Jumlah Pengunjung

Wednesday 29 April 2015

NAMA PEMUDA UMNO JADI MANGSA DI PRK ROMPIN !!!



PRK ROMPIN, mungkin tidak banyak sangat isu yang ada disana, tiba-tiba nama Pemuda UMNO menjadi mangsa fitnah dan dikatakan langsung tidak turun membantu kempen disana. Aku cuba menghubungi kawan-kawan aku disana untuk mendapatkan kepastian, ternyata pertanyaan aku memang mengejutkan mereka.

Kata mereka, pemuda UMNO disini sentiasa bekerja keras membantu kempen disana dan kawan aku juga sertakan bukti bergambar. Agak pelik mengapa tiba-tiba isu begini timbul, adakah ada pihak yang sakit hati dengan pemuda UMNO disana ? 

Namun persoalan aku mula terjawab bila maklumat yang aku terima bahawasa sebenarnya wujud pihak yang mahu mengucar-kacirkan jentera UMNO disana. Mereka tahu bahawasanya Parlimen Rompin terlalu sukar untuk di menangi oleh PAS disebabkan rekod arwah sbelum ini yang amat disenangi rakyat terutama dari golongan muda hinggalah ke golongan tua. 

Dan untuk mensahihkan cerita sebenar disana anda boleh membaca cerita selanjutnya dibawah yang ceritakan sendiri oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin...




Tindakan pihak tertentu yang sengaja memainkan isu kononnya jentera Pemuda UMNO tidak turun padang untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dilihat hanyalah mainan politik semata-mata.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin Datuk Mohd Johari Hussain menganggap dakwaan itu sengaja ditimbulkan bagi mengucar kacirkan hubungan baik dalam kalangan anggota parti di kawasan itu.


"Kita dengar orang bercakap (jentera) Pemuda amat perlahan, tidak aktif dan agresif. Itu semua hanya di peringkat permulaan.


"Kini kita boleh lihat Pemuda UMNO terus memainkan peranan sebagai jentera utama dalam memastikan segala gerak kerja berjalan lancar," katanya kepada Bernama selepas merasmikan majlis penutup program Selangkah ke Menara Gading bersama Universiti Malaysia Pahang di SMK Pontian Jaya, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tioman berkata selepas hari penamaan calon, 22 April lepas, Pemuda terus menggerakkan lebih 1,500 jenteranya daripada 14 bahagian untuk berkempen mendekati rakyat.

Mereka telah dikerahkan untuk memasang poster dan bendera di kesemua kawasan di daerah Rompin selain memasuki kawasan pedalaman bagi mendekati masyarakat di kawasan itu.

"Kita guna pendekatan lebih mendekati pemuda di dalam kawasan pedalaman untuk memujuk mereka keluar mengundi pada 5 Mei nanti dalam dalam memastikan majoriti meningkat dan kerusi Parlimen itu terus menjadi milik Barisan Nasional.

"Sehingga kini, lebih 70 peratus kawasan telah berjaya kita masuk untuk berkempen termasuk di Bukit Ibam dan Bandar Muadzam dan tumpuan kini tinggal hanya bahagian Tioman," katanya.

Ahad lepas, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menyangkal dakwaan jentera Pemuda parti itu tidak turun padang untuk berkempen kerana tidak kelihatan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kebanyakan kawasan Parlimen Rompin.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dijadualkan akan turun ke Rompin bagi membantu jentera BN khususnya pemuda. Sabtu lalu, Khairy telah turun ke Permatang Pauh untuk melancarkan Jentera Pemuda BN yang disempurnakan oleh DS Zahid Hamidi selaku Pengerusi BN bagi PRK Permatang Pauh.

PRK Parlimen Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad, bagi mengisi kekosongan kerusi itu berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Gambar-gambar dibawah pasti membuka mata pihak-pihak yang membuat tohmahan ke atas jentera Pemuda. Kalau bukan Pemuda, siapa lagi?



Nak Lihat lagi gambar Pemuda UMNO dan pelbagai cerita di PRK Rompin Sila Klik  SINI dan SINI...








No comments:

Post a Comment

Member BSK