Jumlah Pengunjung

Friday 19 October 2012

AES TELAH BERJAYA DI 90 NEGARA !!!

Pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di 90 negara di seluruh dunia terbukti berjaya mengurangkan kadar kemalangan di antara 40 sehingga 60 peratus. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan telah menjalankan kajian selama 10 tahun sebelum memutuskan untuk melaksanakan sistem berkenaan di negara ini.
Oleh itu katanya, kerajaan tidak berhasrat untuk mengkaji semula penggunaan sistem berkenaan walaupun mendapat tentangan daripada sesetengah pihak.
"Saya telah jelaskan dan ingin tekankan sekali lagi bahawa kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk melakukan kajian dan menangguhkan pelaksanaan AES.
"Kami telah melakukan kajian hampir 10 tahun dan sistem ini terbukti berjaya di 90 negara luar. Selain itu, kami juga menerima reaksi positif daripada majoriti pengguna jalan raya yang mahukan AES dilaksanakan kerana tidak gembira dengan sikap buruk pengguna jalan raya lain," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Sebanyak 831 lokasi hitam kemalangan bakal dilengkapi (AES) termasuk 14 lokasi yang telah beroperasi sejak 23 September lalu dan lokasinya ditentukan berdasarkan data kemalangan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam pada itu, Cho Ha turut menolak dakwaan bahawa kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk memasang dan melaksanakan sistem tersebut.
Katanya, kerajaan tidak mengeluarkan satu sen pun kerana sistem berkenaan dikendalikan oleh syarikat konsesi yang diberi tanggungjawab selama lima tahun.
"Selepas habis tempoh lima tahun, syarikat tersebut akan menyerahkan semua kamera, kenderaan, termasuk peralatan di pusat operasi," jelasnya.

2 comments:

Member BSK