http://perakite.blogspot.com/2012/10/setpol-zambry-rasmi-konsert-amal-tiger.html
Setelah gagal untuk memfitnah Menteri Besar Perak, kini Pas menghalakan 
serangan kepada Setiausaha Politik MB iaitu Datuk Haji Ahmad Shalimin 
Ahmad Shaffie. Tanpa usul periksa blogger pembangkang terus menyerang 
setpol MB itu dengan menuduh Datuk Shalimin bersubahat dengan konsert 
amal yang ditaja oleh pengeluar minum arak Tiger Beer. Sebenarnya Datuk 
Shalimin dijemput oleh Pengerusi Majlis pembangunan Smjk Malaysia untuk 
Majlis Jamuan Makan Malam Amal bagi mengutip derma untuk Sekolah Smjk 
Hua Lian. Kerajaan juga melalui Kementerian Pelajaran telah memberi 
bantuan sebanyak RM700 ribu bagi membantu sekolah tersebut.
Sebagai setpol kepada Menteri Besar Perak maka amatlah tidak sopan 
sekiranya jemputan untuk perasmian ditolak, kerana ahli persatuan itu 
adalah rakyat negeri Perak.
Datuk Shalimin juga tidak mengetahui konsert amal yang dijalankan oleh 
persatuan itu telah ditaja oleh Tiger Beer. Datuk Shalimin dijemput 
hanya untuk merasmikan majlis makan malam anjuran persatuan tersebut dan
 bukannya merasmikan program Tiger Beer.
Budaya masyarakat cina sebenarnya memang biasa mengadakan program makan 
malam dengan menjemput pemimpin tinggi kerajaan untuk meminta sumbangan 
dan derma. Sebenarnya pemimpin pakatan rakyat juga sudah biasa terlibat 
dengan makan malam sebegini.
Fitnah sebegini memang amat disukai oleh pencacai pakatan rakyat. Pernah
 berlaku kejadian dimana seorang penyokong pas memaki hamun pemimpin 
umno hanya gara gara pensel sekolah anaknya hilang. Puak pencacai ni 
memang terkenal suka menyalahkan orang tanpa usul periksa serta 
memfitnah telah menjadi darah daging dan menjadi budaya mereka.
Dibawah ini saya sertakan juga gambar pemimpin pakatan rakyat yang 
menghadiri satu program anjuran DAP Ipoh Barat dimana program ini 
bertujuan untuk mengutip sumbangan untuk Pilihanraya. Dalam program 
jamuan makan malam itu tiger beer dihidangkan juga di meja meja lain di 
belakang meja pemimpin melayu itu.



No comments:
Post a Comment