap tindakan Cina Bangsat ini menyebabkan Cina Bangsat ini bertambah berani.

Komen terbaru Sally Yen lebih dasyat menghina Islam tanpa dipedulikan langsung oleh penguasa berwajib ataupun pak-pak menteri. Oleh kerana Sally Yen ingin berbangsa Cina, maka (baca sterusnya..)




ADUN KUALA BESUT MENINGGAL.. ADAKAH PILIHANRAYA KECIL AKAN BERLAKU ???



Adun Kuala Besut merangkap exco kerajaan negeri Trg iaitu Dr A Rahman telah meninggal dunia jam 10.18 pg tadi. Alfatihah..

Pada PRU13,Allahyarham Dr Rahman 8,809 undi kalahkan calon PAS,Napisah Ismail 6,375.Majoriti 2,434 undi.Jumlah pengundi DUN tu 17,679


PENGERUSI SPR TS Aziz yang dihubungi kata SPR akan mesyuarat Jumaat ini mengenai kerusi DUN Kuala Besut ekoran kematian Allahyarham Dr Rahman




HASRAT SEBENAR ANWAR UNTUK BUNUH NAJIB !!!





KUALA LUMPUR 25 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menjadi perancang utama dalam konspirasi menggunakan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu untuk membunuh karier politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, Anwar sering mengaitkan Najib dengan kes itu dalam siri ceramah politiknya sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Menurut beliau, konspirasi tersebut masih diteruskan selepas PRU-13 dan dilakukan secara sistematik termasuk menerusi bantuan media propembangkang.
"Mereka melakukannya secara berperingkat dan setiap tahun kes pembunuhan Altantuya akan dibangkitkan sekurang-kurangnya tiga kali.

"Saya tidak hairan apabila timbul dakwaan pembangkang cuba menyogok keluarga Koperal Sirul Azhar kerana perbuatan itu merupakan salah satu taktik mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Lum Yong mengulas kenyataan bekas peguam bela Anwar, Datuk Zulkifli Noordin semalam, yang tidak terkejut dengan pendedahan cubaan menyogok keluarga Sirul dengan wang RM3 juta kerana memang terdapat usaha terancang bagi memfitnah Perdana Menteri sewaktu mengendalikan kes Ketua Pembangkang itu dahulu.
Minggu lalu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman membuat pendedahan melalui TV3 bahawa terdapat usaha daripada pembangkang untuk menyogok keluarga Sirul agar bersetuju membuat kenyataan palsu terhadap Najib.

Namun, Lum Yong yakin rakyat tidak termakan fitnah yang ditaburkan ke atas Perdana Menteri oleh Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain.
"Usaha mereka memfitnah Najib tidak berkesan kerana rakyat memahami kedudukan sebenar kes pembunuhan Altantuya," ujarnya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari memberitahu, pendedahan Rahimi itu menunjukkan pihak pembangkang semakin terdesak sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Najib.

Beliau juga meminta pihak berkuasa segera menjalankan siasatan memandangkan pendedahan tersebut melibatkan individu berprofil tinggi.
"Perlu ada tindakan proaktif daripada pihak berkuasa, tidak perlu tunggu sehingga orang ramai membuat aduan," jelasnya.




Tuesday 25 June 2013

32 BABI LIAR DI TAHAN DI HADAPAN PARLIMEN !!!





Majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen semalam 'tercemar' dengan tindakan biadab kumpulan penyokong parti pembangkang yang merusuh dan mahu merempuh masuk ke bangunan itu.

Selain berhimpun seawal pukul 8.45 pagi, kumpulan perusuh itu mencetuskan kekecohan apabila berbaring di atas jalan kira-kira 500 meter dari pintu masuk Bangunan Parlimen iaitu di Jalan Parlimen-Jalan Mahameru.

Mereka turut memaki hamun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa tidak adil serta melemparkan kata-kata kesat meminta pemimpin suruhanjaya itu meletak jawatan.
Kekecohan bermula kira-kira pukul 10.50 pagi apabila sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dipimpin Adam Adli Abdul Halim cuba merempuh kawalan polis untuk memasuki pekarangan Parlimen.

Rempuhan ganas kumpulan itu mengakibatkan beberapa anggota polis termasuk seorang berpangkat inspektor cedera selepas diserang dan dipukul oleh perusuh tersebut.

Polis terpaksa menahan beberapa perusuh kumpulan itu dan pada masa yang sama peserta perhimpunan lain menghamburkan kata-kata kesat kepada anggota keselamatan yang berkawal menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di Jalan Parlimen.
Insiden ganas yang berlangsung selama 40 minit kembali reda selepas pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali Cikgu Bard dan Adam Adli menyerah diri kepada polis.

Kumpulan perusuh itu mula bersurai dan menuju ke Padang Merbok pada pukul 12.05 tengah hari selepas diarahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan pihaknya menahan sebanyak 32 perusuh kerana membuat kecoh dan merempuh kawalan polis di sekitar Bangunan Parlimen hari ini.

Menurut beliau, mereka terdiri daripada 29 lelaki dan tiga wanita termasuk Cikgu Bard dan Adam Adli.
"Peserta perhimpunan telah membuat provokasi dengan membaling botol air, telur dan menyimbah cat terhadap anggota polis yang bertugas.

"Bagaimanapun polis berjaya mengawal keadaan tersebut dan meneruskan kawalan dan pemantauan bagi memastikan keselamatan di Bangunan Parlimen terjamin," katanya dalam laman Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Perhimpunan anjuran pembangkang dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan itu dianjurkan di Padang Merbok oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula kelmarin.
Himpunan yang gagal mendapat sambutan itu turut dicemari insiden ganas termasuk kejadian dua anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikasari.





Monday 24 June 2013

TINGGAL BERAPA KERAT JE YANG TIDUR DALAM KHEMAH !!! KESIAN...




Sebahagian kumpulan yang berkhemah di Padang Merbok di sini bersurai setelah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis dua jam untuk mengosongkan kawasan tersebut manakala selebihnya masih berdegil dan tidak berganjak.
 
Kira-kira 150 orang yang tidak menunjukkan tanda-tanda untuk meninggalkan kawasan itu, hanya bertindak menurunkan struktur khemah sahaja.
Seorang daripada kalangan yang berkhemah di situ yang hanya ingin dikenali sebagai Hashim, 49, berkata dia mengambil keputusan untuk bersama dengan penyokong lain walaupun keadaan cuaca berjerebu.

Tinjauan Bernama sehingga 4.30 petang semalam mendapati masih terdapat kira-kira 30 buah struktur khemah ditempatkan di kawasan Padang Merbok.
Pada pukul 3.50 petang kelihatan beberapa buah kenderaan DBKL bersama anggota penguatkuasa tiba di padang itu bagi mengambil tindakan dan memantau keadaan di kawasan sekitar.

DBKL mengeluarkan notis dua jam pada 10.15 pagi semalam kepada kumpulan yang berkhemah di Padang Merbok untuk mengosongkan kawasan itu.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali Cikgu Bard berkata kira-kira 100 buah khemah didirikan di kawasan Padang Merbok selepas perhimpunan Black 505 semalam.
Katanya seramai 246 orang bermalam di Padang Merbok itu. - BERNAMA






UJIAN DARI ALLAH UNTUK USTAZ KAZIM ELIAS !!!



Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menafikan dakwaan kononnya Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi yang dibuka oleh penceramah bebas, Muhammad Kazim Elias adalah pusat di bawah 'kawalan' Barisan Nasional (BN).


Zambry turut menyangkal fitnah politik yang dilemparkan kepada Muhammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim kononnya beliau telah memberikan wang secara peribadi bernilai RM7 juta kepada pendakwah terkenal itu.

"Saya amat bersimpati dengan Ustaz Kazim dalam keadaan beliau difitnah dengan pelbagai cara dan ugutan. Kita bekerjasama dalam perkara yang baik. Takkan kita pula mahu menolak orang yang memperkenalkan negeri Perak serta institusi dan pengajian Islam seperti ini?" katanya pemberita selepas menghadiri majlis perasmian sambutan ulang tahun ke-7 pusat pendidikan itu di sini hari ini.

Sunday 23 June 2013

VIDEO ANWAR HASUT RAKYAT LAWAN KUASA ALLAH !!!



Jerebu yang sedang melanda negara kita sekarang semuanya sedia maklum, bahawasanya itu adalah satu petanda kepada hambanya tentang kekuasaan ALLAH yang menciptakan sesuatu yang mempunyai sebab-sebabnya. Semua juga sedia maklum disebabkan jerebu semalam juga ALLAH telah menggagalkan perancangan jahat anwar untuk menghuru harakan negara malaysia yang selama ini aman dan damai. Walau apa jua petanda yang ALLAH berikan, anwar tidak pernah mahu menyedarinya kerana anwar yakin dengan keangkuhan yang dimiliki oleh PAS akan membutakan mata pengikiutnya.

Kebiasaannya beliau sering menyalahkan kerajaan khasnya FRU yang menggunakan alat pemedih mata bagi menyuraikan mereka, namun petang semalam kuasa Allah dengan cuaca yang berjerebu menyebabkan sebahagian besar penyokong PR tidak hadir dan ada juga yang bersurai awal.

Maka perancangan mereka untuk gulingkan kerajaan tidak tercapai, selepas ini apa pula perancangan Anwar yang keseterusnya. Semoga ALLAH taala akan sentiasa menggagalkan perancangan jahat dari mereka.


(KLIK GAMBAR DI ATAS UNTUK VIDEO )


Member BSK