Jumlah Pengunjung

Thursday 4 October 2012

BN PULAU PINANG SAHUT CABARAN DAP DEMI UNTUK MEMBELA RAKYAT !!!

Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menerima tawaran daripada kerajaan negeri untuk membeli tapak sebidang tanah kosong seluas 0.445 hektar di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini untuk dibangunkan dengan perumahan kos rendah. Ketua Pemuda BN Pulau Pinang, Oh Tong Keong berkata, pihaknya telah membuat bayaran secara tunai sebanyak RM224,073 iaitu satu peratus daripada keseluruhan harga tanah tersebut sebanyak RM22 juta kepada kerajaan negeri pimpinan DAP sebagai tanda setuju untuk membeli tanah tersebut.
Menurutnya, kerajaan negeri melalui Setiausaha Politik, Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik telah menghantar surat tawaran menjual tanah tersebut kepada BN Pulau Pinang pada 4 September lalu dengan sebut harga bagi satu kaki persegi tapak tanah itu pada kadar RM450.
“Selepas ini segala urusan perjanjian dan terma serta syarat akan diuruskan oleh peguam,” katanya kepada pemberita sebelum menyerahkan wang tunai itu kepada wakil kerajaan negeri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Member BSK