Jumlah Pengunjung

Wednesday 12 September 2012

Soros turut biayai PKR, Malaysiakini, IKD?

"Saya mempertikaikan bagaimana Presiden PKR boleh memohon dana daripada seorang Yahudi yang telah memanipulasikan mata wang Malaysia pada 1997 tanpa merujuk Majlis Pimpinan Tertinggi PKR terlebih dahulu," katanya.
Beliau mengulas pendedahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa Open Society Institute yang diasaskan Soros telah menyalurkan dana lebih RM558,000 kepada Suaram seperti dipetik daripada laman UMNO-Online hari ini.
Lokman yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO menambah, dalam satu mesyuarat pilihan raya PKR, beliau mendapat tahu parti itu telah menggunakan RM3 juta pertama daripada Soros untuk menempah bahan kempen pilihan raya seperti kemeja-T, topi dan bendera dari China.
Menurut rakan-rakannya di dalam PKR katanya, parti itu sehingga kini masih berterusan menerima dana daripada Soros.

No comments:

Post a Comment

Member BSK