Jumlah Pengunjung

Showing posts with label kj. Show all posts
Showing posts with label kj. Show all posts

Wednesday, 6 May 2015

TSUNAMI KJ TERUS MELANDA PERMATANG PAUH !!!



Pemuda terus bersamangat, itu yang di buktikan oleh pemuda UMNO di Permatang Pauh bila kedatangan Ketua Pemuda UMNO Malaysia (Khairy Jamaluddin) turun bersama sekali lagi bagi membantu berkempen untuk Barisan Nasional di sana petang tadi. 



Ternyata kehadiran Khairy Jamaluddin telah menambahkan semangat anak muda, tambahan pula kejadian pergaduhan antara jentera PKR dan jentera PAS makin menjadi bualan hangat di seluruh Permatang Pauh pada hari ini. Penerimaan anak muda makin menunjukkan positif pada pilihanraya kecil permatang pauh pada kali ini, menurut Khairy  "Kata-kata semangat yang ditulis bukan sekadar retorik malah perjuangan tanpa mengenal penat dan lelah walaupun berperang' di kubu kuat musuh". 

Kegigihan dan kesungguhan Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia ditunjukkan semasa tinjauan mesra disaat akhir hari berkempen di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Sama Gagah, Permatang Pasir di Parlimen Permatang Pauh petang tadi.

Kehadiran beliau disambut dengan ratusan anak-anak muda Permatang Pauh daripada badan NGO Persatuan Anak-Anak Permatang Pauh. Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berpuas hati dengan penerimaan masyarakat Permatang Pauh terutamanya di kawasan-kawasan yang dianggap 'hitam' buat BN. Walaupun pembangkang memainkan isu sama di Permatang Pauh, beliau menjangka berlakunya perubahan positif berdasarkan penerimaan masyarakat di sini.

Beliau yakin gerak kerja dam program penerangan berterusan yang dijalankan sepanjang kempen di Parlimen Permatang Pauh dilihat memberi impak positif. Pemilihan calon BN Suhaimi Sabudin yang juga calon muda dijangka akanmembawa angin perubahan di kalangan pengundi muda.

"Prestasi jentera Pemuda BN amat baik, kerana sejak awal (tempoh berkempen) sampai hari ini, program yang dijalankan diterima positif oleh kalangan golongan muda," katanya kepada media.



Baca Selanjutnya: http://apple-bru.blogspot.com/2015/05/khairy-terus-menyerang.html#ixzz3ZMxM6wCN










Monday, 4 May 2015

KHAIRY JAMALUDDIN BERJAYA KELUARKAN PEMUDA PKR DARI PARTI !!!



Tinggal tiga hari lagi untuk parti-parti berkempen untuk menghadapi pilihanraya kecil Permatang Pauh. Sememangnya sebelum ini parlimen permatang pauh merupakan kubu kuat PKR, namun semenjak wan azizah diumumkan sebagai calon PRK Permatang Pauh, telah mula timbul tidak puas hati dikalangan ahli parti dari parti PAS dan ahli PKR sendiri. 

Tersentak dengan itu, penduduk-penduduk permatang pauh juga mula menunjukkan reaksi yang telah membuatkan calon PKR (wan azizah) mula menjadi sedikit resah. Kedatangan Ketua Pemuda UMNO (Khairy Jamaluddin) semalam di Permatang Pauh telah berjaya memikat ramai anak muda untuk keluar dari parti PKR dan dengan berbesar hatinya mereka menyertai UMNO.

Luahan hati mereka kepada Khairy Jamaluddin, "kami sudah bosan dengan janji-janji PKR sebelum ini bila setiap kali munculnya pilihan raya, namun bila berakhirnya pilihan raya, batang hidung mereka pun mula kami tidak nampak. Kami anak muda disini dibiarkan sahaja tanpa ada sebarang bantuan untuk pembangunan belia dan anak muda"

Kini, telah tiba masanya anak muda menilai yang mana intan dan yang mana kaca. Semalam juga, seramai 53 orang yang terdiri dari pemuda-pemuda PKR telah sebulat suara keluar dari PKR dan menyertai UMNO. Ternyata, kedatangan Khary Jamaluddin ke permatang pauh semalam telah memberi satu tamparan hebat buat calon PKR (wan azizah) yang sebelum ini berkeyakinan penuh riak dan yakin bahawasanya dia tetap akan dapat mempertahankan kerusi permatang pauh. 







Kemasukan ahli-ahli PKR Cabang Semilang, Seberang Jaya adalah satu kemenangan kecil dalam Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh. Penyertaan seramai 53 orang ahli-ahli PKR tersebut dalam UMNO menjadi satu semangat baru kepada jentera BN di Permatang Pauh khususnya jentera Pemuda UMNO. Borang keahlian UMNO tersebut telah diserahkan kepada Ketua Pemuda UMNO merangkap Ketua Pemuda BN YB Khairy Jamaluddin, di sini, petang semasa lawatan beliau di Permatang Pauh.

Kegagalan kepimpinan PKR menunaikan janji kepada mereka sebelum ini sebaik sahaja selesai Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas menyebabkan mereka tidak yakin lagi dengan perjuangan parti untuk membela nasib rakyat. Hasrat mereka untuk keluar daripada PKR telah lama dipendamkan, tetapi meraka telah dinasihatkan tidak berbuat demikian kerana pemimpin PKR berjanji akan menunaikan janji mereka, BACA SETERUSNYA... 


Wednesday, 29 April 2015

NAMA PEMUDA UMNO JADI MANGSA DI PRK ROMPIN !!!



PRK ROMPIN, mungkin tidak banyak sangat isu yang ada disana, tiba-tiba nama Pemuda UMNO menjadi mangsa fitnah dan dikatakan langsung tidak turun membantu kempen disana. Aku cuba menghubungi kawan-kawan aku disana untuk mendapatkan kepastian, ternyata pertanyaan aku memang mengejutkan mereka.

Kata mereka, pemuda UMNO disini sentiasa bekerja keras membantu kempen disana dan kawan aku juga sertakan bukti bergambar. Agak pelik mengapa tiba-tiba isu begini timbul, adakah ada pihak yang sakit hati dengan pemuda UMNO disana ? 

Namun persoalan aku mula terjawab bila maklumat yang aku terima bahawasa sebenarnya wujud pihak yang mahu mengucar-kacirkan jentera UMNO disana. Mereka tahu bahawasanya Parlimen Rompin terlalu sukar untuk di menangi oleh PAS disebabkan rekod arwah sbelum ini yang amat disenangi rakyat terutama dari golongan muda hinggalah ke golongan tua. 

Dan untuk mensahihkan cerita sebenar disana anda boleh membaca cerita selanjutnya dibawah yang ceritakan sendiri oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin...




Tindakan pihak tertentu yang sengaja memainkan isu kononnya jentera Pemuda UMNO tidak turun padang untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dilihat hanyalah mainan politik semata-mata.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin Datuk Mohd Johari Hussain menganggap dakwaan itu sengaja ditimbulkan bagi mengucar kacirkan hubungan baik dalam kalangan anggota parti di kawasan itu.


"Kita dengar orang bercakap (jentera) Pemuda amat perlahan, tidak aktif dan agresif. Itu semua hanya di peringkat permulaan.


"Kini kita boleh lihat Pemuda UMNO terus memainkan peranan sebagai jentera utama dalam memastikan segala gerak kerja berjalan lancar," katanya kepada Bernama selepas merasmikan majlis penutup program Selangkah ke Menara Gading bersama Universiti Malaysia Pahang di SMK Pontian Jaya, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tioman berkata selepas hari penamaan calon, 22 April lepas, Pemuda terus menggerakkan lebih 1,500 jenteranya daripada 14 bahagian untuk berkempen mendekati rakyat.

Mereka telah dikerahkan untuk memasang poster dan bendera di kesemua kawasan di daerah Rompin selain memasuki kawasan pedalaman bagi mendekati masyarakat di kawasan itu.

"Kita guna pendekatan lebih mendekati pemuda di dalam kawasan pedalaman untuk memujuk mereka keluar mengundi pada 5 Mei nanti dalam dalam memastikan majoriti meningkat dan kerusi Parlimen itu terus menjadi milik Barisan Nasional.

"Sehingga kini, lebih 70 peratus kawasan telah berjaya kita masuk untuk berkempen termasuk di Bukit Ibam dan Bandar Muadzam dan tumpuan kini tinggal hanya bahagian Tioman," katanya.

Ahad lepas, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menyangkal dakwaan jentera Pemuda parti itu tidak turun padang untuk berkempen kerana tidak kelihatan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kebanyakan kawasan Parlimen Rompin.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dijadualkan akan turun ke Rompin bagi membantu jentera BN khususnya pemuda. Sabtu lalu, Khairy telah turun ke Permatang Pauh untuk melancarkan Jentera Pemuda BN yang disempurnakan oleh DS Zahid Hamidi selaku Pengerusi BN bagi PRK Permatang Pauh.

PRK Parlimen Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad, bagi mengisi kekosongan kerusi itu berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Gambar-gambar dibawah pasti membuka mata pihak-pihak yang membuat tohmahan ke atas jentera Pemuda. Kalau bukan Pemuda, siapa lagi?



Nak Lihat lagi gambar Pemuda UMNO dan pelbagai cerita di PRK Rompin Sila Klik  SINI dan SINI...








Sunday, 25 May 2014

LAGENDA SUKAN NEGARA BIKIN GEMPAK DI FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2014 !!! #FBP14



Riuh seketika di Pameran Agensi KBS dan Kerajaan tengahari tadi gara-gara telah di datangi oleh tiga lagenda sukan negara. Pengunjung berebut-rebut untuk tidak melepaskan peluang bergambar dan mendapatkan tanda tangan dari mereka. Satu langkah yang amat bijak dari Kementerian Belia dan Sukan Negara apabila membawa mereka turut serta di dalam karnival belia putrajaya pada tahun ini. 

Sememangnya rata-rata pengunjung belia disini tidaklah begitu mengetahui secara terperinci tentang sumbangan dan kejayaan lagenda negara ini. Apabila diterangkan dan tunjukkan kejayaan mereka sebelum ini mengharumkan nama negara barulah mereka mengerti mengapa suatu ketika dahulu lagenda ini begitu di geruni oleh atlit negara luar. 

Terima kasih di ucapkan kepada lagenda bola sepak negara Kamarul Zaman Yussof, lagenda olahragawati kebangsaan  G.Shanti dan Ratu Pecut Negara Dato M.Rajawani, kerana sudi meluangkan masa bertemu belia-belia di festival tahun ini. Semoga kedatangan lagenda negara ini akan dapat memberi semangat yang kuat untuk belia-belia malaysia menjadi seperti mereka suatu ketika dahulu.

Antara yang menarik perhatian dan maklumat-maklumat penting khasnya untuk para pengunjung belia disini, pihak KBS turut membawa atlit-atlit negara yang terkini dan menyediakan pameran dari agensi kerajaan seperti PERBADANAN STADIUM MALAYSIA (PSM), JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ), KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT, INSTITUT SUKAN NEGARA (ISN), YAYASAN KEBAJIKAN ATLET KEBANGSAAN (YAKEB), PEJABAT PENDAFTARAN PERTUBUHAN BELIA (ROY), PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO), PESURUHJAYA SUKAN (PJS), SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT dan pelbagai agensi lagi. 

Semoga acara dan penyertaan dari agensi kerajaan begini dapat KBS teruskan lagi pada tahun hadapan untuk pengetahuan generasi yang akan datang. Sedikit gambar untuk tatapan pembaca




























BOLA SEPAK PALING GILA DI FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2014 !!! #FBP14



Kepada kaki-kaki bola sepak, anda berpeluang untuk turut serta bersama menyertai pertandingan bola sepak yang boleh dikatakan nampak mudah tetapi sangat mencabar minda dan tenaga sekiranya anda betul-betul berani datang ke khemah Football Enclave di bahagian Zon Barat.

Untuk hari yang terakhir di Festival Belia Putrajaya 2014 hari ini dikhabarkan anda akan berpeluang untuk bermain bola sepak mencabar Menteri Belia dan Sukan (YB Khairy Jamaluddin) pada pukul 4.30 petang sehingga 5.30 petang.Hadiah yang menanti anda sekiranya anda berjaya menewaskan Menteri Belia dan Sukan berupa PlayStation PS4.

Program disini merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan bola sepak negara Fasa 1 : 2014 - 2020. 

Antara matlamat untuk pembangunan bola sepak negara :

DNA BOLA SEPAK

Mewujudkan Falsafah Permainan Tersendiri

a. Pembentukan gaya dan corak permainan yang sesuai bagi bakat muda.
b. Penerapan formasi latihan 4-4-2 dan 4-5-1.
c. Pemahaman tinggi mengenai strategi menguasai permainan.
d. Penekanan terhadap konsep permainan.
e. Tumpuan kepada aspek pembangunan kendiri pemain.


WIRA BOLA SEPAK NEGARA
 
Menggalak dan Meluaskan Penyertaan Bakat Muda

Jumlah pemain Tahun 2013 : 5,454

Sasaran Tahun 2020 : 51,125


KEMUDAHAN

Memperbanyakkan Bilangan dan Menambah Baik Pusat Latihan

Tahun 2013 : 77

Sasaran Tahun 2020 : 320


JURULATIH

Meningkat Kuantiti dan Kualiti Jurulatih

Tahun 2013 : 387

Sasaran Tahun 2020 : 2,472


PERTANDINGAN

Memperbanyak dan Mempelbagaikan Kejohanan Kompetitif

Tahun 2013 : 16

Sasaran Tahun 2020 : 37



Semoga dengan pelbagai program yang telah dan akan diadakan dapat memajukan bola sepak negara.






















Member BSK